Bab 8

Mystery Completed 9230

Shikin terasa tenang berada di pantai suasana nyaman dan rasa tenang dia berjalan diatas pasir dengan air laut menyapa kakinya ketika dia menikmati permandangan Shikin ternampak Abang Riz dan Kak Dezi berduaan gelak ketawa nampak sweet sangat Shikin cuba ke arah mereka namun makin lama Shikin kejar mereka makin jauh "Kak Dezi!!!!!Abang Riz!!!!" Shikin jerit berkali2 mereka tidak menyahut tiba2 suasana jadi gelap kelilingnya kosong seseorang peluk Shikin dari belakang Shikin cuba hendak lepaskan diri namun tidak boleh orang tu memeluknya kuat sekali lalu cuba menjilat lehernya sampai ke telinga "kau mangsa aku seterusnya hahahahahaha" Shikin membuka mata kini dia berada dalam sebuah bilik ada atuk dan nenek Shikin berada di bilik itu "Ya allah cu dah sedar bang ni cucu kita dah sedar" nenek mengejut atuk sedang terlelap di sofa Shikin perlahan hendak bangun kepalanya rasa sakit sangat Shikin memegang kepalanya berbalut dan baju yang dipakainya telah bertukar dia kini "Cikin jangan banyak gerak badan kamu lemah sebab kekurangan darah" neneknya bantu Shikin untuk baring semula "Tok apa yang dah jadi semalam mak dengan ayah mana??? Kak Dezi dengan Abang Riz tak datang ke???" banyak soalan ditanya oleh Shikin atuk dan neneknya rasa serba salah nak bagi tahu apa yang terjadi semalam "Cikin nenek ada benda nak bagi tahu kamu harap kamu jangan bersedih redha dan sabar dugaan yang berlaku hmmm malam semalam atuk jumpa kamu dekat store kamu pengsan dan banyak darah keluar atuk cepat2 call ambulans bibik pula meninggal di tempat kejadian akibat ditikam polis jumpa mayat bibik belakang rumah penjenayah masuk dari pintu belakang polis tak dapat kesan bahan bukti dengan alat jenayah, Abang Riz dengan Kak Dezi kemalangan dilanggar kereta hitam hingga kereta mereka jatuh dalam gaung manakala pemilik kereta hitam itu meninggal di tempat kejadian Kak Dezi tak dapat diselamatkan akibat cedera parah Abang Riz pula doktor sahkan koma leher dan pinggangnya patah peluang untuk hidup agak tipis mak dengan ayah tengah buat urusan mayat Kak Dezi untuk keluar dari hospital ayah meminta kawan2 pejabat ayahnya bukan muslim sebagai wakil mayat di bawa ke gereja dan akan dikebumikan esok pagi " Shikin menangis apabila terkenangkan kejadian semalam kata2 Kak Dezi menjadi nyata seolah dah tahu dia akan pergi meninggalkan Shikin " Tok Shikin nak tengok Abang Riz" atuk keluar mengambil kerusi roda walaupun terasa sakit kepala sakit lagi hatinya terhadap manusia yang tidak bertanggungjawab yang menimpa kakak dan abang kesayangannya. Atuk Shikin bawanya masuk ke dalam bilik Abang Riz "Abang Riz Shikin datang ni abang bangunlah Shikin rindu nak dengar suara abang gelak ketawa macam dulu Shikin tak nak kehilangan abang macam Kak Dezi dah tinggalkan Shikin" Shikin menangis yang amat kerana sedih melihat keadaan Abang Riz "Tok bawa Shikin balik bilik dah tak sanggup tengok Abang Riz terseksa macam ni" atuknya mengangguk lalu menolak kerusi roda tersebut bawa Shikin balik bilik sesudah sampai Shikin ingin rehat dalam bilik tersebut ada mak ayahnya "Cu tok dengan nenek balik dulu esok kami datang lagi" kata atuknya ingin beredar pulang. "Shikin nak makan apa nanti mak suruh ayah pi beli ni dah masuk tengahari nanti tak makan perut masuk angin" risau Datin Aisyah melihat keadaan anaknya ayah Shikin pula baru sampai pagi tadi kalau ikutkan urusan kerja tak habis ayah menyerahkan kepada pembantunya untuk handle. "Mak Shikin takda selera nak makan bagi Shikin ruang privasi sekejap Shikin nak bersendirian" mak Shikin faham akan kehendak Shikin lalu mak dan ayahnya meninggalkan bilik. Shikin banyak menangis kerana meratapi permergian Kak Dezi dan mengingati keadaan Abang Riz sedang bertarung nyawa ini "Ini semua salah kau!!!!!!" Shikin menjerit bagai orang gila mak dan ayahnya terdengar Shikin menjerit segera masuk dalam bilik untuk menenangkan Shikin keadaan emosi tak dapat dikawal ayahnya memanggil doktor lalu Shikin diberi ubat penenang dia rase mengantuk sangat2.

LOKASI : SEKOLAH ( Waktu Kokurikulum) hari rabu
Setelah selesai bermain permainan mengikut kelab masing2 mereka berehat di dewan bagi menghilangkan peluh di badan Munirah, Tasha Rina dan Aqila mula bertanya kepada Intan macamana keadaan Shikin "Intan macamana keadaan Shikin dia okey tak dengar citer Abang Riz koma n Kak Dezi dengan bibik dia meninggal dunia apa yang dah terjadi sebenarnya???" Munirah mendengar cerita itu dari drivernya " Haah wei aku ade jugak semalam mayat bibik tu polis yang jumpa kena tikam Shikin pula kena pukul dengan orang yang pecah masuk rumah dia lepas tu dia minta tolong aku call nombor Abang Riz Shikin kata ada satu kereta hitam follow kereta Abang Riz masa nak pergi dinner dengan Kak Dezi dah banyak kali aku dail last2 yang angkat polis kata diorang accident lepas tu ambulans datang rumah bawa Shikin ke hospital dia hilang banyak darah. Ni aku datang sekolah mak ayah Shikin yang hantar" Intan menceritakan apa yang terjadi semalam " Korang apa kata lepas habis aktiviti kelab permainan ni kita pergi melawat Shikin nak mesti akan much better ke jumpa kita semua" semua setuju dengan cadangan Aqila. Aktiviti kelab di habiskan awal mereka bertiga naik menuju ke kelas untuk mengambil beg "Korang nanti aku minta driver call parent kita yang kita nak pergi hospital n nanti aku minta driver hantar korang balik rumah tapi sebelum nak ke hospital kita ke kedai hadiah okey" kata Munirah yang lain mengangguk setuju. Jam 4 petang mereka tiba di hospital Intan menunjuk jalan ke arah bilik Shikin dia bertanya di kaunter jururawat setelah sampai mereka berempat berjumpa dengan ayah Shikin yang berada di luar bilik "Assalammualaikum pakcik kami datang nak tengok Shikin " sapa Intan kepada ayah Shikin " masuklah makcik pun ada kat dalam" ayah Shikin membuka pintu lalu bertiga masuk dan memanggil Shikin "Lahhhh korang rupanya rindu korang terima kasih jenguk aku" Shikin memeluk setiap sorang2 "makcik keluar dulu ye kamu semua sembang2 lah ye dengan Shikin" mak Shikin bangun dan keluar dari bilik "Shikin kau dah okey dalam kelas semua tanya pasal kau tapi ada paling risau Cikgu Fahrin asyik2 duk tanya kami macam orang meroyan" Tasha Rina menceritakan apa yang jadi dalam kelas sebab kau tak datang sekolah Intan hanya diamkan diri sahaja Shikin faham reaksi Intan "Apa masalah orang tua dok sibuk hal aku??? ni aku nak bagi peringatan kat korang jauhkan diri dari Cikgu Fahrin tu aku syak semua yang jadi kat aku ni salah si bangsat tu sebab dia abang aku koma kakak aku mati ni semua punca dari dia" kata Shikin penuh emosi amarahnya "Relax beb jangan emo kau yakin ke dia buat semua ni tak baik tuduh2 tanpa bukti" kata Aqila manakala Munirah pun setuju dengan kata2 Aqila yakin "Apa masalah kau ni Aqila memang si bangsat tu punca semua ni ke kau nak tunggu salah sorang dari kita jadi mangsa baru kau nak sedar ooooppss!!! lupa kau kan tak kena kacau lagi dengan orang tua tu memang tak faham" kata2 Shikin sindiran buat Aqila " Korang stop it jangan lah gaduh aku bukan nak sokong sapa2 yang rasa betul sekarang kita berhati-hati dulu dengan Cikgu Fahrin" Tasha Rina tak nak mereka putus kawan disebabkan Cikgu Fahrin "Shikin aku minta maaf tau kalau kata2 aku tadi sakitkan hati kau" Aqila meminta maaf atas kata2nya " Aku pun minta maaf sindir kau" Shikin menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda berdamai. "Girl sorry makcik ganggu korang waktu melawat dah habis" jam menunjukkan pukul 5 petang " mak dah jumpa doktor esok pagi dah boleh keluar hospital" Datin Aisyah masuk ke dalam bilik Shikin "okeylah kami balik dulu nanti dah sihat datang tau sekolah boleh lepak2 macam selalu makcik hari ni saya tumpang Munirah ye" Intan meminta izin Datin Aisyah untuk bermalam di rumah Munirah "Nanti makcik inform dekat mama kamu" Datin Aisyah mengangguk setuju Aqila teringat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu sepanjang Shikin tidak hadir ke sekolah" Cikin ni kerja sekolah sepanjang kau takde jumaat ni dah kena hantar termasuk la kerja Cikgu Fahrin bagi" Shikin mengambil buku2 itu dan letak di meja yang dekat katil. Mereka bertiga pun beredar untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience