Bab 10

Romance Completed 68990

Aku masuk kedalam rumah banglo 3 tingkat milik tan sri ibrahim. Pak guard yang menjaga di depan pintu gate yang besar awal-awal sudah aku bereskan.

Aku diarah oleh Mr Hitler untuk membunuh Tan sri ibrahim yang dalam diam menpunyai tempat memproses dadah bawah tanah didalam rumahnya ini.

Polis? Huh! Orang kaya... boleh buat apa saja dengan duit yang mereka ada untuk menutup mulut pihak berkuasa.

Disebabkan ramai manusia yang sebegini punya perangailah ramai anak-anak muda sekarang menjadi rosak! Masyarakat menjadi mundur. Kes-kes bunuh,rogol,mencuri semakin menjadi-jadi. Orang seperti ini harus dilenyapkan!

Aku berjalan secara perlahan menuju satu pintu yang aku yakin milik tan sri ibrahim kerana melihat plan rumah tan sri ibrahim yang disediakan oleh Zaffri semalam.

Aku membuka pintu bilik tan sri ibrahim secara perlahan kemudia mengunci kembali pintu tersebut.

Bunyi dengkuran kedengaran terlalu kuat kerana tidur dalam keadaan ternganga dan saluran hidung yang sempit.

Kelihatan seorang lelaki separuh umur nyenyak tidur di atas katil . Isterinya yang sudah meninggal dibunuh oleh tan sri ibrahim sendiri kerana tidak menyokong suaminya yang menjual dadah dan bertindak untuk melaporkan kepada polis tetapi tidak sempat kerana dijerut dengan tudungnya sehingga mati.

Pedang samurai aku keluarkan dari beg yang aku bawa. Sarungnya aku buka dan kembali diletakkan di dalam beg.

Dengan sekali libas, kepala dan tengkok tan sri ibrahim terputus dua. Darah terpancut keluar dengan banyaknya. Mata dan lidah tan sri ibrahim terjelir dan terjegil. Sangat menakutkan. Katil yang tadinya bersih dibanjiri darah pekat dalam sekelip mata.

Aku membersihkan pedang samuraiku dengan menyapu di selimut yang digunakan tan sri ibrahim tadi lalu aku masukkan kedalam beg.

"Hello. Mr Hitler. Selesai. Ok."

Aku menelefon Mr Hitler supaya pekerjanya datang membersihkan mayat tan sri ibrahim .

Aku keluar dari rumah tan sri ibrahim terus menuju ke tempat dimana aku meletakkan keretaku.

"Selesai?" Tanya zaffri setelah aku selamat masuk ke dalam kereta.

"Selesai." Aku menjawab pertanyaannya sambil tersenyum.

Harini tamat kontrak kami sebagai pembunuh upahan dibawah naungan Mr Hitler setelah kontrak yang sepatutnya tinggal setahun terpaksa disambung selama 3 tahun kerana dipaksa oleh Mr Hitler. Ye. Pembunuhan tan sri ibrahim tadi ialah kerja terakhir yang aku lakukan.

Kereta terus dibawa ke rumah mama kerana harini ialah hari jadi yang ke 4 izzaq zaqif dan izznia mikayla anak aku dan zaffri.. Aku sempat menukar pakaian didalam kereta.

Aku masih ingat wajah tenang mama semasa aku dan zaffri tertangkap kerana tidur sebilik tanpa pengetahuan mereka.

Sebenarnya mereka Sudah lama tahu tentang aku dan zaffri telah berkahwin kerana mama mengupah orang untuk memerhatikan aku kerana aku sering pulang ke rumah lewat malam kerana aku selalu pulang ke rumah zaffri terlebih dahulu untul melepaskan rindu.

"Mama!" Jerit izzaq dan nia serentak ketika melihat aku dan zaffri turun dari kereta. Aku gembira melihat keletah mereka berdua yang sungguh comel.

"Mama babah! Mana hadiah izz dan nia?" Tanya izzaq exited.

"Kalau nak hadiah. ....... kenalah cium babah dan mama dulu."

"Muahhh!" Mereka berdua mencium pipi aku dan zaffri. Aku membuka pintu kereta dan membawa keluar satu teddy bear besar dan ps5 lalu diberikan kepada izzaq dan nia.

"Happy birthday anak-anak mama. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah." Mereka berdua menjerit gembira.

Mama dan saudara maraku yang lain tersenyum memerhatikan kami anak beranak.

Zaffri merangkul pinggangku dan berjalan ke arah mama.

Tiada siapa yang tahu rahsis kami sebagai pembunuh upahan. Hanya aku dan zaffri. Rahsia berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience