Bab 9

Romance Completed 68990

"Zaffri!!! Zaffri! Jangan tinggalkan i! Please wake up!"

"Heyy bangun sayang.. sayang i ada dengan u ni.." kejut zaffri lembut.

Aku terus terjaga dan terus memeluknya erat. Air mataku menitis mengingatkan mimpi aku tadi.

"Syuhhh.. its okay sayang. I ada. Kenapa ni?" Zaffri mengusap kepala aku.

"Nightmare.." jawabku perlahan. Zaffri melepaskan pelukan dan mengelap air mataku, rambutku diselak dan diselitkan di telingaku.

"Awak pusing belakang kejap." Arahku. Ingin melihat sama ada mimpi aku itu cuma mainan tidur atau reality. Zaffri memandang aku pelik tetapi menurut.

Aku menyelak belakang bajunya.

"Woww! Apa yang u nak buat ni sayang.." zaffri terus memusingkan badannya kembali memandang aku.

"Syuh. U pusing belakang balik! I bukan nak rogol u pun!" Jawabku sedikit kasar.

"Memangla u tak rogol i tapi i.." aku menutup mulutnya.

"U pusing jelah! Banyak cakap pulak." Akhirnya dia memusingkan badannya kembali.

Aku menyelak tshirt merah yang dipakainya sampai ke atas. Aku terkejut melihat parut yang berada di pinggangnya. Parut terkena tembakan! Aku mengusap parut tersebut.

"U buat apa tu sayang? Dah ke belum?" Tanya zaffri tidak selesa. Suaranya bergetar.

"U dapat parut ni sebab kena tembakkan? Masa hari pertama kita kahwin?" Tanyakku sambil menarik kembali tshirtnya. Zaffri memusingkan badannya kembali menghadapku.

"Macam mana u tahu? U ingat semuanya?" Tanya zaffri. Aku menggeleng.

"I mimpi u kena tembak tadi. I tak ingat semuanya. Sikit-sikit je." Aku memerhatikan bibirnya. Teringat mimpiku sebentar tadi. Wajahku menjadi panas. Jantungku berdegup laju.

"Ouh... mungkin ingatan u akan pulih dalam masa seminggu ni. Kenapa muka u merah?" Tanya zaffri memegang muka aku.

"Takda apa... sekarang pukul berapa?"

" dah pukul 7.30. I dengar dari dalam bilik ni bunyi bising dekat bawah. Mungkin orang surau dah datang untuk buat doa selamat."

"Kak izz... mama suruh turun." Terdengar suara izzlia bersama ketukan di pintu.

"Akak tak larat. Sakit kepala. Cakap dekat mama akak tak turun." Jawabku tanpa membuka pintu.

"Okay!"

"Kenapa u taknak turun?" Tanya zaffri .

" i tak larat. Sakit kepala." Aku bangun masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka.

"Nak i urut kepala u?" Tanya zaffri. Aku memandangnya lama.

"Kenapa? U malu? Kita kan suami isteri... dah dua tahun kita duduk serumah kecuali tahun lepas. Semuanya i dah sentuh. Dah tengok." Zaffri tersenyum nakal. Muka aku memerah.

Aku terus keluar menuju ke balkoni. Muka aku terasa panas. Malu!

"U malu ke sayang?" Terasa tangannya memeluk aku dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahuku. Aku hanya membiarkan kerana merasa selesa diperlakukan seperti ini.

"Kenapa i lakukan serangan bom dekat paris dulu?" Tanya aku. Ingin tahu sebab kenapa aku sanggup melakukan kerja yang bahaya sebegitu.

"Sebab u kena bunuh datuk Jaafar dan konco-konconya yang tengah melakukan urusan jual beli syabu dragon dengan kumpulan mafia terbesar dekat sana atas arahan Mr Hitler. Dan yang paling penting u nak balas dendam dengan apa yang dia dah buat dekat i sampai i masuk hospital." Terang zaffri.

"So datuk jaafar sekarang macam mana?"

"Mati." Aku terdiam.

"Kring,kring" bunyi telefon zaffri mematikan conversation kami.

Zaffri melepaskan pelukannya dan mengambil telefon didalam poket seluarnya .

"Hello, abang tak jadi datang la lia. Abangg busy. Sorry ye.. kirim salam dekat mama..okay.. Waalaikumsalam." Zaffri meletakkan telefonnya di atas meja solek aku.

"U nak tidur sini?" Tanya aku berjalan menuju kearahnya.

"Boleh ke?" Tanya Zaffri kembali.
Aku menjongketkan bahu dan naik ke atas katil.

"Hello Tim. Aku tak balik harini. Kau tolong tengokkan rumah aku. Kunci semua tingkap and pintu. Laptop aku atas meja bawak masuk bilik.k thanks."
Zaffri berjalan menuju ke suis lampu. Lalu menutupnya.

Terasa katilku tenggelam disebelah. Tangan zaffri melingkar di pinggang aku.

" i miss u."bisik zaffri di tepi telingaku.

Aku pusingkan badan menghadap zaffri lalu meletakkan kepalaku di atas dadanya dan memeluknya. Aku selesa begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience