BAB 1

Adventure Completed 1063

Petang itu, Joey termenung seorang diri di taman permainan.

Kenapa hari ini tiada sambutan hari lahir untuknya? Bukankah hari ini ulang tahun kelahirannya yang kelapan? Ibu dan ayah sibuk bekerja sehingga lupa untuk meraikan hari lahir Joey.

Joey rasa sangat sedih.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki tua datang menghampiri Joey.

“Atuk nampak kamu macam sedih sahaja...

Kamu ada masalah?” Tanya lelaki tua itu kepada Joey.

Mukanya kelihatan garang.

Bermisai hitam melentik dan berkening putih.

“Erkkk...

Tak ada apa-apalah atuk.

” Joey menjawab ringkas kerana dia tidak mengenali lelaki tua itu.

“Bagi tahu lah...

Jangan takut.

Mana tahu atuk boleh tolong.”

“Sebenarnya, hari ini hari jadi saya.

Tetapi, ibu dan ayah lupa.” Joey menjelaskan kepada lelaki tua itu dengan rasa hiba.

“Oh! Patutlah kamu sedih.

Nak tak, atuk hadiahkan kamu sesuatu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience