Bab Terakhir (Sambungan)

Mystery & Detective Completed 8952

Kini semua tetamu sudah pulang yang tinggal hanya Shikin sekeluarga, Faris, Hifza, Cikgu Sabariah dan abahnya Datin Aisyah sembang dengan Cikgu Sabariah " Maaf ye saya tak sempat nak bertanya Puan ni siapa ye sebab ingatkan bawa balik Shikin saja " Cikgu Sabariah memulakan bicara " Saya Sabariah guru kelas sebenar Shikin, Cikgu Fahrin tu adik tiri saya semua ni salah saya kalau lah pada hari itu saya tak minta Cikgu Fahrin gantikan saya masa kursus tu mesti tak akan jadi semua ni. Saya dan abah jadi mangsa ugutan Fahrin kalau kami tak ikut dia nak bunuh suami dan anak saya malah dia juga mahu bunuh abahnya sendiri " Cikgu Sabariah sebak hendak bercerita "Oohh begitu,,,,buat sementara waktu tinggal lah disini dulu nanti saya suruh bibik siapkan makanan dengan ubat sapu luka jangan panggil saya Datin rasanya umur kita sebaya panggil Chah je awak dan abah awak mesti penat jum saya tunjukkan bilik Cikgu Sabariah " Cikgu Sabariah menjawab " Terima kasih bagi kami bermalam disini tapi Chah jangan panggil saya cikgu formal sangat panggil saya Riah saja " Datin Aisyah meninggalkan ruang tamu dan menunjukkan bilik tidur untuk tetamu manakala Datuk Said dan atuk berborak diruang tamu Faris dan Hifza sedang berselawat untuk perlindungan diri sebelum membakar buku dan sebesen garam kasar bercampur lada hitam untuk memagar rumah tersebut nenek pula menjaga Shikin yang sedang lena tidur kerana keletihan beberapa minit kemudian Faris dan Hifza meminta izin Datuk Said untuk keluar rumah untuk membakar buku itu serta memagar kawasan rumah agar tiada kuasa-kuasa jahat memasuki dalam rumah Hifza telah menyedia bekas khas untuk bakar buku tersebut Faris memasukkan buku itu dan ditaburi dengan lada hitam berserta potongan limau kasturi mancis dinyalakan lalu membakar buku itu buku tersebut mengeluarkan bau asap yang amat busuk namun mereka berdua tetap menahan setelah selesai mereka menabur lada hitam. Tepat jam 3 pagi Abang Riz dan Kak Lydia pulang mereka selesai membuat siasatan masaing-masing semua keletihan nasib baik Faris dan Hifza menjaga Shikin di ruang belum tidur lagi yang lain semua masuk bilik tidur sebelum mereka berdua hendak ke bilik mereka melihat keadaan Shikin mereka pun menuju ruang tamu Abang Riz bertanya kepada Faris " Faris macamana keadaan Shikin " Faris menjawab " Setakat ni keadaan lemah lagi dia makan pun sedikit masih ada lagi sisa sihir yang ditinggalkan tapi kau jangan risau Insyaallah kami akan usaha menyembuhkan Shikin '' Abang Riz menggangguk faham Kak Lydia mengusap kepala Shikin " Kesian aku tengok kenapalah sanggup buat demikian " Kak Lydia berasa sedih melihat keadaan Shikin sekarang " Kita berdoalah ya Lydia agar Shikin sembuh " Hifza memberi kata-kata nasihat. Abang Riz dan Kak Lydia meminta diri dulu untuk berehat.

PAGI (RUMAH SHIKIN)
Semua penghuni dalam rumah sudah bangun awal setelah selesai solat Subuh berjemaah yang di imam kan oleh Faris sesudah itu mereka menyediakan sarapan bersama-sama yang wanita memasak di dapur manakala para lelaki membantu isteri masing-masing menyediakan pinggan mangkuk di meja manakala Shikin pula ditemani Kak Lydia bagi membantu Shikin mengelap badan menggunakan air mandian yang disediakan Hifza dan menukarkan pakaian yang bersih setelah selesai Kak Lydia menyuapkan bubur nasi " Dah wangi pun adik akak ni lepas makan Shikin rehat ye kalau nak apa-apa bagi tahu akak atau abang okey " Shikin hanya senyum hambar tanpa sebarang kata-kata Kak Lydia faham Shikin masih keliru apa yang terjadi padanya Abang Riz melihat Kak Lydia tanpa disedari Abang Riz berasa tersentuh hati melihat keprihatinan Kak Lydia menjaga Shikin penuh keikhlasan "Lydia jum makan makanan dah siap" Kak Lydia pun meninggalkan Shikin sendirian di ruang tamu lalu menuju meja makan Kak Lydia duduk di sebelah Hifza setelah semua berada di meja makan Faris membaca doa makan namun baru sampai separuh doa dibacakan Shikin menjerit "Aaaaghhh lepaskan aku!!!! " semua berada di meja menuju ke ruang tamu dengan tergesa-gesa Shikin meracau Hifza meminta Kak Lydia dan Datin Aisyah memegang kaki dan tangan Shikin mereka pun melakukan apa yang disuruh Hifza memegang perut Shikin lalu memejam mata Hifza merasakan sesuatu di bahagian perut lalu menolak hingga keluar dari mulut Shikin memuntah hitam pekat banyak cacing yang masih hidup dari muntah tersebut "Ambil air " Hifza meminta air Abang Riz ke dapur mengambil air setelah itu lalu kembali semula ke ruang tamu air di hulur Hifza membaca doa pada air tersebut Faris pula menggunakan mata keistimewaan untuk melihat dalam tubuh terdapat lagi sisa sihir yang ditinggalkan "Ada lagi ke Abi " Faris menggeleng tidak Hifza membantu Shikin minum air " Shikin minum air ni kalau rasa nak muntah lagi bagi tahu ye " Shikin kelihatan lemah sangat setelah memuntah segala sisa tersebut " Kenapa Hifza ada yang tak kena ke???" Hifza menjawab " Makcik Aisyah jangan bimbang ini proses ke arah penyembuhan Shikin dah mengeluarkan sisa sihir yang buat dia lemah dan sihir yang tersimpan dalam tubuh Shikin ni sengaja ditinggalkan agar Shikin tidak dapat lupakan seseorang itu dia akan sentiasa ingat mereka bersama malah nafsu bersetubuh makin kuat dalam diri " Datin Aisyah mengerti " Biarkan Shikin rehat dulu minta ahli keluarga temankan dia " Datin Aisyah yang menemani Shikin yang lain ke meja makan semula bagi mengisi perut.

PAGI (RUMAH TUA)
Cikgu Fahrin sudah sedar dari pengsan namun apabila dia ingin meninggalkan katil dia tidak dapat merasakan kakinya apabila selimut dibuka dia terkejut separuh badan dan kakinya hitam "Madi!!! Madi!!!" Cikgu Fahrin menjerit memanggil pembantunya Madi yang berada di dapur untuk menyediakan sarapan terdengar nama dipanggil bergegas Madi naik tingkat atas menuju bilik Cikgu Fahrin " Ya Tuan Fahrin " Cikgu Fahrin bertanya tentang kakinya " Kenapa kaki aku boleh hitam macam ni apa yang dah jadi dekat aku ni ???" Madi pun bersuara " Tuan Fahrin pengsan selepas Tuan bertarung orang yang halang kerja Tuan bila saya nampak Tuan pengsan terus saya papah Tuan masuk kedalam bilik dan ketika itu kulit Tuan bertukar jadi hitam tapi hanya separuh badan " Cikgu Fahrin menahan amarah kerana gagal untuk menyihir Shikin dan mendapat semula kembali kalau dia tak boleh dapat orang lain pun tak akan namun nasib menyebelahinya cincin asli miliknya simpan dalam kantung di lehernya " Tak mengapa kali ini aku bagi peluang aku akan kembali dapatkan kekasih hati aku walaupun apa cara sekali pun,,,,Madi bawa aku ke suatu tempat aku mahu jumpa seseorang " Madi mengangguk faham Cikgu Fahrin ketawa jahat.

DUA BULAN KEMUDIAN......

Shikin kini sembuh sepenuhnya dan kembali semula sekolah seperti biasa dia kini berasa lebih tenang dan tiada lagi gangguan dari Cikgu Fahrin semua pelajar di sekolah kehairanan Cikgu Fahrin berhenti kerja sedangkan kontrak guru ganti adalah setahun begitu juga Cikgu Sabariah juga tidak lagi mengajar di situ kali terakhir jumpa semasa mereka diselamatkan dan menumpang di rumahnya Cikgu Sabariah telah memohon penukaran sekolah tapi tak pasti dimana Shikin hanya berdoa semoga Cikgu Sabriah selamat serta keluarga beliau. Waktu loceng rehat berbunyi mereka duduk di tempat biasa mereka makan"Shikin jum hujung minggu ni kita lepak taman nak lama tak lepak bersama rindu gile kat kau" Aqila mencadangkan untuk lepak bersama "Haah wei jum le " Intan pun menyokong Shikin berfikir sejenak "Hmm apa kata kita semua pergi berkelah dekat pantai aku boleh suruh Abang Riz bawa kita semua " Intan dan Aqila bersorak happy " Nakkk!!!" Shikin geli hati melihat perangai mereka berdua "Hemhem hai korang" mereka bertiga berpaling kearah suara yang berdehem ternyata Tina " boleh aku join korang " Shikin memberi ruang kepada Tina untuk duduk "Aku nak minta maaf kat korang apa yang terjadi selama ini pada kawan-kawan korang atas perbuatan bodoh aku dan arwah kawan aku yang lain akhirnya perbuatan tu memakan diri sendiri terutama kau Shikin aku rasa amat bersalah libatkan kau dalam hal ini,,,,aku harap korang dapat maafkan aku " Tina menangis Shikin memujuk Tina " Tina lupakan semua apa yang berlaku yang penting kita yang hidup ni teruskan kehidupan dan jangan ulangi kesilapan,,,kau jangan bimbang aku dah maafkan kau dah jangan menangis lagi " Tina menyapu airmata " Terima kasih Shikin kau memang baik hati silap aku yang bodoh khianati kau " Shikin menepuk bahu Tina " Alahhhh dah le tu " Aqilah pula bersuara " Dah la tu Tina aku dengan Intan pun dah maafkan kau,,,wei hari minggu kau free tak jom la join kita orang pegi berkelah kat pantai bawa bapa kau sekali " Tina membalas " Boleh ke aku join??? " Intan membalas " Boleh kau kan dah jadi sahabat kami " Intan senyum pada Tina " Terima kasih korang sudi berkawan dengan aku,,,,,okey kalau orang dah ajak takkan nak tolak pula aku ikut korang pegi pantai " Mereka berempat pun ketawa sakan gembira dah ada sahabat baru.

HUJUNG MINGGU
Mereka sekeluarga bercuti di Pantai Tanjung Rhu Langkawi Kedah atuk Shikin menempah dua resort ramai yang sertai mereka berkelah Tina dan Uncle Ben, Faris dan Hifza, Aqila, Intan, Abang Riz, Kak Lydia dan satu family Shikin mereka semua berkelah makan tengahari di kawasan pantai yang lelaki semua ambil alih bakar makanan yang perempuan sediakan tempat makan Shikin dan kawan-kawannya bermain tepi pantai melayari suasana nyaman di pantai Datin Aisyah melihat Shikin dari jauh " Happy makcik tengok Shikin dah sembuh terima kasih Hifza bantu keluarga makcik " Hifza menjawab " Syukur alhamdullilah berkat sokongan keluarga dan Allah S.W.T Shikin dapat lawan penyakit dia " Datin Aisyah memanggil Abang Riz " Riz bawa la Lydia jalan-jalan pantai " Kak Lydia perasan namanya disebut Datin Aisyah " Takpe lah makcik banyak keje lagi ni tak siap " Kak Lydia sengaja bagi alasan sibuk Abang Riz bersuara " Lydia jum kita jalan-jalan dekat pantai " Kak Lydia rasa serba salah nak tolak ajakan Abang Riz " Hmm okeylah " Kak Lydia ikut permintaan Abang Riz baru beberapa langkah berjalan ke pantai Faris menyebut nama Abang Riz lalu berpaling "Goodluck bro " Faris tersenyum sengih Hifza menegur " Abiii!!" semua ketawa melihat gelagat suami isteri itu. Kak Lydia dan Abang Riz berjalan melayari air pantai yang berombak di kaki mereka berdua Abang Riz rasa ketaq lutut nak melamar Kak Lydia " Riz kau okey tak ni diam je dari tadi dah tak sudi ke nak sembang dengan aku " Kak Lydia terasa hatinya berdebar-debar Abang Riz memberhentikan langkah lalu memegang lengan Kak Lydia langkah Kak Lydia terhenti lalu memandang Abang Riz " Lydia ada sesuatu aku nak bagi tahu kau perasaan ni aku dah simpan lama tapi hari ni hati aku rasa nak meletup sejak hari pertama kita berjumpa perasaan ni hadir tanpa diduga aku dah buat solat istkharah sejak hadir perasaan ini dan aku dah dapat jawapannya " Abang Riz mengeluarkan kotak kecil dari poket jeans " Lydia sudi tak kau jadi bidadari aku dikala senang dan susah malah jadi ibu pada anak-anak kita dan temani aku hingga ke syurga " Abang Riz menunjukkan cincin pada Kak Lydia " Riz aku sudi jadi bidadari kau,,,aku akan mencintai dan sayang kau hingga akhir hayat aku malah jadi ibu untuk anak-anak kita suatu hari nanti " Kak Lydia mengalir air mata mengucap kata-kata itu Abang Riz menyarungkan cincin tersebut hatinya gembira lamaran diterima.

Shikin kepenatan bermain air pantai bersama kawan-kawannya lalu duduk di atas pasir yang tidak jauh dari air Shikin memerhati mereka yang gembira sekali bermandi-manda Shikin menghirup udara pantai yang segar dengan angin mendayu-dayu dia bersyukur semua kembali normal semula tiada lagi berita kehilangan anak gadis "Shikinnnn" dia terkejut terdengar seseorang panggil namanya namun dipandang kiri dan kanan tiada sesiapa kawan-kwannya masih lagi bermandi manda Shikin memejam mata dan berselawat untuk menenangkan hatinya. " Oiiii Shikin meh le sambung mandi" jerit Aqilah "iye ye aku datang" Shikin bangun dan menuju ke arah mereka namun tanpa disedari mereka diperhati oleh seseorang dari jauh yang penuh aura dendam.

Kepada pembaca yang minat novel sis terima kasih sudi sabar menanti post dari sis. Sis akan kembali dengan novel yang baru bertajuk NAFSU PENDENDAM 2 : MEMBURU CINTA KEMBALI hope korang enjoy. maaf ye kalau ada salah silap typo sis.... : )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience