Bab 1

Romance Completed 68990

Aku terjaga dari tidur, mata aku terlalu perit untuk dibuka. Cahaya putih bagaikan menusuk-nusuk mata aku . Perit. Selepas beberapa kali mencuba untuk membuka mata. Akhirnya mata aku dapat dibuka sepenuhnya.

'Aku kat mana?' Soalan pertama yang terlintas di kepala otak aku yang blur ni.

Aku tengok tangan kiri aku yang berbalut. Apa dah jadi?

Kepala aku yang berdenyut-denyut aku pegang.berbalut jugak. What the hell happen to me?!

Tiba-tiba pintu bilik yang aku duduki ini terbuka . Seorang perempuan bertudung putih dan beruniform putih masuk kebilik. Wajahnya kaku bila memandang aku yang sedang duduk sambil memerhati kearahnya . Terus dia berlari keluar bilik.

Aku hanya mampu memandang kerana otak gagal berfikir . Tiba-tiba sekali lagi pintu bilik dibuka dan seorang lelaki berpakain seperti doktor memasuki bilik yang aku duduki ini sambil tersenyum.

Dibelakangnya kelihatan perempuan bertudung tadi mengikutinya dari belakang sambil memegang sebuah file. Dia hanya tersenyum.

"Selamat pagi cik izz. Boleh cik bagi tahu apa yang cik rasa sekarang? I mean rasa sakit kepala ke or mana-mana abdomen lain?" Tanya lelaki tersebut. Di bajunya tertera nama 'Dr izzmal'.

"Kepala saya berdenyut-denyut. Kat mana saya ni? Kenapa dengan saya?" Tanya aku berturut-turut.

"Sabar cik. Cik sekarang dekat hospital A, cik kemalangan dengan lori balak semasa dalam perjalan balik kerumah cik dan cik koma selama setahun." Terang Dr izzmal .

"What! Setahun? " aku terkejut. Takkan lah sampai setahun? This is crazy!

" Okay sekarang saya nak buat beberapa ujian pada cik." Jelasnya.

Selepas membuat beberapa ujian doktor tersebut mencatat sesuatu di dalam file yang dibawa oleh nurse tersebut.

"Apa nama penuh awak cik izz dan apa pekerjaan awak?" Tanya Dr izzmal.

"Izzmia mysara. Pekerjaan saya tak ingat."jawab aku sambil memegang kepala yang berdenyut.

Pintu bilik aku sekali lagi terbuka. Kelihatan seorang perempuan yang aku rasa berumur 17 tahun masuk kebilik. Mukanya seakan terkejut melihat aku.

"Maa!! Kak Izz dah sedar!!! Cepat maa masuk!!" Jeritnya gembira sambil memandang ke belakang.
"Biar betul kamu ni izzlia." Jawab seorang perempuan yang aku lihat wajahnya dalam umur 40an memasuki bilik aku.

Dia tercengang. Mukanya merah dan, Matanya berair seperti menahan tangis.

"Izzmia anak mama!!!" Jerit wanita tersebut. Aku terkejut. Kerana dia terus menerkam dan memeluk aku erat. Aku kaku. Siapa dia?

"Maaf puan.. " aku menolak sedikit badanya yang memeluk aku terlalu kuat sampai tak boleh nak nafas aku dibuatnya.

"Izz mama rindu Izz."

"Lia pun rindu kakak!!" Sampuk gadis berkulit putih dan berambut panjang perang kecoklatan tersebut.

Aku tak tahu nak react macam mana. Muka aku beku. Aku tak kenal mereka ni..

"Im sorry.. saya tak kenal korang berdua. Im so shock right now. Wake up at hospital and doktor cakap saya koma selama setahun. Ini sangat mengejutkan saya dan muncul korang berdua. Saya betul-betul tak kenal ." Aku tertekan. Kepala aku berdenyut kuat. Muka aku berkerut menahan sakit.

"Izz ini mama dan ini adik Izz , Izzlia. Tak kan lah Izz tak kenal kitorang? Izz jangan main-main dengan mama sayang...." ucapnya. Matanya merah menahan tangis.

"Doktor kepala saya sakit!!" Jerit aku menahan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience