BAB 2

Adventure Completed 1063

“Hadiah? Hadiah apa yang atuk nak berikan kepada saya?”

“Hadiah ini istimewa tau...

Nah! ambillah.” lelaki tua itu menghulurkan pemain media digital MP4 bersaiz sebesar tapak tangan kepada Joey.

“MP4?” Joey tergamam.

Mulanya Joey menolak untuk menerimanya tetapi tetap dipaksa oleh lelaki tua itu sehingga Joey akhirnya mengalah.

Inilah kali pertama dia mengambil hadiah dari orang yang tidak dikenali.

“Kamu akan tahu keajaiban MP4 ini bila kamu sudah bermain dengannya.

Tentu kamu akan rasa sangat seronok.”

Selepas mengucapkan terima kasih kepada lelaki tua itu, Joey pun pulang ke rumahnya.

Malam itu, Joey mencuba permainan kapal angkasa melalui pemain media digital yang dihadiahkan oleh lelaki tua tersebut.

Memang seronok.

Tiba-tiba, Joey disinari satu cahaya yang sangat terang.

Cahaya yang menyedut Joey ke satu kawasan lapang.

Joey sekarang bukan lagi berada di dalam biliknya.

Joey memerhati kawasan sekitar.

Tiada sesiapa pun.

Tidak jauh dari situ, Joey ternampak pula sebiji kapal angkasa berbentuk piring yang menyerupai kapal angkasa UFO seperti yang selalu dilihatnya dalam filem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience