5

Romance Completed 3141

Perbualan bersambung di aplikasi WhatsApp.

10/3/2022

"Sy tak suka pun kat awk. Kita kawan je la dulu" ujarku berterus terang.

Malas nak bermain dengan hati dan perasaan orang sedangkan kita tak ada pun perasaan yang sama macam dia. Rasa suka yang ada tu tak begitu mendalam kalau nak dibandingkan dengan rasa suka yang pernah tumbuh untuk Azam. Malah, ianya pernah mekar. Meskipun sekarang telah layu dan hampir mati.

"Tak apa. Sy bagi awk ruang dan masa. Kalau awk dah ready nak suruh sy jumpa abah awk, bagitau la" balasnya, mungkin penuh yakin?

Aku : bila2 awk nak jumpa, boleh je. Sy x kisah pun. Sy ready je. Awk yang nak kena borak dengan abah, bukan sy yang nak kena jawab setiap butir soalan dia.

Hafis : kalau macam tu, 25/3 ni sy pergi sana. Waktu tu sy free, sebab hari jumaat. Hari jumaat, sy cuti.

Aku : it's up to you. Tapi, sy belum ada perasaan apa2 dekat awk.

Hafis : ya, faham.

Perbualan terhenti setakat itu. Aku melangkah ke dapur dan memaklumkan perkara tersebut kepada abah.

Aku : abah, ada orang nak datang 25/3 ni.

Abah : siapa?

Aku : ntahlah. Dia nak jumpa abah. Abah jumpa je la dia.

Mak : lah, ntah? Dia yang cakap ada orang nak datang.

Aku : dia sebenarnya suka adik. Dari tahun lepas lagi. Adik je tak suka dia. Tak tahulah sebab apa tak suka. Kenal pun tak, tiba2 je dia nak suka.

Abah : takpalah, biar dia datang dulu.

Malam tu, sedang aku siapkan kerja2 sambilanku, aku terima mesej dari Hafis.

Hafis : sy tak jadi nak datang 25/3 ni. Sebab masa tu sy nak kena renew roadtax, nak service kereta juga.

Aku : oh, takpa..

Hafis : sy datang jumaat ni. 17/3

Aku : aik, apasal makin awal pulak awk nak datang? Tapi takpalah, datang je la. Nak makan apa?

Hafis ; sy tak kisah nak makan apa. Ikutlah awk nak masak apa.

Aku : ok then.. nanti sy buat nasik ayam.

Hafis : ikut pandai awk la nak masak apa. Sy datang sorang2 je. Tak payah masak banyak2.

Aku : ooo ingatkan ada bawak kawan.. berani ke nak datang sorang2 dari Dungun ke Muadzam ni? Jauh juga. 3-4 jam juga tu.

Hafis : berani je. In shaa Allah boleh je drive sorang2. Dekat kampung awk, ada pantai ke?

Aku : ada je. Dekat rompin. Lebih kurang sejam je dari rumah sy.

Hafis : ok juga, nanti boleh kita pergi pantai.

Aku : boleh, kalau takda hal apa2.
. .
. Dipendekkan cerita, 17/3 dah tiba. Aku pun bergegas pergi pasar. Beli ayam dan beberapa bahan wajib yang lain.

Mula2, siapkan sup dulu. Senang je nasi ayam style aku. Tak payah pakai bunjut sup pun.

Tumis
biji ketumbar,
bawang putih yang diketuk,
Halia yang ditumbuk,
Bunga lawang,
Kulit kayu manis,
Lada hitam,
Batang saderi

Tumis sehingga naik bau.

Masukkan garam, aji, dan air.
Masukkan bahagian ayam.

Basuh dan toskan beras.

Masukkan minyak dalam periuk, kemudian tumis bawang merah dan serai. Bila naik bau, masukkan sup ayam sekadarnya saja, untuk masak nasik.

Bila nasik dah mula kering, alihkan periuk ke dalam sarangnya, dan masak dengan periuk nasik elektrik.

Ayam dalam kuah sup tu, aku keluarkan. Kemudian aku perap dengan sos tiram, kicap, bawang putih hancur, gula dan garam serta sedikit kiub ayam.

Perap lebih kurang setengah jam, goreng dengan api sederhana. Bila terlihat hitam, angkat dan boleh dihidangkan.

Lebih kurang pukul 11, Hafis pun sampai. Aku terus menuju ke bilik dan biarkan abah saja yang melayan tetamunya itu. Sebelum tu, aku dah hidang nasik dan nescafe ais.

Dari dalam bilik, aku dengar abah dengan Hafis berborak panjang. Macam dah lama kenal. Siap bergelak ketawa.

Alamak, macam mana nak reject Hafis kalau abah suka dekat Hafis?

Nada dering dari animasi one piece berbunyi, menandakan ada mesej diterima.

Oh, dari Anas.

"Aishah, sy baru tahu awk dah takda apa dengan Azam. Sy cuma nak berterus terang. Sy suka awk. Sebelum sy ke Turki bulan 5 ni, sy nak nikah dengan awk." Tulisnya tanpa berbasa basi.

Alahai... Dekat ruang tamu tu, abah tengah berborak dengan lelaki yang dari tahun lepas duk confess dekat aku. Kenapa kau lambat sangat nak confess, Anas?

Anas ni antara kawan terdekat yang aku ada. Dia tua dua tahun dari aku. Form 1 sampai form 5, dia belajar di Mahaad Tahfiz Sains di Tanah Merah, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajarannya ke Yaman, dalam bidang usuluddin. Sebelum dia menukar course pengajian kepada syariah di Mesir. Masa tu, Yaman tengah bergolak dan berperang. Rata2 rakyat Malaysia yang menjadi pelajar di sana, dihantar pulang ke Malaysia, termasuklah Anas. Setelah dia menamatkan diploma dan degree dalam bidang syariah di Mesir, dia mahu melanjutkan pengajiannya dalam jurusan undang2 syariah. Bulan 5 nanti, dia akan ke sana untuk menggapai sijil master. Semoga yang terbaik saja untuk An Nasrullah.

"Anas, Hafis dah jumpa abah sy. Awk ni slow sangat buat keje. Takkan sy nak accept awk sedangkan Hafis tu dah jumpa abah sy. Sy memang tak suka dia, tapi kesungguhan dia tu lain macam. Drive sorang2 dari terengganu, datang rumah sy kat Pahang". Balasku.

"takpalah" balasnya ringkas.

Aku hanya mengabaikan saja pesanan yang dihantar dan terus memasang telinga mendengar isi perbualan Hafis dengan abah.

Abah : tak payah hantaran, tak payah beradat sangat. Kita buat yang senang2 je. Pakcik ni bersyukur bila ada lelaki yang baik nak ambik anak pakcik jadikan isteri. Cuma, Aishah ni perangai dia lain sikit. Dia kasar. Kena banyak2 bersabar dengan dia.

Hafis : takpalah. In shaa Allah sy boleh bentuk dia nanti. Tapi, sy kena balik bincang dengan mak dulu. Sebab masa ni, duit tak berapa ada.

Abah : aku bukan nak duitmu. Aku nak mu nikah je dengan anak aku. Buat ringkas2 je. Bulan 5, lepas raya. Kira jadilah.

Hafis : sy anak sulong. Kena tanggung adik2, kena tanggung mak. Ayah sy dah 3 tahun meninggal. Lepas habis belajar dekat MDQ, sy sambung dekat KUDQI. Tapi tak habis, sebab sy terpaksa berhenti dan bekerja. Tanggung adik2 dan mak. Untuk menikah dalam masa terdekat ni, rasanya mustahil.

Abah : takpalah, bincang dulu dengan mak mu. Hantaran, duit hantaran, tak payah bagi.

Tersentuh pula hati aku bila dengar apa yang dibualkan. Mungkin budak ni anak yang baik. Mungkin usianya muda, tapi matang.

"Adik!" Lamunanku terhenti bila terdengar namaku dipekik.

"Ya, ya" aku menyahut.

"Hidang nasik. Hafis nak makan. Lepas tu mandi2, solat zohor" abah menyambung.

Aku pun melangkah keluar dan menghidang.
. .
. (Langsuir liar//group telegram)

Aku : weh, Hafis datang rumah kita hari ni.

Kok no : hmm tak payah la nak over sangat. Kau bukan kenal pun dia. Kot2 dia nak main2 je.

Kakak : ntah. Baru kenal berapa hari, dah gatal nak kahwin.

Kok no : ada masa lagi nak putus. Aku lagi suka Anas. Ataupun Arif.

Aku hanya diam dan biarkan saja kakak2 ku setia dengan pemikiran dungu mereka. Aku bukan seperti perempuan lain, yang bercinta sana sini. Keluar tanpa arah tujuan dengan lelaki bergelar boyfriend. Masaku habis dengan aktiviti2 politik di markas PAS berhampiran rumahku. Tiada masa untukkan bercinta dan buang masa tanpa arah.

"Lantak kaulah" balasku ringkas.

Lagi pula, aku sudah maklum akan perangai kakak2. Aku mula bertudung labuh pun, kena kecam. Walhal benda tu perkara yang baik. Bila aku mula berpurdah, juga dikecam. Ntahlah, mungkin dorang suka kalau adik bongsu ni berbogel sana sini. Barulah rancak, berdosa. Boleh share saham akhirat, sama2 terjun ke kolam air panas bila dah mati nanti.

Aku mengaku, sifat dan sikapku masih belum berubah seratus peratus. Masih tersisa baranku, masih tersisa mulut jahatku yang mudah menghambur kata. Sabarlah. Perlahan-lahan aku cuba meracun nafsu amarahku supaya tidak merebak dan membarah.

Kokkin : biarlah. Kira ok la budak hafis tu nak jumpa abah. Tak angkut adik pergi sana sini

Oh, masih tersisa kakakku yang cerdik.

Aku : biarlah. Malas nak layan orang x berakal.

Balasku bersahaja dan semuanya diam tanpa kata.

Puas hati.

Aku melangkah menuju ke ruang tamu. Mengambil earphone dan memasang lagu2 Indonesia kegemaranku. Aku paling suka lagu radja, tajuknya sapu jagat.

'robbana aatina, fiddunya hasanah. Wa fil aakhirati hasanah, wa qina 'azab annar' antara lirik lagu yang sentiasa bermain di fikiranku. Begitu juga dengan lagu dari kumpulan Ungu, Hasbunallah wanikmal wakil.

Band2 Indonesia sebenarnya sedap2 lagunya. Sesuai untuk menjadi halwa telingaku. Aku juga sangat gemar akan kumpulan metal Islamic dari Malaysia, Al Farabi Band dengan tajuk lagunya, amanat perwira.

"Oh, pejuangku! Mara ke hadapan, jangan tunggu2. Allah membantu!" What a perfect lyric.

Tidak semena-mena, Hafis menuju ke luar rumah. Hisap rokok agaknya. Aku pun ke dapur.

Aku : macam mana abah? Ok ke dia?

Abah : mana aku tahu. Mu yang nak kahwin.

Aku : abah dengan mak suka tak budak tu? Adik tak kenal langsung dia tu.

Abah : kami suka je.

See? Mak abah suka.

Mak : nanti bagi dia kain pelikat. Solat zohor kat sini. Bagi kain tuala sekali, biar mandi dulu. Bagi segar badan.

Abah : a ah. Betul la tu. Haa tu, dia dah masuk. Pergilah sembang2 dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience