Aku pun tak tahu, ntah kenapa asyik teringat dekat budak Azam ni. Tak pernah2 pun teringat dekat lelaki sampai tertunggu-tunggu dia mesej.
Kisahnya, aku terbaca komen dia dengan Cikgu Norman. Cikgu tu pernah ajar aku subjek Sains masa sekolah rendah dulu. Dalam masa yang sama, dia berbaiah tareqat dengan Cik Saidin. Kawan abah. Makin lama, makin teruk pemahaman cikgu tu. Jauh terpesong dari landasan toriqah yang sebenar.
Aku pun approach Azam dan bercerita serba sedikit perihal Cikgu Norman. Perkara yang mencuit hatiku ialah, Cikgu Norman mengaku sebagai anak murid Tokku Paloh. Ulama' silam yang sangat zuhud dan berasal dari bumi Terengganu.
Tak logik langsung. Aku pun berterus terang tentang Cikgu Norman yang mengarut dan merapu. Manakan tidak, cikgu tu selalu datang rumah aku bila dia dibuang oleh tok gurunya sendiri, Cik Saidin. Abah sekadar cuba untuk menuntunnya semula, supaya tidak terlalu jauh sesatnya. Tapi, Cikgu tu sepertinya malas nak melayan dan terasa dirinya sudah cukup pandai. Abah salah seorang murid tertua arwah Tok ayah. Tok ayah, gelaran yang tinggi untuk tok guru tareqat yang dibaiah abah dan Cik Saidin. Dalam erti kata lain, abah dan Cik Saidin merupakan adik beradik seguru. Kedua-duanya sangat rapat namun, abah lebih cenderung untuk selalu memberi nasihat memandangkan Cik Saidin merupakan junior abah dalam bertarekat.
Berbalik kepada Azam, setelah aku approah dia melalui messenger fac, kami agak rapat. Tapi, taklah rapat sangat macam Azril dengan Izzwan. Kitorang chat, tapi bila ada benda2 penting je. Azam suka berkongsi tentang ajaran2 sesat oleh kerana dia merupakan pengkaji ajaran2 sesat di Malaysia.
Peribadinya yang bersahaja agak menarik perhatianku. Tambahan pula, aku tahu dia pernah menimba ilmu di MDQ (Maahad Darul Quran) yang terletak di Rusila, milik President PAS, Tuan Guru Haji Hadi.
Tuan Guru Haji Hadi merupakan salah satu tokoh terkemuka dalam bidang politik. Aku pula asalnya dari keluarga yang merupakan aktivis PAS. Hampir keseluruhan ahli keluargaku akan memangkah PAS bila tiba pilihan raya saban penggal. (Semoga Allah merahmatimu, Tuan Guru).
Azam, umurnya 27 tahun. Berbeza 4 tahun dariku. Mungkin pemikirannya matang, dan boleh memimpinku sebagai isterinya yang sah. Fikirku ketika itu.
Sedang asyik aku stalking Fac Azam, tiba2 ada satu posting yang mengejutkanku. Azam berkongsi posting Dr Rozaimie yang sememangnya blaclist dalam kamus hidupku oleh kerana level pemikirannya yang agak "wahabi" dan suka berbalah tentang issue2 khilafiah. Menurut Tuan Guru Haji Hadi, issue2 khilafiah tidak sepatutnya dijadikan perbahasan kerana ianya telah lama diselesaikan oleh ulama' silam, khususnya imam2 mazhab yang terkenal dan masyhur. Misalnya, issue sambutan maulidurrasul, issue bacaan yasin pada malam jumaat dan sebagainya. Ianya telah lama diperbincang oleh jumhur ulama' yang alim dan fakih di mana, ianya tidak menjadi masalah berat apabila maulidurrasul disambut tetapi haruslah berlandaskan garisan syara' yang termaktub dalam quran dan hadis.
Bila diisukan tentang bidaah, sebenarnya sistem pemerintahan Malaysia jauh dari kata bidaah, apatah lagi bidaah hasanah. Demokrasi tidak pernah berlaku dalam zaman pemerintahan Islam. Para khulafa' dipilih berdasarkan persetujuan orang ramai, ataupun melalui sistem syura. Tiada pilihanraya yang melahirkan perpecahan seperti yang berlaku dalam negara kita hari ini. Namun, sebagai manusia berakal, pilihlah parti yang mudaratnya hampir tiada untuk Islam. Parti apa lagi, kalau bukan parti bulan?
Sedang aku men"scroll" fb Azam, ingin rasanya aku berterus terang kepadanya tentang perasaan aku.
Aku membuka aplikasi WhatsApp dan mencari nombor Izzwan.
"Weh, aku rasa aku ada suka sorang laki ni la", taipku ringkas.
Izzwan : eh, suka siapa? Biar betul. Jarang kau nak suka2 dekat orang ni.
Aku : betul la weh. Tolong siasat kejap mamat ni.
Izzwan : apa fb dia? Nak tengok.
Aku pun menghamtar screenshots fac Azam.
Izzwan : oh.. ada kawan aku dalam friend list dia. Aku tanya kawan aku dulu la tentang dia.
Aku : ok la kalau macam tu.
Selang beberapa hari kemudian, Izzwan menghantar mesej melalui Whatsapp.
Izzwan : aku dah tanya kawan aku fasal dia.
Aku : ok, lepas tu apa kisahnya?
Izzwan : azam tu bukan nama sebenar. Nama dia, Ziyad. Bukan Azam. Dia tu ok je, cuma pelik sikit.
Aku : pelik? Pelik yang macam mana?
Izzwan : tak tahulah. Kau try confess dulu dengan dia.
Aku : hmm ?? lambat lagi nak confess sebab aku tak berani. Kau je la bagitau dia.
Izzwan : mana boleh, kau la confess sendiri.
Aku : risau kena reject.
Izzwan : try dulu. Sekaranglah confess. Lambat2 nanti, orang lain kebas.
Aku : malas la. Nanti la aku confess. Nanti2 bila dah ready.
Izzwan : hahaha suka hati kau la.
Share this novel