Bab 5

Mystery & Detective Completed 8942

Hari minggu seperti selalu Shikin sekeluarga akan bercuti di Port Dickson berkelah di pantai cuma kali ini tiada ayahnya kerana urusan kerja dia pergi berkelah bersama mak, atuk dan neneknya yang dipandu oleh driver peribadi atuk. Sepanjang perjalanan dia merasa tidak senang duduk hati rasa resah dia hanya merasa perasaan ini ketika di sekolah namun perasaan itu cuba diketepikan dan berfikir positif. Shikin rasa hendak ke tandas dia memberitahu driver untuk singgah tempat rehat dalam 10 minit tiba dikawasan rehat Shikin turun dulu dari kereta kerana tidak boleh tahan sesudah sampai ke tandas sempat dia melunaskan hajat setelah selesai dia membasuh tangan dan keluar menuju ke tempat membeli makanan dia ingin membeli jajan untuk makan di dalam kereta semasa hendak ke sana dia terlihat Cikgu Fahrin di gerai menjual buah "aduhhh pishang la apesal cikgu tu boleh ade kat sini patutlah rasa resah semacam better aku elakkan daripada bertembung dengan cikgu sengal tu" Shikin membebel sorang2 dia ubah hala laluan agar tidak bertemu Shikin pun pergi ke tempat letak kereta dan masuk kedalam.
Setelah sejam perjalanan mereka sampai di villa atuk disambut oleh pengawal peribadi atuk dan nenek Kak Dezi dan Abang Riz yang berdekatan tepi pantai Shikin turun dari kereta dan membawa masuk barang2 ke dalam bilik kegemarannya kerana bilik itu betul2 menghadap matahari arah pantai malah boleh melihat suasana matahari terbenam Shikin membuka pintu kaca yang lalu menghirup udara pantai yang amat menyenangkan. Pukul 1 dia ingin ke pantai walaupun ade kawasan privasi khas untuk family dia lebih suka ke tempat ramai orang kerana di situ terdapat pelbagai makanan dan cenderahati boleh lah dia beli ole2 untuk rakan-rakannya. Shikin pergi bersama pengawal peribadi neneknya Kak Dezi walaupun tempat tu tidak jauh dari resort atuk dan neneknya risau dia ingin sendirian namun dia faham Shikin adalah cucu sulung yang pertama mereka malah keselamatannya perlu dijaga kerana Shikin merupakan cucu perniagaan batik dan kini diambil alih ayahnya. Semasa keluar dengan Kak Dezi ramai mata memandang kami rupanya pakaian Kak Dezi terlalu formal Shikin ketawa kecil " akak memang kena pakai baju formal sepanjang masa ke jum lah kak Dezi cikin belanja baju akak pilih je yang mana akak suka". " Tak boleh Cik Shikin Puan Sri hanya bagi arahan tugas saya untuk memantau dan menjaga keselamatan Cik Shikin sahaja". "adoiiii kak Dezi jangan lah serius sangat sekarang ni follow arahan saya so kita ke kedai baju jangan nak banyak bunyi" Shikin menarik tangan kak Dezi ke kedai mereka pun menukarkan pakaian dalam 15 minit kemudian Shikin dan Kak Dezi keluar dari kedai Shikin memakai blouse labuh bunga pink dan tudung hitam sesuai dengan gaya ke pantai Kak Dezi bukan main lawa lagi bergaya seluar putih dan baju kelawar pantai warna oren bersama kaca mata pink. Mereka menuju ke pantai dan berjalan2 di persisiran melayani air pantai di kaki Shikin dan Kak Dezi berborak dan gelak ketawa namum ade mata2 yang memerhatikan mereka " Sial ade pulak yang jaga dia terlepas aku kali ni kau tunggu nasib kau". Ternyata Cikgu Fahrin dah perasan Shikin di kawasan rehat lalu dia follow kereta yang dinaiki Shikin.
Selama 3 jam Shikin dan Kak Dezi di pantai Shikin hendak ke surau untuk menunaikan solat Asar sebelum mereka shopping terdapat kemudahan surau di pantai tersebut sampai di surau Kak Dezi tidak boleh masuk ke dalam sebab dia bukan islam. Sesudah solat mereka ke mall di Port Dikson mereka menjamu makanan selepas itu membeli ole2 untuk kawan-kawan dan terus pulang ke villa. Pukul 8 atuk mengadakan jamuan kecil di luar berdekatan kolam mandi mak dan atuk menyediakan alatan memanggang nenek dan bibik menyediakan makanan Kak Dezi dan Abang Fiz pengawal peribadi atuk menjaga kami. Setelah semua siap atuk macam biasa akan hiburkan suasana malam dengan nyanyi lagu lama selepas tu Shikin memanggil Abang Fiz membuat persembahan bermain gitar dan menyanyi lagu jiwang mana kala Shikin memanggil Kak Dezi duduk disebelahnya menikmati makanan. Malam itu malam paling seronok dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Hari Ahad pagi Shikin ingin pergi ke Melaka melawat tempat2 bersejarah dia mengajak atuk,nenek dan maknya akan tetapi mereka tidak mahu kerana sudah jemu pergi tempat yang sama namun bukan bagi Shikin dia tidak pernah rasa bosan dia suka pergi ke tempat bersejarah biar pun berulang kali. Atuk memanggil Abang Riz untuk menemani Shikin lalu mereka pun beredar akan tetapi langkah Shikin terhenti melihat pakaian Abang Riz sama jugak macam kak Dezi formal sangat. "Abang Riz jangan lah formal sangat pakaian tu dah lah pergi tukar baju nanti orang ketawa pulak tengok Abang Riz n lagi satu jangan serius sangat muka tu senyum kalau tak nanti cepat tua" setelah menerima arahan Abang Riz masuk ke dalam villa dalam masa sejam Abang Riz dah siap kalau semalam Kak Dezi bukan main lawa lagi kali ni Abang Riz memakai jeans hitam baju hitam berbunga biru dan memakai kaca mata ungu hensem nak mati kala perempuan kat luar sana memandang Abang Riz bagi Shikin tak lah hensem mana pun dia tidak berminat berpasangan dengan orang tua. Setelah sejam perjalanan Shikin pergi menara jam di Melaka untuk melihat bangunan yang ada di situ sambil selfie bersama Abang Riz mereka jalan2 sekitar kawasan tu semasa dia masuk dalam gerai jual cenderahati dia ternampak Cikgu Fahrin di gerai tersebut lalu dia ubah arah cepat2 menarik lengan baju Abang Riz " Eeehhh awat ni Cik Shikin kata nak pi beli hadiah kat kawan" hairan melihat Shikin tergesa-gesa keluar dari gerai tu " Abang Riz tak nak beli sini kita pergi tempat lain cepatlah Abang Riz kita gerak". Abang Riz mengikut arahan mereka menuju ke Taming Sari untuk menikmati cendol durian mereka menempah beca untuk ke sana sesudah naik mereka berborak dan gelak ketawa Shikin rase selesa bersama Abang Riz dia menganggap abang Riz macam abang kandung. Abang Riz dan Kak Dezi merupakan pengawal peribadi paling lama dan orang kepercayaan atuk dan nenek sejak Shikin kecil mereka menjaga keselamatan rumah n family semasa mereka muda Abang Riz dan Kak Dezi adalah sebaya mereka berkhidmat untuk atuk dan nenek ketika berumur 22 tahun. Kini genap 8 tahun Abang Riz berumur 30 tahun tapi still tak kahwin lagi katanya tunggu Kak Dezi. Sesudah borak sampai di Taming Sari mereka singgah di kedai cendol Shikin memesan 2 mangkuk cendol durian. "Cik Shikin Abang Riz nak tanya ni awat tak beli hadiah kat gerai tu Abang Riz tengok kalut ja keluaq habaq mai kat Abang Riz". "Cikin citer ni jangan bagi tahu dekat mak ayah takut salah faham pulak sebenarnya Cikin nampak cikgu kelas semalam nampak kat kawasan rehat Cikin cuba elakkan dari bertembung, entahlah Abang Riz Cikin tak boleh la tengok cikgu sengal tu dah lah suka buli Cikin kat sekolah boleh kemurungan tau setiap kali tengok masa hari first day sekolah Cikin bertekak mulut pelajar perempuan berlagak kaya macam sekolah tu dia punya bila kawan Cikin tak boleh tahan sabar dia nyaris nak tampar Cikgu Fahrin datang lepas tu Cikin pulak yang kena denda" Shikin cerita dengan tenang walaupun hati sakit. " Habis tu Cik Shikin tak mengadu kat cikgu lain" Shikin mengeleng tidak " Cikgu kat sekolah tu semua anggap tu cara Cikgu Fahrin mengajar pelajar supaya berdisiplin hasilnya kawan kepada pelajar berlagak nama dia Jasmin tak lagi buli pelajar lain tapi kan abang Riz Cikin tengok Jasmin tu berubah sangat jadi pendiam kalau tak jenis masuk dewan terpekik gelak kuat2 satu dewan boleh dengar. Lagi satu Abang Riz dia ganggu Intan pulak dia citer kat Cikin dia kena ganggu kat kantin cuit pinggang n sentuh2 bagai" Shikin bercerita sambil menghirup cendol. "ooohh macam tu Abang Riz minta maaf tak dapat nak perhatikan kamu. Abang Riz rasa maybe Cikgu Cik Shikin mai bercuti ke just think positif tapi kalau dah tahap melampau Cik Shikin roger2 Abang Riz bagi rasa penumbuk kacau adik Abang Riz ni" Shikin ketawa kecil Abang Riz siap buat gaya lagi dua2 mereka pun ketawa sambil melayan cendol durian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience