Bab 1

Mystery & Detective Completed 8942

Saat yang dinantikan kanak-kanak lelaki dan perempuan untuk menempuhi alam remaja iaitu memasuki alam persekolahan menengah. Shikin berasa teruja untuk memasuki alam persekolahan menengah dia tidak sabar untuk pergi mendaftar bersama mak dan ayahnya dan dia juga tidak sabar berjumpa kawan baiknya Aqila yang akan satu sekolah yang sama. Shikin dan Aqila berkawan baik semasa di darjah 3 banyak kisah mereka berdua dikongsi bersama malah Aqila banyak membantunya dalam pelajaran.

6 DECEMBER 2009 (Hari pendaftaran)

Pukul 9 pagi akan dimulakan dengan sesi taklimat pendaftaran kemasukan pelajar baru. Shikin bersiap untuk ke sekolah dan bergerak lebih awal pada pukul 8 pagi. Sekolah menengah tersebut tidak jauh dari rumahnya dan dia yang memilih sekolah itu kerana sekolah menengah lain jauh ayahnya tidak perlu bersusah payah menggunakan jalan besar. Dalam 15minit perjalanan akhirnya sampai ke sekolah Shikin turun dari kereta bersama emaknya dan menuju ke pintu pagar sekolah. Ketika Shikin melangkah masuk dia terdengar suara yang memanggil namanya dia menoleh ternampak rakan baiknya Aqila. "awalnya kau sampai" Shikin pun menjawab "kau pun sampai awal jugak aku tau la kau tak sabar nak masuk sekolah ni tapi aku tengok riak muka ni macam ade yang tak kena ingat tau janji kita jangan nak bercinta n gatai nak ade pakwe". Aqila hanya ketawa bila Shikin berkata begitu. Shikin ni mulut tak reti nak cover cakap lepas namun Aqila sikit tak pernah terasa hati dia bersyukur dapat kawan sebaik Aqila. Selesai borak Shikin dan Aqila menuju ke papan kenyataan sekolah untuk menyemak nama dan kelas ternyata mereka satu sekelas. Mak Shikin ke dewan bersama mak Aqila pergi berdaftar sementara mereka duduk di kantin untuk menunggu sesi ibu bapa bersama guru selesai. Shikin memberitahu Aqila tentang mimpi buruknya. "Beb aku ade bende nak bagitau kau ni tapi jangan cerita dekat sesiapa. Aku ade mimpi satu lelaki ni dah 2 minggu aq mimpi benda yang sama lelaki tu kata aku mangsa seterusnya" Aqiila menjawab "kau tidur cuci kaki tak alah mimpi je kut bukan betul pun". "beb just risau je sebab tak pernah alami mimpi macam ni" Shikin rasa mimpi yang dialami itu benar. Tepat jam 12 tengahari taklimat selesai Aqila pulang dulu bersama mamanya manakala Shikin pula duduk di kantin bersama ayahnya menunggu emaknya sampai. Semasa Shikin bergerak meninggalkan kantin dia terdapat beberapa guru lelaki memilih tempat duduk dia merasakan sesuatu melihat wajah guru lelaki muda bersama guru senior lain. Shikin berlalu pergi bersama ayah dan emaknya menuju parking kereta.
Dalam hatinya berkata "kenapa aku rase something dekat cikgu muda tu hishh!!! ape kena dengan aku ni think positif jangan serabut kan kepala mimpi bodoh tu".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience