8

Romance Completed 3141

Hari ini, 12/10/2022

Telah masuk bulan yang ke 5 usia perkahwinan kami. Kami juga tidak berdua, malah ada yang ke tiga.

Ada satu nyawa yang Allah anugerahkan bagi mengisi rahimku yang kosong. Dialah isi pertama yang bakal menjadi permata hati kami. Usianya juga telah menjangkau 5 bulan lebih.

Bunting pelamin, kata orang.

Terasa kaki kecilnya menendang dinding rahimku. Pergerakan2 kecilnya mula terasa.

Terimbas pula beberapa ketika dulu, doktor sendiri kata aku takkan mampu untuk hamil. Tapi hari ni, usianya menjangkau 5 bulan. Tanpa masalah apa2.

Setiap kali buat pemeriksaan dan scan, baik2 saja. HB pun ok. Urine test pun tak kotor.

Dalam tak sedar, kasih sayang untuk Hafis yang sekarang bergelar suami bukan sekadar membenih. Malah telah segar, semakin subur, semakin harum dan mekar.

Betul kata orang, cinta selepas nikah itu yang paling manis. Masih terasa malu. Malu bila dia pandang2. Jadi tak keruan bila dia perhati setiap gerak geri aku.

Orang kata, "kerja bengkel. Nak bagi makan apa dekat anak isteri"

Tapi aku masih merasa cukup. Anak isteri dia, Allah yang hantar rezeki. Dia cuma pelengkap hidup aku.

Semoga Allah merahmati rumahtangga dan bahtera kecil yang baru terbina tanpa gangguan syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Dia guru terdekat selain abah. Mengajar segala ilmu akhirat. Mendidik dengan baik, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Aku sangat berterima kasih dekat dia yang bergelar suami. Dan bersyukur dengan Yang Maha Agong. Inilah dia, pemberian Allah yang tak ternilai.. takda nilai yang sesuai diberi sebab nilainya bertahap infinity.

I love you, Hafis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience