3

Romance Completed 3141

"assalamualaikum, sy sebenarnya suka awk" tulisku ringkas dan menghantar pesanan itu kepada Azam.

Tidak lama kemudian, dia pun membalas mesej ringkas tersebut dengan emoji "wow".

Aku : dah kenapa?

Azam : terkejut. Sy ni takda apa pun awk. Tak layak nak disukai orang lain.

Aku : takpalah. Sy cuma ada perasaan je dekat awk. Tapi sy taknak bercinta pun dengan awk. Kalau ada jodoh, kita kahwin je terus. Buat masa ni, sy nak fokus dengan masa depan sy dulu. Awk fokus je la dengan apa yang awk kejar sekarang.

Azam : ok, baik

Perbualan tamat dekat situ. Aku pun screenshot mesej2 ringkas tersebut dan hantar pula kepada Izzwan.

Aku : aku dah confess dah weh.

Izzwan : wau, pantas. Next step pulak, macam mana?

Aku : ntah la. Tunggu je la nak jadi apa kot. Mana aku reti benda2 macam ni.

Jujur, aku memang tak pandai berkasih. Hidup aku banyak dihabiskan dengan belajar, kaji sirah, kaji agama dan fahaman lain, main2 dekat padang dan siapkan assignment. Langsung tak pernah ada ruang untuk bercinta. Bukannya tak pernah kenal orang lain sebelum Azam. Pernah kenal, tapi aku mudah bosan sebab kelakuan dan tingkah dorang yang bodoh dan menyusahkan aku. Cemburu tak bertempat. Lambat balas mesej pun nak cemburu. Benda tu normal bila lambat balas sebab aku ni manusia normal, bukan robot ciptaan yahudi. Aku ada 1001 kerja nak kena buat. Bila rasa susah, aku diam dan berhenti tanpa berita. Padan muka. Aku ni sejenis perempuan yang tak suka dengan ayat2 jiwang karat lelaki. Jadinya, biarlah takda hubungan istimewa dengan sesiapa. Aku belum siap nak korbankan apa2 untuk pasangan yang haram. Benda2 yang belum tentu kepastiannya, bagi aku cumalah sia2 dan buang masa.
. .
. Lepas isyak, aku buka Fac. Sekadar surfing dan baca berita2 dan gossip2 semasa.

Oh, PKP bersambung lagi rupanya.
Oh, UAI jadi bahan berita sebab pergi KL. Maklumlah, PKP. Mana boleh merentas negeri, kan.

Eh, ada friend request.

Muhammad Naimullah.

Lazimnya aku tak approve friend request hinggalah mencecah ke angka 550 orang. Sengaja, malas nak approve. Tak kenal, buat apa nak approve. Ataupun, aku dah kenal dia. X payah la approve. Tapi, ntah kenapa aku terasa nak approve pulak budak Naim ni.

"Assalamualaikum ukhti"

Aku : waalaikumsalam.

Naim : belajar lagi ke?

Aku : ya, tengah buat degree. Dah final year dah. Hujung bulan 6 ni sy grad.

Naim : oh, tingginya belajar. Budak pandai ni.

Aku : biasa2 je.

Naim : zaman sekarang, kena banyak dalami ilmu agama supaya tak mudah tertipu dengan golongan wahabi.

Aku : betul la tu.

Saban hari ada saja perbualan yang dia mulakan walaupun nampaknya aku malas nak melayan.

Satu hari tu, dia ada mesej dan meluahkan rasa.

"Tapi, awk jangan berharap sangat dekat sy. Rosak hati nanti" ujarnya

"ok" balasku ringkas.

Naim : sy ni budak pondok.

Aku : ooo, ok la tu.

Naim : wahabi tak suka budak2 pondok.

Aku : haa.

Naim : sebenarnya, sebelum ni sy ada buat istikharah. Sebelum kenal awk, sy ada buat istikharah juga. Tapi sy tak pernah rasa perasaan yang sy rasa dekat awk sekarang.

Aku : ooo okay.

Naim : tak apalah. Lelaki dengan perempuan x elok sangat chat lama2.

Aku : okay2.

Perbualan berhenti setakat tu saja, sangkaku.

Malamnya, dia mesej aku semula.

Naim : awk sanggup ke hidup susah dengan sy?

Naim : sy ni orang susah. Kalau kita bernikah, sy nak letak anak2 kita dekat pondok.

Naim : awk ada kereta? Boleh sy guna.

'ah si gila ni. Asyik mesej je. Padan kena block je nanti ni' ujarku sendirian. Sekali pun tidak kubuka mesej yang dihantar.
. .
. Pagi yang damai, aku merasakan sakit di bahagian peranakanku. Segera aku memandu kereta dan menuju ke hospital muadzam. Dari hospital muadzam, aku diminta ke hospital kuantan. Rupanya aku disahkan menghidap cyst yang akan membesar dan menjadi kanser.

Ujian.

Aku menangkap gambar persekitaran hospital.

"Warded" tulisku sebagai caption sebelum kuhantar ke cerita Instagram yang bersambung dengan Fac.

"Kenapa" Naim membalas ceritaku.

Aku : kanser rahim.

Naim : semoga cepat sembuh.

Aku : aamiin.

Sengaja aku melihat siapa yang dah view story fb aku. Ada Azam. Mungkin dia cuma mendoakan dalam diam. Aku berharap begitu.

Naim : awk rehatlah dulu.

Aku membiarkan mesejnya begitu, tanpa kubuka apatah lagi kubalas. Aku mula merasa terganggu dengan kehadiran Naim.
. .
. Malam menjelma. Ada friend request lagi.

Akhi Al-Hafis.

Aku stalk pula fb dia.

Hmm satu sekolah dengan Azam. Aku membuat posting di fbnya.

"Assalamualaikum, tq add. Kenal ke?"

Dia padam posting tu dan mula chat melalui messenger. Pada mulanya, aku agak selesa dengan dia. Bolehlah buat kawan, rasaku.

Hari ke dua;

Hafis : sy dah cerita fasal awk dekat mak sy.

Aku : hah? Awk cerita apa?

Hafis : takda apa pun. Saja2 je cerita. Sy tunjuk gambar awk dekat mak sy.

Aku : pastu, dia kata apa?

Hafis : dia suka je. Sebab awk tutup aurat, elok.

Ish, macam2 pulak yang datang.

Selang beberapa hari, aku terima lagi mesej dari hafis yang panjang lebar. Dia confess dan aku reject sebab aku suka senior dia, Azam. Dalam masa yang sama, dalam friend list aku ada juga akaun Briged Al Qassam. Budak ni junior Hafis dan Azam.
. .
. "Done follow ig awk" Hafis menghantar mesej yang menghentikan lamunanku.

"Ooo ok. Sy follow back jap"

"Kenapa ni, masuk hospital?" Dia membalas story ig ku.

Aku : sy sakit. Ada kanser rahim.. kalau kahwin pun tak boleh bagi zuriat jugak. Doktor kata, macam tu.

Hafis : zuriat tu rezeki. Kalau ada, ada la. Kalau takda, nak buat macam mana.

Tuturnya menyenangkan hati. Tapi sekejap je. 'biasalah lelaki. Nanti dah kahwin, lain pulak tuturnya'. Kata hatiku lebih tepat, sekaligus meracun rasa senang yang baru tumbuh.

"Tapi sy nak kahwin sebab sy nak zuriat. Kalau awk tak boleh mengandung, macam mana" tiba2 sahaja Naim menghantar pesanan yang ringkas dan padat.

Ceh, kau ingat aku heran sangat dengan kau ke?

Aku : ooo takpa. Sy tak kisah pun. Ikut awk la.

Naim : awk jangan berharap dekat sy, ok?

Aku : ha, yeye.

Naim : mungkin kita takda jodoh. Mungkin juga kita ada jodoh. Awk cantik. Tapi, sayang..

Aku : sekarang ni macam ni la. Awk x payah la chat2 sy. Sy serabut la dengan awk ni.

Zasss! Keluar juga ayat jujur dari aku.

Naim : takpalah. Sy terpaksa off fon. Sy taknak awk ganggu sy.

Gila dia ni. Sapa je kisah. Dari mula pun dia yang chat. Dia yang ganggu aku. Bengong ke dia ni.
. .
. "Sy sakit, aishah" Azam pula menghantar pesanan ringkas melalui messenger.

Aku : tahu, awk ada dependent. Naa, it's okay.

Azam : mana mungkin ada perempuan yang boleh terima sy dalam keadaan sy sakit. Nampak macam orang gila je sy ni.

Aku : sy tak kisah, sebab sy memang ikhlas dengan awk.

Azam : takpalah macam tu. Sy ada kerja nak buat ni. Sy off dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience