2

Romance Completed 3141

"ish, budak Ain ni kenapa? Dia ni sedar tak dia sekarang budak degree?!" Omelku sendiri.

Terasa puasnya tidur, aku bangun untuk bertahajud dan hidupkan laptop bagi menyiapkan kerja2 dan assignment yang tertangguh. Pagi itu, aku perlu memeriksa dan membetulkan beberapa kesalahan teammate assignment ku sebelum aku compile semuanya menjadi satu tugasan lengkap.

Pagiku rosak apabila membaca setiap butir esei yang dikarang oleh Ain, salah seorang groupmate aku. Grammar ke laut. Aku menepuk dahi ketika membaca esei yang dikarangnya. Geram sungguh rasa hatiku. Nampak sangat dia menggunakan google translate. Habis segala isi article diterjemah secara direct translate.

Aku menaip mesej2 ringkas ke dalam group Whatsapp.

"Ain, baiki semula esei awk. Betulkan grammar dan vocab"

Tiada balasan. Aku maklum kerana pada waktu itu jam menunjukkan angka 3 pagi. Mungkin dia sedang tidur.

Aku meneliti pula esei yang dihantar oleh aqila. "Astaghfirullah". Aku mengucap panjang. Esei itu disalin sebiji2 dari google, kemudian di'paste' sahaja ke dalam paperwork dia. Gila la budak2 uitm ni punya hasil kerja.

Sekali lagi aku menghantar mesej ringkas setelah aku meneliti similarities yang hampir mencecah 50%.

"Aqila, please paraphrase your esei!!!" Aku mulai bengang.

Terkadang aku merasa aneh, macam mana orang2 yang hasilkan kerja cikai2 ni boleh dapat tempat dalam university? Buat degree pulak tu. Grammar pun ke kubur, boleh pulak sambung degree. Copy paste hasil kerja orang lain dan masukkan dalam paperwork sendiri. Mentaliti semacam apa ni? Buat kerja main2, baik tak payah sambung belajar. Hish, geram sungguh rasa hatiku. Aku tak kisah, kalau assignment hancur lebur tu tak memberi impak kepada markah aku. Tapi, kalau dah nama pun group assignment, mestilah markah pun sama. Kecuali, presentation. Presentation tu markahnya dinilai secara individual.. pandai speak up, dapatlah markah lebih.

Itulah sebabnya aku tak berminat nak ada kawan. Menyusahkan saja. Semasa di sekolah menengah, kawanku cuma satu saja. Sabirah, namanya. Ketika di form 6, langsung tiada. Dan masuk u, juga tiada kawan. Aku lambat mesra dan mudah merasa tak selesa bila ada yang cuba berkawan dengan aku. Rasa serabut dan macam2 lagi. Memang introvert, perangainya begitu.

Aku buka pula email bagi memeriksa assignment yang dihantar untuk subjek CSC. Subjek berkaitan komputer dan excel.

Hanis je yang hantar assignment. Faisal langsung tak hantar assignment. Tak apalah, aku semak dulu hasil kerja hanis yang disambung dari hasil kerja aku.

"Banyaknya perkataan error"
"Dia ni perasan tak perkataan error"
"Takkan laaa excel dia bisu kot, tak berbunyi bila perkataan error keluar"

Aku memeriksa, ntah kenapa pula ada banyak perkataan error.

"Hmmm formula pun salah. Padahal aku dah ajar step by step, siap buat notes lagi". Aku mula membebel lagi.

Aku mengambil handphone dan menghantar pesanan ringkas ke dalam group Whatsapp.

"Hanis, banyak sangat error awk. Cuba betulkan, guna formula2 yang sy ajar tu. Kalau tak pandai, boleh call. Nanti kita guide awk."

"hoi faisal, keje kau bila nak hantar? Aku nak check ni, pastu nak hantar kat madam jue untuk consultation".

Kedengaran azan subuh berkumandang. Aku bergegas ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk solat.

Terserempak pula dengan abah.

"Awal bangun" ujar abah menegurku.

"Hmmm" balasku ringkas.

"Pagi2 dah takda mood. Kenapa?" Soal kakakku pula yang kebetulan berada hampir di situ.

"Biasalah, adik kau kan.. aku mental betul bila check kerja2 groupmate aku. Ada yang copy paste, langsung tak paraphrase. Ada yang direct translate through google translate. Ada yang hantar jugak keje suruh aku semak sedangkan bertepek perkataan error. Dorang ni gila dah semuanya". Aku mula membebel.

Tersengih-sengih mak dengan abah mendengar bebelanku.

"hari ni biar mak masaklah, adik focus la buat kerja tu" ujar makku cuba memujuk, nadanya.

"Memang mak la kena masak. Takkan mak nak buat assignment adik pulak. Assignment tu menggunung. Itu belum kira nak kena semak kerja2 groupmate yang macam taik kambing tu. Alaahai" lontarku geram.

"Bekengnya hor" ujar abg iparku yang ntah dari mana, tiba2 saja tercegat di sisi isterinya.

"Huh" balasku dan terus menuju ke bilik air.

Selesai menunaikan solat subuh, aku baring2 dan scroll Instagram. Menonton cerita kartun kesukaanku, SpongeBob SquarePants.

Beberapa minit kemudian, mesej2 yang kukirim pagi tadi, mula berbalas. Malas pula aku mahu buka. Biarlah, asalkan dorang betulkan hasil kerja yang tak cantik tu. Aku berpegang dengan statement "when you do, do it with all of your heart". Jangan cincai2 dan bahang rabang, persis perangai ahli politik masa kini.

Aku ke dapur dan membuat air nescafe 3 in 1 yang berperisa mild dan berwarna kuning. Itulah air kegemaranku. Sangat sedap.

"Adik, kau couple dengan sapa sekarang?" Soal kakakku sekadar berbasa basi.

"Couple? Mende couple2, buang masa aku je" balasku ringkas.

"kokkin tengok, Anas tu handsome je" dia masih cuba berbasa basi.

"dah, g la ngorat Anas" balasku bersahaja. Biar dia dah bersuami pun. Sibuk sungguh suruh kita berkasih pulak.

"Arif pun handsome. Kastam pulak, tu. Tengok gaya macam suka je dekat adik. Duk komen2 kat fb tu" kakak iparkan Ruzanna pula menyambung cerita.

"Malas layan eh". Kataku seraya bangun dan menyarung tudung.

"Abah, nak duit. Nak pergi pasar ni. Beli daging. Nak suruh kokkin buat daging goreng. Teringin daging goreng dia" kataku sebaik sahaja melihat abah baru sudah selesaikan dhuhanya.

"Ambiklah, dalam poket tu. Beli tembakau cap kuda sekali" balasnya pula.

Aku mengbil wang secukupnya dan menghidupkan motorsikal lalu menuju ke pasar basah.
. .
. Selepas Zohor, aku berbaring di atas katil. Hari ni, malas nak bukak laptop. Biarlah dulu. Kerja aku semuanya dah siap. Tunggu groupmate yang lain hantar hasil kerja dorang untuk aku semak.

Tidak lama kemudian, berbunyi pula notification messenger aku menandakan ada orang hantar chat. Aku pun membukanya.

"Eh, dari Luqman" aku agak aneh, kerana dia tidak pernah mengirim sebarang chat.

Kami berborak kosong sebelum dia meluahkan isi hatinya. Dia suka aku.

"Maaflah, sy suka orang lain" balasku berterus terang.

"Pergilah confess. Kalau dia reject, bagitau sy. Kalau dia tak reject pun bagitau sy" katanya ringkas.

Aku kemudiannya screenshot perbualan tersebut dan menghantar kepada Izzwan.

"Woi, tengok ni" kataku.

Izzwan : nah, baik kau confess cepat. Sebelum ramai lelaki yang duk try an error.

Aku : hmm malam ni la aku confess.

Izzwan : malam ni lambat sangat. Lepas jumaat, kau confess

Aku : ok, hari ni lepas jumaat aku confess dekat Azam.

Izzwan : okay. Lepas tu bagitau aku apa balasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience