Bab 4

Romance Completed 68990

"Ada-ada jelah doktor ni.. saya cari adik saya ni. Tadi ada dalam bilik." Aku menukar topik. Tak selesa bila dipandang macam nak terkam je.

"Ouh. Lia keluar sekejap tadi. Nanti dia datang balik. Dia suruh cik Izzmia tunggu sekejap." Ujar doktor Izzmal.

"La yeke. Hmm doktor ada nak buat pemeriksaan apa-apa ke dekat saya sekarang?"

"Ouh tidak. Saya cuma datang melawat je." Doktor Izzmal tersenyum.

"Ouh.."aku mengosok tempat luka di dahi. awkward.

"Kak Izz dah siap?" Tiba-tiba Izzlia muncul didepan pintu yang terbuka luas. Nasib kau datang cepat lia!

"Dah akak dah siap. Jomla, dah boleh balik kan doktor?" Tanya aku kepada doktor Izzmal. Izzlia mengambil beg aku .

"Abang Izz mama suruh makan malam dekat rumah. Lagipun ada doa selamat malam ni semperna akak dah sedar dari koma kan. So jemputla datang."

"Insyaallah, kalau tak ada apa-apa halangan abang pergi." Ujar doktor izzmal sambil memandang aku.

"Jom akak. Pak cik zack dah tunggu dekat bawah."

"Okay jom! Pergi dulu doktor. Terima kasih sudi rawat saya selama setahun ni." Ujar aku sambil tersenyum ke arahnya.

"No mention my dear. Anything for you." Doktor izzmal membalas senyuman aku.

Erk! Dear? Lantakla. Mungkin tersyasyul..

Didalam kereta aku hanya termenung ke luar tingkap. Rasa macam dah lama tak tengok alam semula jadi ciptaan Allah ni. Ceh! Memangla dah lama. Kau koma bukan seminggu tapi setahun.

Aku terlena.

Aku berjalan ke arah kereta yang aku parking kan dekat depan pejabat. Aku tengok jam dah pukul 12 malam. Patutla sunyi semacam. Kerja tak sedar diri ini lah jadinya. Bunyi anjing menyalak membuat bulu romaku terpacak. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta dan menutupnya.

"Hai cik adik!!" Tiba-tiba pintu kereta sebelah kiri aku terbuka dan masuk seorang lelaki berbadan sado dan berkepala botak tersengih memandang aku. Aku terkaku kerana terlalu terkejut sebelum kembali seperti biasa.

"Kau rupanya Tim! Terkejut aku! Sekali lagi kau buat aku macam ni tahula kau apa aku nak buat dengan samurai dalam bonet kereta ni." Jerkah aku ke arah Tim.

"Sorry bos!!! Aku janji tak buat lagi. Aku datang ni pun sebab bos besar nak jumpa kau." Ujar Tim sambil tersengih memandang aku.

"Buat apa pulak dia nak jumpa aku? Aku penat baru nak balik rumah ni. Sial lah!!" Muka aku membengis.

"Relax lah bos. Bos besar rindu kau. Seminggu tak jumpa sejak kau balik dari Paris ni." Pujuk Tim yang kecut perut memandang muka bengis aku.

"Takda hari lain ke? Aku penat gila nak mampos kot. Haish!!!" Keluh aku. Mintak-mintak takda job harini. Seminggu dah aku cuti lepas buat job dekat Paris haritu. Tapi harini aku takda mood walaupun dah cuti seminggu!!!

"Aku tak boleh kata apa bos. Ni arahan bos besar. Aku kena sampaikan kat kau. Lagipun dia memang rindu gila dekat kau. Dah macam orang gila aku tengok dia seminggu ni."

"Haish yelah! Dah kau turun dari kereta aku ni. Aku nak pergi jumpa bos besar kesayangan korang tu. Turun cepat! Jangan bagi aku terajang kau pulak!"

"Bos besar tu kesayangan bos jugak! Kehkehkeh." Ujar Tim sambil tersengih dan terus keluar dari kereta aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience