BAB 4

Adventure Completed 1063

“Nama aku Zorf dan dia, Xyru.

Kami berasal dari planet Marikh.

Nama kamu Joey kan? Kami tahu cita-cita kamu mahu menjadi angkasawan.

Oleh sebab itu, kami mahu bawa kamu mengembara ke planet kami sebagai hadiah hari jadi.

Nak tak?” Tanya salah seorang makhluk asing itu.

“Wah! Tentulah nak...Tapi, kamu janji akan hantar saya pulang ke bumi nanti sebelum hari siang? Jika tidak tentu ibu dan ayah saya risau melihat saya tiada di rumah.” Joey bagaikan mahu melompat sahaja kerana dapat mengembara ke angkasa lepas, walaupun dia pelik bagaimana makhluk asing itu tahu cita-citanya.

“Tentulah!” Kata makhluk asing itu serentak.

Sepanjang perjalanan itu, Joey dapat melihat asteroid, meteor, komet dan satelit.

Perjalanan mereka amat mengasyikkan.

Tidak lama selepas itu, kapal angkasa mula menghampiri planet yang berwarna kemerah-merahan.

“Inilah planet kami.

Marikh.

Cantik kan? Planet keempat dari matahari dalam sistem suria.

Marikh mempunyai dua bulan iaitu Phobos dan Deimos.

Planet kami ni jauhnya 227.9 juta kilometer dari matahari.

Penduduk di sini dikenali sebagai Martian.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience