Bab 8

Romance Completed 68990

Aku membersihkan diri didalam bilik air di bilik zaffri. Bilik aku juga. Hehe. Aku keluar dari bilik air memakai bathrobe.

Aku baru teringat beg kami masih didalam kereta.

Aku membuka almari baju zaffri. Mencari baju besar untuk aku pakai keluar mengambil beg kami didalam kereta.

Aku memilih singlet kelabu zaffri yang besar dan labuh atas lutut.

Setelah mengeringkan rambutku yanh panjang mengurai aku sanggulkan dan terus keluar dari bilik. Aku melihat zaffri sibuk dengan laptop dengan kertas kerja yang berselerak di atas meja di ruang tamu. Aku lihat beg pakaian kami terletak elok di tepi sofa yang dia duduk. Bukan nak bawak masuk.

Aku berjalan menuju ke arahnya yang fokus membuat kerja tanpa menyedari kedatangan aku. Aku menutup matanya dari belakang sambil tersengih. Bahunya terhenjut sedikit kerana terkejut.

"Sayang.... terkejut i." Ucapnya.

Aku hanya tergelak kecil lalu duduk di atas ribanya.

"U kusyuk sangat dengan kerja u walaupun kita baru kahwin..." aku merangkul lehernya. Aku tengok mata zaffri tidak lepas memandang aku yang duduk di atas ribanya dengan hanya memakai singlet besar.

Aku tergelak kecik melihat muka zaffri yang merah.

"Sorry sayang banyak sangat kerja yang Mr Hitler bagi dekat i. Kenapa u gelak?" Mata zaffri tidak lepas memandang aku.

"Muka u merah sayang." Aku sengih.

"Yeke merah? U sexy sangat sayang pakai baju i macam ni." Aku terasa pinggangku dirangkul olehnya.

"U la yang tak bawak masuk beg kita dalam bilik. Terpaksala i pakai baju u."

"I lupa.."matanya meredup. tanganya mengusap pipi ku dan turun ke bibirku.

"I love u." Wajahnya didekatkan ke wajahku. Aku tersenyum menanti.

"I love u to." Terus dia membenamkan bibirnya ke bibirku. Lama.

Tiba-tiba tingkap yang berada di depan sofa yang kami duduk pecah kerana ditembak dari luar. Kami melepaskan kucupan.

Aku bangun dan mengambil 2 pucuk pistol didalam beg pakaian kami dan memberikan kepada zaffri.

Zaffri meluru ke arah tingkap sliding yang pecah untuk melihat manusia yang mencari nahas kerana mencari pasal dengannya . Kosong. Hanya kelibat sebuah van hitam yang telah berlalu pergi saja dapat dilihat.

"Arghh!! Kurang ajar!" Jerit zaffri tidak berpuas hati. Pistol dihempas di atas meja.

Aku memeluk zaffri untuk meredakan kemarahannya.

"Syuuh. Sabar sayang. I tahu tu mesti orang datuk jaafar. Diorang sakit hati dengan i sebab i tolak pinangan anak diorang minggu lepas."

" hmm. U tak ada cedera mana-mana kan sayang?" Tanya zaffri membelek-belek badan aku.

"Tak. I okay." Jawabku. Zaffri memelukku sekali lagi.

'BAMM!!'

"Argh!" Aku tergamam. Aku menyentuh belakang badan zaffri yang berlumuran darah. Dengan pantas aku menembak ke arah kelibat di tingkap yang pecah kerana ditembak tadi.

"Arghh!" Terdengar jeritan kesakitan diluar.

Zaffri yang masih berada di pelukan aku letakkan di atas sofa.

"Sayang!! Buka mata please! Please sayang bangun. Stay with me!!" Aku menampar pipi zaffri perlahan-lahan. Tiada respond.

Aku mengambil telefon zaffri di atas meja.

"Hello Tim!! Tolong aku! Datang rumah zaffri sekarang!! Ok!"

" zaffri! Please wake up sayang!"

Pintu rumah tiba-tiba terbuka. Kelihatan Tim dan gengnya meluru masuk ke dalam.

"Tim! Bawak zaffri pergi hospital Mr Hitler cepat!! Nanti aku menyusul!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience