BAB 3

Adventure Completed 1063

Joey menghampiri kapal angkasa itu.

Dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.

Berkali-kali Joey menampar pipinya.

Memang dia tidak bermimpi.

Dia kini berada di dalam kapal angkasa.

Namun, tidak semena-mena Joey sukar berdiri dengan betul.

Dia terhoyong-hayang.

Rupa-rupanya kapal angkasa itu sudah bergerak laju ke angkasa.

Joey dapat melihat dari cermin tingkap, kapal itu sedang bergerak meninggalkan bumi.

Rasa takut Joey berselang seli dengan rasa teruja kerana dapat berada di dalam kapal angkasa.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi derapan kaki.

Cepat-cepat Joey bersembunyi di sebalik dinding.

Ada dua orang makhluk kerdil sedang berjalan.

Rupanya seperti manusia tetapi lengannya lebih panjang dan keempat-empat jari tangan dan kaki mereka berselaput.

“Kamu tak payah bersembunyi.

Kami tahu kamu berada di sebalik dinding.

Keluarlah! Kami cuma ingin bersahabat dengan kamu.” Kata makhluk asing itu kepada Joey.

Dalam keadaan takut-takut, Joey keluar dari persembunyiannya dan berdiri di hadapan makhluk asing itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience