BAB 20

Mystery & Detective Completed 8942

RUMAH ELISA (PIHAK FORENSIK)
Kak Lydia tiba di rumah Elisa lalu turun dari jip Kak Lydia pun masuk ke dalam rumah itu terdengar mama Elisa yang meraung menyebut nama Elisa,,,Kak Lydia menuju ke bapa Elisa untuk disoal siasat " Saya Lydia saya yang handle kes ini boleh encik ceritakan apa yang berlaku pada anak perempuan encik " Kak Lydia mengeluarkan buku kecil untuk mencatat " Saya berada dalam bilik untuk bersiap pergi kerja n menghantar anak-anak lelaki saya ke sekolah saya tak tahu apa yang berlaku pada Elisa saya dengar isteri menjerit lalu saya keluar menuju ke arah isteri saya bila saya sampai bilik Elisa saya tengok Elisa dah sebegitu" sayu lihat bapa Elisa sebak hendak bercerita setelah mengambil keterangan Kak Lydia menuju ke bilik Elisa untuk melihat keadaan mayat. Kak Lydia mengeluh sedikit melihat mayat Elisa sebegitu rupa ada sedikit kebimbangan mula menyelubungi hati terhadap Shikin penjenayah tu makin berani berbuat kekejaman seperti ini " Cik Lydia kami tak jumpa sebarang senjata yang membelah perut si mati dan terdapat kesan lebam di leher manakala kemaluannya hancur ditikam berkali-kali " salah satu anggota forensik memberitahu keadaan mayat " Macam biasa apa yang saya nak" Kak Lydia memberitahu anggota forensik itu. Kak Lydia berlalu pergi dari kawasan perumahan Elisa dan menuju ke rumah Tina dia ingin berjumpa dengan Tina dia perlu tahu kisah sebenar yang terjadi pada mereka dan gadis-gadis lain.

SEKOLAH (WAKTU BAHASA MELAYU)
"Bangunn SELAMAT PAGI CIKGU FAHRIN!!!" Cikgu Fahrin melangkah masuk dan meletak buku atas meja seperti biasa raut wajah yang serius namun matanya memandang meja Shikin yang kosong "Semua pelajar duduk,,,,, Ni mana Shikin tak datang ke atau ponteng sekolah " Intan berbisik pada Aqilah "Hisshh main tuduh je kata orang tu ponteng" Aqila pun berbalas bisik " Orang cakap pakai mulut tak guna otak macam tu le komer". Salah satu pelajar dalam kelas tu memberitahu Shikin tidak hadir sebab tak sihat Cikgu Fahrin pun memulakan sesi pelajaran namun dalam hati risau akan kekasih yang dirindui " balik sekolah nanti aku nak melawat la " Cikgu Fahrin bercakap sendirian dalam hati. Dalam beberapa jam kemudian loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat di bilik guru ramai cikgu2 sesi pagi mengemas barang2 untuk pulang ke rumah " Bro harini jum futsal lepak-lepak kat mamak " Cikgu Adi guru muda yang sebaya Cikgu Fahrin mengajaknya keluar Cikgu Adi adalah cikgu baru saja 2 bulan mengajar di sekolah itu " Sorry bro aku ade hal maybe next time " Cikgu Adi hairan melihat Cikgu Fahrin kekalutan mengemas barang di meja " Bro aku tengok kau gelabah semacam kenapa macam ada bini tunggu kat rumah tu " Cikgu Fahrin memandang Cikgu Adi " Aku cepat2 nak pergi melawat kekasih hati aku yang sakit " Cikgu Adi mula bertanya siapa kekasih Cikgu Fahrin " Siapa lah orang yang bertuah tu cikgu perempuan sekolah ni ke " Cikgu Fahrin menggeleng tidak " Kekasih aku tu pelajar sekolah ni " terkejut Cikgu Adi " Biar betul bro tak kan taste kau budak sekolah kau tak rasa ke jauh beza jarak umur tu kau hensem bergaya perempuan kau boleh dapat sekali petik ini budak bawah umur " Cikgu Fahrin mengeluh " Tu aku malas nak bagitahu dah hati aku ni suka jatuh cinta dekat dia,,,,,dahlah buang masa aku sembang dengan kau,,,aku nak cepat ni!!". Cikgu Fahrin selesai kemas dia menuju ke parking kereta guru dan berlalu pergi.

RUMAH SHIKIN (PETANG)
Shikin berada di ruang tamu menonton movie pelakon kegemarannya Robert Pattison Harry Potter sambil makan keropok manakala Datin Aisyah berada di dapur untuk masak makan malam untuk Datuk Said dan ibu bapanya yang belum pulang dari pejabat hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah dalam beberapa minit kemudian kedengaran pintu depan diketuk " Mak ada orang datang tu buka pintu!!!" Shikin merungut seketika " Sape lak yang datang kacau time aku layan movie " Datin Aisyah mendengar ketukan pintu lalu menuju ke pintu depan apabila dibuka " Ye cari siapa " Cikgu Fahrin berdiri depan pintu sambil membawa bunga rose dan beg set coklat cadbury " Selamat Petang Puan saya Fahrin cikgu sekolah Shikin saya dengar Shikin tak datang sekolah sebab tak sihat '' Datin Aisyah kehairanan dan berkata dalam hati "Biar betul cikgu ni caring sampai tahap datang rumah siap bawa berbunga bagai " Cikgu Fahrin dah berpeluh di dahi " Puan jangan salah faham ye bunga dan coklat ni dari kawan-kawan kelas Shikin saya hanya menyampaikan saja " sengaja Cikgu Fahrin mencari alasan sebegitu hendak mengaburi fikiran mak Shikin "Tunggu sekejap ye makcik panggil Shikin " Datin Aisyah berlalu pergi menuju ke ruang tamu " Shikin tu cikgu kamu datang mak suruh tunggu dah pergi pakai tudung " Shikin terkejut apabila diberitahu oleh Datin Aisyah " Whatt!! aduh mak kenapa cikgu tu datang sini suruh dia tunggu nak pergi ambil tudung " Shikin bangun lalu menuju bilik Kak Lydia yang berdekatan ruang tamu lalu mengambil tudung bawal hitam milik Kak Lydia dan keluar duduk semula di sofa yang berada di ruang tamu " Mak suruh cikgu masuk " Datin Aisyah menggangguk ya lalu pergi semula ke pintu depan " Maaf ye cikgu lambat sedikit jemputlah masuk ruang tamu dekat hujung sana Shikin dok ada makcik buat air minum untuk cikgu" Cikgu Fahrin pun masuk dan menuju ruang tamu terlihat Shikin sedang duduk di sofa melihat majalah kartun lalu Cikgu Fahrin duduk disebelahnya dan berbisik di telinga Shikin "Hi sayang" Shikin menolak tubuh Ckgu Fahrin n menjarakkan diri "Hishh apa ni!! nanti mak saya nampak karang '' Cikgu Fahrin memberi beg coklat dan bunga rose kepada Shikin apabila Shikin hendak terima Cikgu Fahrin melihat jari kanan Shikin tiada cincin pemberiannya " Mana cincin awak kan saya kata jangan tanggalkan cincin tu " Shikin baru sedar cincin itu tiada di jari " Alaa sorry tadi saya mandi saya buka cincin tu " Shikin berpura2 manja agar Cikgu gatai tu tak datang baran kemarahannya. Dalam beberapa minit kemudian Datin Aisyah datang membawa dulang minuman dan makanan ringan untuk diberi pada tetamu "Maaf cikgu lambat buat air ni makcik goreng cucur " Datin Aisyah meletakkan air di meja dan duduk di sofa " Terima kasih lah cikgu datang melawat anak saya ni bukan teruk pun sakit demam biasa je " Datin Aisyah perhati je cikgu Fahrin ni dah kenapa duduk sebelah anaknya padahal ada lagi sofa kosong " Terima kasih makcik susahkan makcik hidang semua ni" Cikgu Fahrin hanya tersenyum namun disebalik senyuman itu ada makna tertentu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience