Bab 2

Romance Completed 68990

Aku tersedar kerana merasa sesuatu yang mengusap pipi aku. Aku cepat-cepat bangun dan duduk.

"Izz dah sedar sayang. Mama panggil doktor sekejap. Izzlia teman kak Izz. " terus wanita yang mengelar dirinya mama itu keluar dari bilik. Tinggal aku dengan perempuan yang bernama Izzlia bersama .

Keadaan dalam bilik ini senyap. Izzlia nampak seperti was-was untuk bercakap dengan aku.

"Izzlia kan?" Tanya aku . Tak mahu keadaan menjadi terlalu tertekan.

Dia kelihatan teragak-agak untuk menjawab.

"Ye Izzlia. Izzlia myrania.. adik kakak." Jawabnya sambil memandang lantai.

"Ouh... umur berapa?" Tanya aku lagi.

"17tahun. Spm tahun ni." Jawabnya.

"Lia tahu umur akak berapa dan akak kerja apa?"

"Tahun ni akak 25 . Akak kerja dekat syarikat arwah abah. Jadi Ceo. Betul ke akak tak ingat?"

Aku menggeleng kepala. Tanda tak ingat.

" so akak amnesia..." terangnya.

Tiba-tiba pintu terbuka. Doktor Izzmal masuk bersama wanita tadi.

"Hai cik Izzmia. Kepala cik sakit lagi?" Tanya doktor izzmal sambil tersenyum.

"Tak sakit dah. Boleh buka tak pembalut semua ni? Saya rimas. "
"Okay nanti saya suruh nurse buka kan.. jadi kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah ye. Saya dah terangkan semuanya dekat Aunty jadi aunty jangan risau ye." Doktor Izzmal meminta diri. Lalu keluar dari bilik.

"Izzmal cakap Izz boleh balik dua hari lagi... Izz nak makan? Dah lama Izz tak makan. Mama ada masak bubur." Tanya wanita tersebut. Aku hanya mengangguk. Aku lapar.

"Nama puan apa?" Tanya aku. Aku tak biasa memanggilnya mama.

"Panggil mama sayang . Bukan puan. Nama mama malyana."

"Ouh." Mama menghulurkan semangkuk bubur kepada aku.
Aku menyambut. dengan bacaan bismillah aku makan dengan lahap. Lapar gila kot. Mereka hanya tersenyum melihat aku.

"Sorry .. saya makan tak ajak korang pun. Lapar sangat." Aku meminta maaf kerana perlakuan aku yang tidak sopan itu.

"Hahahaha.. kitorang fahamla kak Izz.." Izzlia tergelak melihat perlakuan kakaknya yang kelihatan sangat comel itu.

Seorang nurse memasuki bilik aku . Mungkin nak membuka balutan yang ada di tangan dan kepala aku ni.

Kepala dan tangan aku terasa ringan selepas balutan dibuka. Hanya plaster yang ditampal di dahi. Aku melihat luka kering yang panjang di tangan kiriku.
Mengerikan!

"Izz nak pergi tandas kejap." Aku turun dari katil. Terasa kebas bila memijak lantai. Mungkin kerana sudah lama tak berjalan.

"Jom Lia tolong." Lia memegang tangan aku.

"Takpe. Akak boleh jalan sendiri." Tolak aku.

"Betul ni?" Tanya lia lagi.

"Yeee.."

Aku perlahan-lahan bangun dan berjalan ke arah tandas yang berada di dalam bilik ini. Izzlia masih memerhatikan aku.

Aku mengunci pintu tandas.
Aku terus membasuh muka dan memandang cermin.

'Ouh macam ni rupanya muka aku. Haha. Setahun tak tengok cermin.' Aku memerhati wajahku. Mukaku nampak cengkung. Rambutku berwarna coklat pekat keperangan sama macam Izzlia. Mataku yang bulat berwarna coklat cair. Adakah abahku orang putih? Melihat dari segi rupa dan ketinggian aku yang aku rasa melebihi 170, aku dan Izzlia memang rupa kami seperti kacukan. Tidak seperti melayu asli..

"Kak Izz! Dah siap ke belum?" Kedengaran suara Izzlia diluar. Pintu tandas diketuk kuat.tak sabar betul minah ni.

Aku membetulkan rambut yang agak kusut. Dan mengeringkan muka yang basah dengan tisu yang disediakan. Lalu aku membuka pintu tandas dab keluar menuju katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience