Bab 6

Romance Completed 68990

"Kak lia! Bangun. Kita dah sampai rumah ni. Bangun." Aku terasa badanku digoncang. Aku membuka mata. Tengkuk terasa sakit bila tidur dalam keadaan menegak. Aku keluar dari kereta dan berdiri di depan rumah banglo 3 tingkat ini. Betul ke rumah aku ni? Aku tertanya-tanya sendirian.

"Jom kak masuk. Mak long dengan yang lain-lain dah tunggu nak tengok akak." Izzlia menarik tanganku bila aku asyik merenung rumah banglo 3 tingkat tersebut.

"Izz!" Panggil seorang wanita yang aku rasa umur dalam 30an. Dia berlari ke arah aku dan terus memeluk aku. Aku hanya kaku dalam pelukannya. Tidak terasa ingin membalas pelukan seorang yang aku tak kenali.

"Ermm.. sorry mak cik. Saya tak kenal mak cik. Mak cik ni siapa ye?" Tanya aku ingin mengetahui siapakah dia. Aku lihat riak wajahnya berubah. Sama seperti mama mula-mula dulu. Mata merah seperti mahu menangis.

"Akak, ni mak long. Adik mama. Mak long sorry akak ni amnesia tu sebab dia tak ingat mak long even mama dulu pun dia tak kenal." Terang Izzlia. Aku hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Izzlia. Mak long tersenyum.

"Takpelah kalau macam tu. Mak long tak kisah janji sekarang Izzmia dah sedar dan sihat macam dulu-dulu." Ujar mak long gembira. Air matanya diseka. Dia menarik tangan aku pergi ke ruang tamu. Kelihatan ramai yang berkumpul di sini sambil bergelak ketawa. Mereka tidak menyedari kehadiran aku.
Aku berdehem sedikit.

Suasana yang tadinya meriah bertukar sunyi..

"Hi.." aku tersengih memandang mereka yang terlopong. Seminit kemudia terjadinya sesi peluk-pelukan dan soalan-soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Aku tetap gembira walaupun aku tidak mengingati mereka.

Selepas beberapa jam bersembang aku meminta diri untuk masuk ke bilik. Aku meminta Izzlia menunjukkan di mana bilik aku kerana aku tidak mengingatinya. Setelah menunjukkan arah bilikku Izzlia turun semula kebawah kerana ingin mengisi perutnya.

Aku membuka pintu bilikku perlahan-lahan dan masuk kebilik,pintu aku kunci dari dalam kerana aku inginkan privacy.

Aku memandang katil besar yang boleh memuatkan untuk tiga orang dan sekeliling dinding bilik yang dicat dengan warna yang aku suka iaitu coklat pekat. Mataku tertancap kearah sliding door untuk ke balkoni yang terbuka. Siapa yang buka?

Tiba-tiba mulutku ditekup dari belakang oleh satu tangan kasar. Aku segera memberikan backhand kerana terlalu terkejut.
"Ouchh!!" Erangan kesakitan terdengar. Aku terus menoleh kebelakang. Terkejut aku melihat seseorang yang aku kenali sedang menutup hidungnya yang berdarah.'patahkah?'

"Doktor izzmal buat apa dekat sini???!!" Tanya aku tak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang.

"Syuhhh! Jangan kuat sangat suara awak Izz." Kata Doktor izzmal sambil menutup mulutku.

"Ishhh apa pegang-pegang ni! Macam mana doktor boleh ada dekat sini? Siapa suruh masuk bilik saya?!!"tanya aku bertalu-talu dan menepis tangannya yang menekup mulutku.

"Boleh awak tolong ambik tisu untuk saya dulu? Awak tak nampak hidung saya ni berdarah? Baik awak tolong saya cepat sebelum saya terkena penyakit anemia sebab kekurangan darah! Ergh." Terus dia duduk di atas katil aku dan mendongak ke atas untuk menahan darah dari terus keluar.

Aku terus mengambil kotak tisu yang terletak di atas meja solek itu dan menberikan kepadanya walaupun aku masih marah aku tetap risau ,mati anak orang nanti siapa nak bertangungjawab?.

"Thanks!" Dia mengambil beberapa helai tisu dan tisu tersebut terus digulung dan di sumbat didalam lubang hidungnya. Aku tergelak kecik melihat wajahnya yang lucu.

"Suka tengok orang sakit?" Tanya doktor izzmal merenung aku tajam. Tawaku terhenti.

"Siapa suruh terkejutkan saya?! Padan muka! Jawab soalan saya tadi. Apa awk buat dekat dalam bilik saya doktor izzmal?!" Tanya aku tegas.

Tiba-tiba doktor izzmal tersenyum.

"Perangai u tak pernah berubah walaupun u amnesia sekarang sayang."

Aku terkejut dengan panggilannya terhadap aku. Mimpi aku semasa didalam kereta tadi terus berlayar didalam minda.

Zaffri!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience