Bab 10

Mystery & Detective Completed 8952

Tepat jam 8 malam Shikin sekeluarga berkumpul makan malam kecuali nenek dan atuknya kerana menjaga Abang Riz "Macamana luka kat kepala masih sakit lagi ke kalau tak sihat tak payah ke sekolah esok" Datin Aisyah memulakan bicara bertanya tentang kesihatan Shikin " Luka dah okay Cikin okay boleh dah pergi sekolah mak malam ni Cikin tido lambat sikit nak siapkan kerja sekolah hari Jumaat dah nak kena hantar" Datin Aisyah menggangguk okey tapi dengan syarat jangan terlalu lewat " Esok ayah hantar pergi sekolah naik motor" Datuk Said memberitahu akan menghantarnya ke sekolah " ayah tak payah lah hantar biar driver yang hantar dengan ambil sekali kat sekolah" Shikin bukan apa dia tak nak apa2 terjadi seperti Abang Riz ada saja mata2 yang memerhati. Setelah selesai makan Shikin masuk ke dalam bilik Shikin ke meja belajar lalu mengambil buku-buku latihan yang perlu disiapkan jam menunjukkan pukul 8.50 malam satu persatu Shikin menyelesaikan kerja sekolah. Sesudah kerja sekolah matapelajaran lain dah siap kini giliran buku latihan Cikgu Fahrin namun ketika Shikin buka buku latihan tersebut terdapat halaman yang koyak lalu dia memeriksa jadual kelas " Damn it!!! dah lah waktu BM yang first aku nak tanya diorang dah pukul 11 malam mesti dah tido" Shikin dah terlalu mengantuk dan membiarkan saja latihan itu dia merasakan ini mesti ada helah tertentu lalu dia mengemas barang-barang dalam beg dan terus tidur

SEKOLAH (JUMAAT)
Shikin hendak ke sekolah awal hari ni pukul 5 pagi dia bangun selepas solat subuh Shikin bersiap lalu turun bawah untuk sarapan bersama Datin Aisyah dan Datuk Said " Awalnya nak pergi sekolah ada apa2 ke? tanya Datin Aisyah " Saje pergi sekolah awal boleh kemas kelas" Shikin sengaja bagi alasan macam tu sebab takut maknya banyak soal ditanya. " Mak ayah gerak dulu " Shikin menyudahkan sarapan lalu bersalaman dan terus ke parking kereta. Setelah 15 minit perjalanan Shikin pun sampai ke sekolah pada pukul 6.10 pagi Tasha Arina telah menunggunya di kawasan menunggu untuk pelajar " Jom kita ada masa lagi nak masuk bilik guru" Tasha Arina melihat jam tangannya " wait wait kita kan takde kunci macamana nak masuk" Shikin bertanya pada Tasha Arina " Alaaa rilex aku tahu macamana nak buka ikut je lah aku jom jalan cepat" Tasha Arina menarik tangan Shikin lalu mereka menuju ke bilik guru. Sampai di bilik guru Tasha Arina menyuruh Shikin perhatikan sekeliling kalau ada pelajar atau sesiapa sahaja yang lalu Tasha Arina mengeluarkan dawai dan kad untuk membuka pintu setelah usaha lalu pintu pun boleh dibuka " Shikin cepat masuk" Tasha Arina menarik baju Shikin untuk masuk mereka pun pergi ke meja Cikgu Fahrin . Shikin dengan Tasha Arina mula cari bukti yang menyatakan semua kejadian kehilangan Jasmin dan kemalangan abang dan kakak Shikin "beb dah puas kita cari ni apa pun takde bawah meja dengan loker fuhh!!! penatnya" Tasha Arina keletihan "Cari lagi wei mesti si bangsat tu ada sorok something kat mana2 kita mesti cari bukti" Shikin mencari dalam laci meja satu persatu akan tetapi laci yang terakhir belum dilihat Shikin pun membuka laci terakhir terdapat banyak sampul namun ada dua sampul bertopok coklat setelah diamati ternyata bukan dari dakwat ianya darah " Tasha aku dah jumpa jom kita keluar tapi kemas dulu takut Cikgu Fahrin syak" Tasha Arina dan Shikin kemas semula mana yang mereka sepahkan manakala surat tersebut di simpan dalam beg dan setelah siap mereka pun keluar lalu mengunci semula pintu guru. Tepat jam 6.50 pagi mereka menuju ke perhimpunan Intan, Munirah dan Aqila juga berada disitu " Awalnya korang sampai macamana misi pencarian dah jumpa ke " Aqila bertanya pada Shikin " Shhh perlahankan suara tu kami dah jumpa lepas sekolah ni kita berkumpul dekat rumah aku selamat sebab atuk aku dah tambah sekuriti keselamatan luar dan dalam so kita tak perlu bimbang" semua menggangguk setuju. Setelah selesai sesi perhimpunan semua pelajar ke kelas masing2 Shikin duduk di mejanya dia menarik nafas sedalamnya dia perlu bersedia hadap si bangsat itu beberapa minit kemudian Cikgu Fahrin masuk ke kelas lalu meletakkan buku dan alatan menulis Shikin merasakan matanya bukan memandang pada pelajar dalam kelas tetapi dirinya " Pelajar hantar latihan yang saya bagi semalam saya akan check satu persatu siapa tak siap saya akan denda Shikin pergi kutip buku" Shikin pun bangun tanpa melihat Cikgu Fahrin yang ada di depan mejanya setelah semua buku dikumpul lalu meletakkan di meja guru kelas Shikin pun duduk semula di mejanya Cikgu Fahrin menyemak satu persatu " Shikin kau bangun datang berdiri kat depan" Cikgu Fahrin bangun dari mejanya lalu menunjukkan buku latihan " Ni lah pelajar paling malas dan kurang adab kerja sekolah tak buat lepas tu dikoyaknya pula apa nak jadi dengan kau ni Shikin balik sekolah ni aku nak jumpa dekat bilik guru aku nak denda kau sekarang ni berdiri di luar kelas" Cikgu Fahrin sengaja memalukan dirinya depan pelajar namun Shikin sikit pun tak ambil hati sebab dia nak tengok sejauh mana permainan helah Cikgu Fahrin " Saya minta maaf sebab tak siapkan kerja saya sanggup terima denda" Shikin pun berlalu keluar dan berdiri di luar kelas kawan-kawannya yang lain berasa kesian kecuali Tasha Arina dia rasakan ini semua helah Cikgu Fahrin, Tasha Arina yakin Shikin ada plan tertentu untuk cari bukti. Setelah 2 jam matapelajaran Bahasa Melayu Cikgu Nelly dah sampai ke kelas untuk mengajar English Cikgu Fahrin bangun untuk meninggalkan lalu menuju keluar Shikin hendak masuk ke dalam ke kelas namun ditahan Cikgu Fahrin memegang lengan Shikin dan berbisik di telinga "Kita jumpa lagi ya sayang" Shikin pun menepis lengan dari gengaman tangan Cikgu Fahrin nasib baik tiada siapa yang nampak kerana terhalang dengan pintu kelas Shikin duduk di mejanya dengan wajah yang geram dan sakit hati. Waktu loceng rehat berbunyi Shikin n the geng makan di belakang sekolah "Cikin macamana plan kita dah lah balik nanti kau kena hadap cikgu gila tu" Aqila bertanya Shikin apa yang patut dilakukan "Plan tu kita ubah korang semua balik dulu kumpul dekat rumah Intan kalau korang pergi rumah aku mesti parent aku tanya kenapa aku tak ikut balik sekarang ni aku ada plan sendiri aku nak tengok helah apa lagi si bangsat tu" kata Shikin kepada mereka " Kau okey ke tanpa kami, kau hati-hati tau ni aku bawa pepper spray kalau apa2 berlaku" Tasha Arina risau akan Shikin "Thanks beb korang sahabat aku selamanya" Shikin menyimpan barang tu didalam poket baju mereka semua sepakat setuju plan Shikin. Waktu menunjukkan pukul 1 tanda pelajar pulang manakala guru lelaki akan pulang lebih awal untuk menunaikan solat Jumaat. Shikin terus ke tingkat 1 arah ke bilik guru lalu dia pun masuk seperti biasa keadaan bilik guru sunyi hanya tinggal Cikgu Fahrin sahaja Shikin menuju ke meja Cikgu Fahrin "Denda apa yang cikgu nak bagi dekat saya" Shikin terpaksa kawal emosi agar tidak menimbulkan syak Cikgu Fahrin memandang ke arahnya " Kalau ye pun tak sabar kena denda duduk lah dulu sayang.... boleh tak jangan buat muka macam tu nanti tak cantik" tiber Cikgu Fahrin buat manja2 bagai dan menunjukkan kerusi yang ada di sebelah meja tengok cara Cikgu Fahrin naik loya Shikin dibuatnya lalu Cikgu Fahrin mengambil barang dibawah mejanya terdapat teddy bear dengan bunga rose diletakkan dalam paper beg berwarna di serahkan kepada Shikin. "Apa ni!!!! cikgu boleh tak jangan buang masa saya,,,cikgu ingat dengan bagi barang ni dapat ambil hati saya ke cikgu dah malukan saya depan pelajar lain!!!" Shikin mencampak barang yang diberi Cikgu Fahrin kemarahanya tak dapat dikawal lagi riak wajah Cikgu Fahrin nampak benggang dengan tindakan Shikin lalu dia bangun mendekati Shikin " Kau buang barang aku bagi!!!! apa kurangnya aku kat kau sampai susah sangat nak terima aku apa yang kau pandang dekat jantan yang cacat bakal mati tu aku boleh bagi segalanya kau nak!!!!"Cikgu Fahrin menggengam kedua2 lengan Shikin "Apa cikgu ni lepaskan saya sakit lah!!!" Shikin meminta Cikgu Fahrin melepaskannya "Tahu pun sakit,,,,,sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan tu gelak ketawa keluar bersama kenapa kau tak layan aku macam tu" Cikgu Fahrin makin tak terkawal dia cuba hendak memeluk Shikin namun cepat2 Shikin menolak Cikgu Fahrin lalu mengeluarkan pepper spray disembur ke muka Cikgu Fahrin "aaaghhh tak guna kau Shikin" Cikgu Fahrin menjerit kesakitan kerana pedih di mata Shikin berlari keluar dari bilik guru terus menuju pagar sekolah dan membiarkan sahaja Cikgu Fahrin. Driver Shikin pun sampai didalam kereta Shikin menarik nafas lega dalam kereta lalu membetulkan tudung dan bajunya bagi kemas tak sangka Cikgu Fahrin gilakannya tahap macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience