Bab 14

Mystery & Detective Completed 8942

Elisa berada di ruang tamu melihat tentang berita kehilangan Munirah di television dia menjadi gelisah dan takut lalu berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu Elisa duduk di katil berpeluk tubuh ketakutan amat sehingga menangis dia takut jadi mangsa seterusnya Elisa mencapai telefon bimbit dan menelefon Tina namun tidak diangkat hanya peti voicemail "Hello Tina aku takut aku takut!!!!Aku tengok kat tv Munirah hilang aku tak nak jadi korban seterusnya tolong akuu!!! Tinaa cepat angkat phone" berkali2 call tak dapat Elisa mencampak phone tu,apa yang terjadi pada Elisa kenapa dia ketakutan sebegitu?. Pukul 10 pagi Abang Riz dan Kak Lydia berada di rumah Munirah pihak polis melakukan siasatan kematian parent Munirah namun apa yang ada didalam rumah hanya mayat parent Munirah sahaja akan tetapi mayat Munirah tiada walaupun terdapat kesan darah di bilik Munirah pihak polis sudah mencari setiap kawasan rumah namun masih tiada kesan-kesan dan senjata digunakan penjenayah tidak dijumpai. Kak Lydia sudah tahu tentang gambar2,surat dan pendrive yang dihantar kepada Shikin,Abang Riz menceritakan pada malam itu,,,Kak Lydia melihat bilik Munirah dia meneliti setiap sudut yang ada lalu beralih ke katil Munirah terdapat beberapa tompok darah di cadar katil dan bantal Kak Lydia melihat bawah katil pula terdapat pakaian dalaman yang ada kesan darah lalu Kak Lydia memakai sarung tangan getah untuk mengambil pakaian tersebut dan diletakkan dalam plastik. Setelah selesai Kak Lydia turun ke bawah dan memberikan pakaian itu kepada petugas forensik "Ni saya jumpa bawah katil mangsa dapatkan hasil test mangsa saya nak lihat report" petugas itu mengangguk faham Abang Riz mendekati Kak Lydia "Apa yang Lydia jumpa" Kak Lydia memberitahu jumpa bahan bukti pakaian dalaman Munirah "Nanti pukul satu kita jemput Cik Shikin nanti saya bagi tahu tentang cikgu sekolah Cik Shikin" Kak Lydia mengangguk okey Abang Riz dengan Kak Lydia disitu sehingga lah tengahari baru selesai. Di sekolah kecoh kehilangan Munirah ramai yang bertanya pada Shikin,Intan dan Aqila apa yang berlaku mereka tidak mahu berkata-kata apa2 fikiran mereka serabut sekarang kes Jasmin, Tasha Arina dan 2 lagi pelajar belum selesai ni pula kes kehilangan Munirah mereka berasa sedih amat namun terpaksa mereka sorokkan perasaan itu dengan keadaan sekarang memberi tekanan yang hebat. Intan dan Aqila buat hal masing2 malah makin menjauh dari Shikin persahabatan mereka tak seperti selalu Shikin pula lagi bertambah masalah dengan cikgu gila tu hendak mengadu ke cikgu-cikgu lain mereka tak percaya sikap Cikgu Fahrin bertambah rumit dah lah adik tiri Cikgu Sabariah ada backup Elisa dan Tina jarang nampak sekolah kekadang ponteng sekolah melihat mereka macamana nak tanya mereka kenapa mereka pendiam dan nampak takut setiap kali tanya kehilangan Jasmin. Didalam kelas Shikin sering mendapat bunga rose dan coklat di bawah mejanya satu kelas mencurigai Shikin dan Cikgu Firhan kerana cara layanan bukan seperti pelajar dan guru waktu pembelajaran Bahasa Melayu pula Cikgu Firhan akan menyelit kad2 ayat cinta di buku latihan,paling rimas sekali kalau ada mana2 pelajar lelaki dekat dengan Shikin mula menengking pelajar lelaki tersebut walhal just tanya pasal sekolah dengan study grup. Pukul 1 petang loceng sekolah berbunyi Shikin tidak pergi kokurikulum hari ni kerana kelab English dibatalkan Aqila dan Intan sudah pulang dulu Shikin menuju pagar sekolah dan menunggu driver akan tetapi kali ni dekat sejam dia menunggu pelajar yang ada disitu makin berkurangan Shikin terdengar namanya dipanggil "Shikin" ternyata Cikgu Fahrin "Aduhh bala dah datang" Cikgu Fahrin memberhentikan keretanya lalu keluar ke arah Shikin "Ni kenapa tak balik lagi jom saya hantar balik"Cikgu Fahrin mula dah buat suara manja2 "Boleh tak kau blah rimas la aku dengan kau ni!!" Cikgu Fahrin tiba emosi berubah benggang lalu merentap tangan Shikin "Lepaskan aku la!!aku tak nak" Jip hijau berhenti di depan pagar sekolah Abang Riz turun menjemput Shikin "Ni kenapa Cik Shikin" Shikin terlepas dari gengaman Cikgu Fahrin terus ke arah Abang Riz "Abang sakit tangan baby ni" Shikin buat2 manja dengan Abang Riz agar Cikgu Fahrin panas hati melihat Shikin" Alololo shayang Abang ni sakit ye malam nanti abang ubatkan" Abang Riz pun ikut rentak plan Shikin bagi Cikgu Fahrin panas hati dan berlalu pergi meninggalkan Cikgu Fahrin di situ. Dalam jip Abang Riz dengan Shikin gelak sakan bila dapat kenakan cikgu meroyan tu "Amboi suka korang ye kenakan orang" Kak Lydia turut ketawa "Alaa Kak Lydia biar cikgu meroyan tu rasa suka sangat kacau Shikin dah kat sekolah tak boleh rapat dengan pelajar lelaki padahal bukan buat apa-apa pun bincang pasal kerja sekolah je,,,Abang Riz laparlah baby nak makan hahahaha" Abang Riz tak boleh nak stop ketawa lalu mengajuk lagi "Alololo chayang cuwit ni lapaq ya kita pi makan nasi kandaq pekena cendoi durian" Kak Lydia membawa ke restaurant mall.

Rumah Tina (petang)
Tina baru saja selesai mandi dia perlu bersiap hendak ke kelas tuisyen malam nanti Tina ke meja solek dia mengambil telefon bimbitnya dan lihat banyak betul miscall dari Elisa dia membuka voicemail tu"Hello Tina aku takut aku takut!!!!Aku tengok kat tv Munirah hilang aku tak nak jadi korban seterusnya tolong akuu!!! Tinaa cepat angkat phone" Tina tiba2 tangannya mengeletar phone yang dipegang jatuh ke lantai. Tina keluar dari bilik dan ke arah bapanya "Baba Tina tak nak ke tuisyen hari pleasesss baba Tina tak nak pergi" bapa Tina hairan kenapa dengan Tina takut semacam "Tina tak sihat ke" bapa Tina memeriksa dahi Tina tak panas pun "Baba boleh tak Tina nak home school Tina tak nak ke sekolah dah" Bapa Tina ikut sahaja arahannya. Tina pun beredar lalu masuk semula ke bilik Tina mengunci pintu dan menangis "Maafkan aku Jasmin maafkan aku Elisa,,,,aku tak nak jadi korban nafsu setan tu" Tina merasakan ada sesuatu bisik di telinga "Datang lah kepadaku si dara manis akan ku turuti permintaanmu penuhi nafsuku" bisikan entah dari mana berulang kali Tina tutup telinga dia tak mahu dengar lalu Tina bangun ke arah meja belajar mengambil dua batang pen dan mencucuk di telinganya darah mengalir laju Tina menjerit kesakitan yang amat sehingga bapa Tina mendengar jeritan anaknya lalu bapanya berlari naik ke atas namun pintu bilik berkunci bapa Tina terpaksa merempuh pintu setelah buka bapa Tina melihat anaknya terbaring dengan berlumuran darah "Tina bangun2 kenapa Tina buat macam ni!!" dengan kudrat yang ada bapa Tina angkat tubuh anaknya dibawa ke hospital.

Jam 4 petang mereka tiba dirumah Datin Aisyah menyambut kepulangan anak-anaknya "Shikin,,Qila telefon Tina masuk hospital" Shikin tanya Datin Aisyah Tina sakit apa "Qila kata Tina cederakan diri sendiri" Shikin meminta izin malam nanti dia, Abang Riz dan Kak Lydia menziarahi Tina di hospital pukul 6 nanti Datin Aisyah mengizinkan. Shikin pun naik ke bilik untuk mandi dan bersiap ke hospital,,,,setelah selesai mandi dengan solat Asar Shikin pun turun duduk di ruang tamu menanti Abang Riz dengan Kak Lydia. Dalam beberapa minit mereka bersiap dan terus menaikki jip Kak Lydia, Abang Riz still belum boleh memandu sepanjang kaki Abang Riz belum kuat harapkan Kak Lydia saja memandu tak pun naik dengan driver Abang Riz sekarang tinggal bersama dengan keluarga Shikin tak lagi duduk kondo miliknya kondo tersebut Abang Riz disewa. Setelah 30minit perjalanan tiba di HKL mereka ke wad persendirian wanita bapa Tina sedang menunggu di luar Shikin menyapa bapa Tina "Selamat petang Uncle saya Shikin satu sekolah dengan Tina kenalkan ni abang Riz dan Kak Lydia diorang ni family saya, kami datang nak melawat Tina" Abang Riz menghulur tangan untuk bersalam "Nama Uncle Benny panggil Uncle Ben je terima kasih datang melawat Tina sekarang ni doktor tak bagi masuk lagi sebab check keadaan Tina" Shikin bertanya kepada uncle Ben apa yang terjadi uncle Ben pun cerita apa yang berlaku pada Tina dia mencederakan dirinya mencucuk kedua belah telinga dengan pen lepas tu uncle Ben naik menuju ke bilik Tina tak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa Tina keluar dari bilik "Tina dia dah sedar cuma buat masa ni dia boleh dengar sikit2 nasib baik hanya luka sahaja di gegendang telinga kalau pecah berkemungkinan besar akan pekak seumur hidup waris dengan pelawat boleh la masuk tengok pesakit tapi jangan ramai takut pesakit depress saya minta diri dulu" Uncle Ben mengucap terima kasih "Shikin masuk dulu dengan family tengok Tina nanti Uncle tengok kemudian" Shikin mengangguk faham lalu masuk ke dalam "Hai Tina" Shikin menghampiri katil Tina "Tina kenalkan ni Abang Riz dan Kak Lydia diorang ni family aku dan merangkap pengawal peribadi untuk family aku,,,Apa yang terjadi pada kau Tina kenapa kau cederakan diri sendiri?" Tina mula menangis Kak Lydia cuba tenangkan Tina dengan memegang tangan Tina" Aku minta maaf aku takut jadi korban aku tak nak jadi pemuas nafsu setan!!!Aku ego aku ego sampai gadai maruah aku untuk kabulkan permintaan aku" Tina mula bercerita sampai mengigil ketakutan akan tetapi cara dia cakap macam orang gila matanya hanya memandang kipas siling "aku nak cantik aku nak cantik aku cantik kan hehehehe..." tiba2 emosi Tina berubah "Tina bagi tahu aku apa yang kau takutkan ceritakan saja abang dan kakak aku boleh tolong lagi satu apa yang terjadi pada Yasmin" pertanyaan Shikin seolah mendesak Tina ingin tahu apa yang terjadi Abang Riz memujuk Shikin supaya sabar jangan mendesak Tina macam tu "Jasmin,,, Jasmin ni semua salah dia sebab langgar pantang larang hahahaha ya ya salah Jasmin dahaga kan cinta si pemuas nafsu kami yang jadi korban bila kami menolak si pemuas nafsu mencari korban hahahahaha padan muka Shikin dan kawan-kawannya jadi mangsa korban satu dah mati dua dah mati tiga mati mati mati perempuan tu pun sudah korban darahnya suci patut mati malam itu tapi sayang lelaki itu tak mati hahahahaha,,,,,,Datanglah kepada ku si dara manis akan ku turuti permintaanmu penuhi nafsuku hahahahaha,,,," Tina mengulang banyak kali ayat itu Shikin tak dapat menahan sabar digoncang tubuh Tina dengan nada marah air mata pun berlinangan "APA YANG KAU DAH BUAT KAT MEREKA KENAPA ORANG YANG AKU SAYANG JADI MANGSA KENAPAA!!!" Abang Riz menghalang tindakan Shikin "Sabar Cik Shikin sabar" Kak Lydia memengang tangan Shikin untuk dileraikan Uncle Ben terdengar kecohan di dalam bilik pesakit lalu menjerit "STOP IT" Shikin pun berhenti lalu terduduk menangis meraung Shikin rasa perit sakit dalam hati atas perbuatan mereka Abang Riz cuba menenangkan Shikin manakala Kak Lydia meminta maaf dan menceritakan apa yang berlaku pada Uncle Ben. Abang Riz membawa Shikin keluar dari bilik dan duduk di ruang menunggu Abang Riz ke mesin air lalu air tu diberikan kepada Shikin agar tenang Abang Riz duduk di sebelah Shikin "Sudah lah Cik Shikin harap bersabar ni mungkin ujian dari Allah redha pemergian diorang tengok Abang Riz dah boleh move on kepergian arwah Kak Dezi kita doakan agar mereka di golongan orang yang baik" Shikin memeluk Abang Riz "thanks Abang Riz rasa bersyukur sangat Abang Riz diberi peluang kedua untuk hidup kalau Abang Riz takde macamana lah kehidupan Shikin tanpa Abang Riz" Abang Riz rasa lega melihat Shikin dah okey tak emo seperti sementara di dalam bilik Tina Kak Lydia meminta maaf atas perbuatan Shikin lakukan "Sepatutnya Uncle Ben ang minta maaf kepada Shikin atas perbuatan anak uncle salah uncle gagal didik Tina,,Tina jadi macam ni sebab uncle manja kan dia,,Tina membesar tanpa mamanya Uncle bercerai dengan mama Tina sebab taksub dengan dunia model mungkin Tina mahu jadi mamanya Uncle minta maaf sekali lagi bagi pihak Tina" Kak Lydia faham lalu memberi kad yang tertera nombor telefon Kak Lydia "Uncle kalau ada apa2 info tentang Tina call saya" Uncle Ben bertanya kepada Kak Lydia "Kamu bukan ahli keluarga Shikin sama juga ke lelaki di luar tu" Kak Lydia menjawab "Kami pengawal peribadi Shikin yang kat luar tu sama saja cuma saya ni baru lagi Riz sudah lama bekerja dengan family Shikin agensi saya bekerjasama dengan pihak polis". Setelah selesai melawat mereka menuju ke surau hospital untuk menunaikan solat Isyak selepas itu mereka pun pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience