6

Romance Completed 3141

Pukul 6:15, aku melangkah masuk ke rumah. Letih betul hari ni. Letih menunggang kuda. Lama dah x menunggang kuda.

Ada kawan mak abah datang rumah, rupanya hari ni.

Aku hanya duduk membatu di dapur. Malas melangkah ke bilik sebab kena lalu depan tetamu pula kalau nak ke bilik. Bilik aku betul2 berdepan dengan ruang tamu.

"Adik" abah memanggilku dari ruang tamu.

"Ya" aku membalas.

"Meh, sini jap"

Aku pun melangkah malas menuju ke ruang tamu.

Eh, mak ayah Iskandar. Iskandar pun ada juga!

Mak : ha, sampaikanlah sendiri.

Aku yang kebingungan hanya diam.

Cik tipah : macam ni, makcik nak melamar Aishah untuk jadi isteri Iskandar. Macam mana?

Aku : malas la. Sy tak suka Iskandar. Lagipun, dulu bukan makcik ke kata yang Iskandar ni boleh dapat perempuan yang seribu kali lagi bagus dari sy? Sebab dia budak maahad kan?

Pak Mail : tu memang khilaf kami. Sekarang kami dah sedar. Tutuplah buku lama.

Aku : memang dah tutup. Sy dah nak kahwin dah pun. Dengan lelaki lain. Bukan dengan Iskandar ni. Lagipun, mana girlfriends dia yang lain? Masa dia belajar dekat Jordan tu, ramai scandal dia sedangkan time tu dia bertunang dengan sy. Sy dekat sini fokus belajar, dia dekat sana fokus berskandal.

Iskandar : awk nak kahwin dengan siapa? Sy yakin dia bukannya kerja bagus pun.

Aku : Dia kerja bengkel. Nama dia Hafis. Dia dah jumpa abah sy dah semalam.

Cik Tipah : kerja bengkel? Nak bagi aishah makan apa?

Aku : makcik pergilah balik. Tak payah la nak menyibuk kat rumah sy. Dah sy taknak dekat Iskandar tu, sudahlah. Pergi2 balik. Dah la curang. Muka macam selipar, ada hati nak curang. Lepas tu dengan muka x malu, duk menyemak kat rumah sy ni buat apa. Ada hati nak mengata bakal laki sy pulak. Cik tipah jaga je pak mail tu. Pak mail tu dah la hensem. Kang kena caras dengan jiran sy, Cik Noma ni. Baru tau rasa. Nak ke bermadu dengan makcik mulut hangsuang macam Cik Noma tu?

Abah hanya menahan tawa. Mak juga begitu. Aku dapat rasakan betapa kecewanya mak abah 5 tahun lalu.

Lepas SPM, aku ditunangkan dengan Iskandar. Hanya sebab aku sibuk siapkan tugasan diberi, Iskandar curang dengan ramai perempuan. Alasannya, dia bosan sebab aku sibuk study. Aku mintak putus dan pulangkan segala hantaran tunang yang dia bagi.

Terngiang-ngiang ayat2 jahat dari mak dia, "awk tu dari sekolah biasa. Bukan dari maahad"

"Anak2 kita ni tak sekufu" kata ayahnya pula kepada abah.

Sombong.

Tiba2 bila aku selesai degree, merenyam nak melamar pula. Gila ke? Maruah mak abah yang dipijak-pijak dulu tu nak kira macam mana? Sampah.

Tanpa kata, dengan muka yang x tahu malu, mereka melangkah dan meninggalkan perkarangan rumah kami.
. .
. Hari ni, first day aku bekerja di salah satu office berdekatan rumahku. Aku bekerja sebagai admin.

Sebaik kakiku melangkah menuju ke meja kerjaku, ada sejambak bunga dan sepaket coklat Cadbury roast almond.

"Wow, favorite aku ni"

Aku membelek nota yang didatangkan sekali dengan coklat dan bunga.

'I really miss you, let's get back'.

Oh, anak hantu ni rupanya. Iskandarlah, siapa lagi. Bunga yang diberi, aku buang dalam tong sampah. Coklat Cadbury yang diberi, berbeza pula nasibnya. Aku simpan, untuk dimakan malam nanti.

"Eh, Aishah. Kenapa buang bunga ni? Cantik lagi Kak Mas tengok" aku ditegur oleh rakan sekerjaku, Kak Mas.

"Ala, ada anak biawak tu bagi kat Cah. Akak nak, ambiklah. Tak kotor lagi tu" balasku bersahaja.

"Hah, anak biawak?" Dia tertawa puas.

"Aishah ni kan.. nakal juga rupanya" sambungnya lagi.

Nakal, katanya. Dia tak tahu, aku sakit hati dekat Iskandar tu. Rasa nak tetak je biar mati. Hidup pun menyusahkan orang. 5 tahun hilang, ingatkan dah mati. Eh, hidup lagi. Siap bagi bunga lagi.

Hari pertama kerja, banyak juga perkara yang nak disiapkan. Jam pun dah menunjukkan ke angka 5. Angka yang sepatutnya aku balik rumah.

"Balik2 la woi" aku ditegur Saiful.

Saiful merupakan rakan satu sekolahku ketika berada di sekolah menengah dulu.

"Kejap lagi aku balik. OT sikit" balasku ringkas dan mataku tidak lekang memandang komputer.

Dia hanya mengangkat tangan dan menuju ke pintu utama office. Nak balik dah la tu. Bila ntah nak kahwin budak Epul ni.

Hafis : awk, buat apa tu?

Mesej ringkas yang kuterima ketika sedang menyiapkan beberapa lagi kerja yang tersisa.

Aku : buat kerja sikit. Kenapa?

Hafis : sy cuma nak berterima kasih sebab awk boleh terima sy dengan kekurangan yang ada dekat sy.

Aku : kalau nak cakap fasal kekurangan, sy pun ada kekurangan. Sy tak boleh bagi zuriat. Ingat baik2

Aku masih mengingatkannya tentang sakit yang mengawalku supaya dia boleh buat pertimbangan sama ada untuk melangkah pergi, atau masih setia dengan perempuan yang langsung takda perasaan dekat dia.

Hafis : benda ni kita dah pernah bincang. Sy tak kisah, kan sy dah cakap.

Aku : kejap, sy nak balik rumah. Sy kat office ni.

Hafis : ok, drive elok2.

Sedang asyik aku mengemas barang2 dan peralatan di meja kerjaku, tubuhku didakap erat dari belakang dan mulutku ditekup kemas.

Tanpa panik, tanganku lincah menyiku pihak lawan dengan kuat sebelum aku berpaling menghadap dia, dan menumbuk mukanya bertubi-tubi.

"Eh, Iskandar" getusku perlahan.

"Kau buat apa ni?! Argh, sakit!" Dia menengkingku sambil tangan kirinya memegang rahang kanannya.

"Jangan kacau aku" kataku perlahan sambil menghadiahkan dua tendangan di perutnya.

Aku meninggalkannya yang bodoh dan sedang dalam kesakitan. Lantas berjalan tenang menuju ke kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

Puas rasanya. Mujurlah pernah juga belajar silat ketika kecil dahulu. Kalau tak, ntah apalah nasibku tadi.

"Belajar agama sampai ke jordan, perangai teruk lagi pada firaun laknatullah alaih" komen Azril membuatku tertawa. Aku bercerita kepadanya tentang Iskandar yang menggangguku.

"Sedap juga vanilla latte kat kedai ni, kan?" Aku mengubah topik perbualan.

Memang sedap sungguh, latte yang dijual di Kafe Ikhwan Delight, yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Muadzam Shah.

"Sedaplah juga. Tapi aku suka latte yang dekat kedai hujung sana" balasnya pula.

"Kedai mana? Sebelah eco ke?" Soalku. Aku juga pernah menikmati latte di kedai tu. Memang kena dengan tekakku. Pahit dan lemak, just nice.

Azril juga tua dua tahun dariku. Sebaya dengan Hafis dan Anas, juga Arif. Manakala Izzwan pula sebaya denganku. Aku lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding dengan perempuan yang emosinya tinggi tak terlawankan. Bosan.
. .
. Hari ni sabtu. Cuti. Jadi, aku x pergi ke pejabat. Hanya diam di rumah. Terasa nak bakar sampah pula.

Aku pun kumpul semua sampah yang ada dari tong2 sampah sekitar dalam dan luar rumah. Semuanya kulonggok di lubang sampah yang terletak di belakang rumahku. Dari situ, aku ternampak Imaan, anak saudaraku. Terkedek-kedek budak tu berjalan pergi ke rumah jiranku.

"Nak main dengan Nana la tu" gumamku perlahan.

Aku cuma memerhati. Persis gayaku ketika kecil dulu. Pantang pintu terbuka, mesti nak keluar pergi main.

Tiba2 pintu di rumah ditutup oleh Cik Noma. Nenek kepada Nana. Imaan tergamam.

"Balik oi!" Aku jerit dan mengarahkan Imaan balik ke rumah. Imaan melangkah sedih menuju ke arahku.

"Imaan nak main dengan Nana" adunya.

"X payah la. Orang tak suka, buat apa nak pergi jugak. Ko main je la dengan sepupu ko petang ni. Kejap lagi maksu suruh makcik bawak Kasyaf datang main dengan Imaan". Aku cuba memujuk.

"Imaan nak main taman dengan Kasyaf, boleh ke?" Mukanya agak ceria bila aku memetik nama Kasyaf.

"Boleh. Nanti kita pergi main kalau tak hujan. Kalau hujan, kita g makan ayam goreng kat kafe Muadzam tu. Kita kena ambik Kasyaf dulu la" balasku bersahaja.

"Maksu buat apa ni kat belakang rumah ni" soalnya lagi.

"maksu bakar sampah ni. Imaan tidur dulu, petang ni kita keluar main".

Aku menarik tangannya dan memimpinnya masuk ke dalam rumah.

Kebetulan semua orang sedang berada di meja makan.

"Lepas ni jangan sapa2 bagi Imaan g rumah Nana. Orang tak suka anak sedara aku main kat rumah tu. Siap tutup pintu lagi bila nampak Imaan pergi main kat sana" kataku.

Lantas aku menuju ke ruang tamu dan mengunci pintu di ruang tamu.

Aku melangkah ke luar semula dan menyakar daun2 kering yang telah gugur. Kelibat cik noma mula kelihatan dan mulalah dia menyibuk di situ.

"Aishah, kalau nak bakar sampah kena umpan dengan sarang telur" katanya sekadar menegur. Mungkin.

"Ooo" balasku, malas nak melayan.

"Makcik tutup pintu tu sebab ayam selalu masuk, berak" ujarnya untuk menutup kesalahan sendiri.

Berilah alasan apa saja walaupun alasan tersebut kedengaran bodoh. Manakan tidak, aku tak pernah nampak ayam main kat situ. Selama ni tak pernah pun dia tutup pintu. Sejak dua tiga hari ni, Imaan selalu main dekat rumah dia. Baru dia tutup pintu.

Aku berasa tidak selesa dan masuk ke dalam rumah. Mandi untuk bersihkan diri dan bersiap untuk tunaikan solat zohor.

Usai solat Zohor, aku terdengar orang memberi salam dan mengetuk pintu.

"Lekaslah, panas kat luar ni" ujarnya

"Ooo cik noma. Masuklah. Sajalah kami tutup pintu ni. Takut BABI masuk berak pulak. Satgi nak kena samak pulak, kan" sengaja aku menekan perkataan babi.

Mukanya berubah serta merta. Langsung menuju ke dapur dan meletakkan piring makanan yang berisi kuih dangai.

"Eh, Kak Noma. Duduklah dulu" sapa mak bila ternampak Cik Noma di dapur.

"Takpa la midah. Kak nak balik dulu"

Aku tertawa, suka hati bila melihat situasi tu. Padan muka dia. Kalau dia tak suka anak2 buah aku pergi main rumah dia, aku pun tak suka dia duk menyemak dekat rumah aku.

Dia baru saja melangkah keluar, terus aku tutup dan kunci pintu rumahku.
. .
. Petang yang ceria, aku bawak Imaan dan Kasyaf menuju ke taman. Biar dorang menikmati zaman kanak2 dengan bahagia. Tepat jam 6 petang, aku bawa kedua-duanya pusing2 kampung sebelum berhenti dan menikmati nescafe ais di kedai soto.

"Lepas ni, Imaan dengan Kasyaf tak payah la main kat rumah Nana. Tengah2 hari, tidur. Pagi2 main dalam rumah je. Petang2 kita g jalan macam hari ni. Best tak?" Aku mulakan bicara.

"Best. Imaan nak ajak maksu pergi panjat tractor boleh?" Soal Imaan yang telah petah berkata-kata berbanding Kasyaf yang masih pelat.

"Boleh je. Esok kita pergi" balasku tersengih.

Comel sangat. Time buat perangai, memang mintak kena marah dua2 ni.
. .
. Usai solat isyak, aku memeriksa telefon bimbitku.

Hafis : awk, awk serious dengan sy tak?

Aku : sy serious dengan awk, Hafis. Tapi sy terus teranglah. Sy tak suka awk lagi. Sy still ada perasaan dekat Azam. Tapi kalau dia nak berbaik, sy memang tak terima dah la sebab sy dengan awk sekarang ni.

Hafis : sy faham. Sy nak ajak awk bertunang. Raya ni kita bertunang. Raya haji, kita nikah.

Aku : boleh je. Kita doa banyak2. Kalau memang jodoh, semoga Allah permudahkan urusan kita.

Hafis : esok, family sy nak berbincang fasal kita. Tentang tunang, tentang hantaran, tentang nikah. Dorang nak berbincang dekat rumah Tokki, dekat Paka. Nanti apa2 sy inform awk balik.

Aku : ok, Hafis. Mana2 yang terbaik, kita follow je la.

Selang beberapa minit, aku mendapat mesej dari kawan sekolahku, Atikah.

Atikah : Ecah, kau terlanjur. Betul ke? Sebab tu nak kahwin cepat2 even dengan orang yang kau tak kenal?

Aku : eh, takdalah. Sapa bagitau?

Atikah : adalah, tak boleh dedahkan.

Aku : ok, baik. Aku buat report polis.

Atikah : weh, janganlah sampai buat report polis. Ok, aku bagitau. Syarifah yang bagitau aku. Sekarang tengah kecoh dalam group Whatsapp.

Aku : ooo okay. Aku nak g rumah kau ni. Nak ambik kau. Siap2 la.

Atikah : ha, okay2

Aku terus melangkah ke luar rumah, menghidupkan motorsikal dan menuju ke rumah Atikah sebelum ke rumah Syarifah. Kubawa bersama buku bertajuk Qazaf, karangan Tuan Guru Haji Hadi.

"Assalamualaikum" laungku dari luar.

"Waalaikumsalam" salamku bersambut.

"Eh, Aishah. Meh2 masuk" ujar Mak Leha sebaik melihat sosok tubuhku.

"Terima kasih makcik. Sy nak jumpa Syarifah, boleh?" Soalku.

"Eh, Ecah, kenapa ni?" Syarifah kelihatan gugup sebaik sahaja melihat kelibatku dan Atikah.

Aku : kau panggil mak ayah kau jap, duduk sini sekali dengan kita.

Syarifah : eh. Kenapa ni?

Aku : ok, kau x nak panggil. Biar aku panggil.

"Mak Leha! Mak Leha!"

Mak Leha yang dari dapur, terkocoh-kocoh melangkah ke ruang tamu.

Mak Leha : makcik nak buat air dulu ni.

Aku : ala tak payah. Makcik duduk sini, kami nak berbincang sikit tentang issue yang baru viral.

Mak Leha : tapi Pak Samad belum balik masjid lagi ni.

Aku : takpa, kita tunggu dulu.

Syarifah : sementara tunggu ayah aku, biar aku masak apa2 untuk korang.

Atikah : aku rasa tak payah, kot.

Aku : ya, tak payah. Kau duduk sini.

Tak lama menunggu, kedengaran bunyi motor honda tua milik Pak Samad.

Pak Samad : Assalamualaikum. Eh, Aishah dengan Atikah pun ada.

Aku : waalaikumsalam, duduk Pak Samad.

Pak Samad : apa halnya ni? Serious je nampak.

Aku : ok, Syarifah. Sekarang kau cite semua yang kau fitnah aku. Kalau tak, aku call polis, kau bercerita dekat balai.

Aku menghidupkan kamera untuk merakam video confession Syarifah.

Syarifah yang gugup terus bercerita akan salah dirinya.

"Aku buat cerita fasal kau, kononnya kau mengandung anak luar nikah. Anak Muammar. Sebab tu kau putus dengan Iskandar dulu sebab kau ada affair dengan Muammar. Sekarang kau mengandung anak dia, tapi Muammar dengan Iskandar tak nak bertanggungjawab. Sebab tu, kau betul2 nak nikah dengan lelaki yang kau tak kenal, yang datang rumah kau baru ni. Aku betul2 mintak maaf sebab dah buat cerita palsu dan viralkan sampai sekampung tahu cerita ni" katanya, tergugup gagap.

Tanpa berlengah, aku membuat laporan polis berserta video yang tersebar dan juga video pengakuan Syarifah.

Kejam? Tapi, aku perlu bersihkan nama aku sendiri.

Mak Leha : tak boleh ke aishah bagi peluang dekat Syarifah? Dia dah mengaku salah dia.

Aku : tak boleh. Sy nak dia dapat balasan sebab sy sakit hati. Maruah sy tercalar, makcik, pakcik. Sy mintak maaf. Ni, buku ni bacalah bila kau dalam tahanan nanti. Lain kali, mulut tu jangan laju daripada akal.

Aku menyerahkan buku bertajuk Qazaf kepada Syarifah. Air matanya ya g mengalir laju, langsung tidak mengusik hatiku. Apatah lagi mengubah keputusanku.

Suasana menjadi suram. Sebaik sahaja kereta polis memasuki halaman rumah, aku meminta diri untuk pulang.
. .
Pagi ini setelah selesai mengerjakan fardhu subuh, aku melihat postingan di Fac tentang video yang kurakam semalam. Rupanya, dalam diam Atikah juga cuba membersihkan namaku. Dia cuba menularkan video pengakuan Syarifah tentang kejahatan lisannya yang memfitnah aku. Banyak juga komen seakan-akan merasa bersalah atas khilaf mereka yang sewenangnya melontar kata2 nista kepadaku asbab fitnah yang ditular Syarifah.

"Harap je tudung labuh, terlanjur"
"Ayah kuat PAS, anak jadi bohsia"

Dan macam2 lagi kata2 buruk yang terlontar. Semuanya menimbulkan rasa sakit yang dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience