4

Romance Completed 3141

"Azam tu sebenarnya tak elok" Hafis tiba2 send mesej macam ni.

Ntahlah, apa yang tak elok. Malas rasanya nak melayan budak Hafis ni. Malas nak layan bukan sebab ada rasa suka dekat Azam. Tapi sebab dia rajin sangat chat. Rasa rimas pulak. Azam jarang2 chat. Dia nampak berwibawa dan x kacau2 aku.
. .
. Akhirnya, aku dah tamat belajar. Tunggu waktu nak grad, boleh la cari kerja dulu.

Aku pun apply kerja dekat kedai ice blend yang dekat dengan rumah. Boleh dikatakan maju juga la sebab itu je satu2 nya kedai ice blend dekat kawasan perumahan kami. Maklumlah, duduk kampung. Tak banyak kedai yang bertema cafe macam tu. Pekerjanya cuma aku sorang je. Selesa juga bekerja di situ.

Satu hari, ada driver lori jnt asyik mengusik aku. Dia rajin order coffee dengan cappuccino. Nampak geletis dan gatal. Menyampah aku. Aku memang tak minat lelaki peramah macam tu. Dia suka usya2 bila aku buat air. Setiap hari, dia akan singgah kedai ice blend sebab mini office jnt tu betul2 dekat dengan tempat keje aku. Setiap hari juga aku kena hadap perangai mengada dia tu. Tapi, aku x pernah melayan pun. Tengok pun tidak.

Keadaan jadi makin serabut, bila ada customer ninja van suka drop off barang dekat ice blend. Dia siap ada no fon aku sebab dapat dari buku register pekerja. PKP kan, memang staff kena register nama setiap hari dalam buku. Untuk record dan track.

Customer ninja van ni gaya bahasanya lagi gatal. Pernah satu hari tu, dia record setiap gerak geri aku sampai aku rasa x selesa. Aku mesej dia personally dan mintak dia delete video aku. Kalau tak, aku report polis. Sangat kurang ajar.

Ada juga pekerja bangla yang x faham bahasa. Selalu datang kedai tu, siap belikan barang. Paling teruk, dia belikan barang2 toiletries. Oh, gila sungguh. Siap mintak nombor whatsapp. Betul2 aku rasa terancam.

Terus aku mesej Hafis dan mengumpat dengan dia sebab aku rasa tak selesa. Aku lagi selesa membawang dengan dia berbanding membawang dengan Azam walaupun aku suka dekat Azam. Bukan dekat Hafis.

Tak lama lepas tu, aku resign. Malas dah nak keje tempat serabut macam tu.

Duduk je rumah, bersantai-santai dan jadi maid mak abah.

Pagi2 pergi pasar, siang ikan, masak. Bila gaji, pergi ATM keluarkan duit. Beli barang2 dapur. Macam tu la setiap bulan.

Satu hari, hubungan aku dengan Azam agak bermasalah. Sebenarnya takdalah masalah sangat. Tapi ntah kenapa aku rasa tak suka dah kat dia. Aku tak sampai hati nak terus terang. Aku biar je.

Aku : weh, Izzwan. Aku rasa aku tak suka dah la Azam tu.

Izzwan : kenapa? Sebab fahaman dia lain ke?

Aku : bukan. Tapi aku memang rasa tak suka dah kat dia.

Izzwan : habis tu, kau suka sapa?

Aku : Zubair. Zubair Sarookh.

Izzwan : weh, peliknya nama. Duduk mana tu?

Aku : Dubai. Hahahahaha. Taklah. Aku takda suka sapa2 pun buat masa ni.

Izzwan : kenapa tiba2 tak suka Azam?

Aku : tak tahulah aku... Rasa tak sedap je dengan dia. Macam takda rasa suka dah kat dia.

Izzwan : jujur la dengan dia.. senang.

Aku : tunggu dia la mesej aku.

Izzwan : ikut kau la. Aku tak tahu nak cakap apa dah.
. .
. Satu malam tu, Azam mesej.

"Sy rasa kita tak bersefahaman. Kita tak sehaluan"

Aku : ooo kenapa?

Azam : sebab sy memang rasa macam tu. Lagipun sy ni tak sihat.

Aku : bab tak sihat tu, takpa je. Semua orang ada kelebihan, kekurangan masing2.

Azam : awk carilah orang lain. Sy tengok, arif dengan anas pun macam suka dekat awk. Sy baca2 komen.

Aku : tapi sy x suka dorang pun. Dah awk suka tak kat sy?

Azam : sy sukalah kalau orang suka sy.

Aku : dah tu?

Azam : sy ni tengah belajar lagi. Sy nak jadi tok guru. Awk boleh ke jadi isteri tok guru?

Aku : camnilah. Kita stop je. Kita masing2 move on je la Azam eah.

Azam : ok la kalau macam tu. Sy mintak maaf sebab datang dalam hidup awk.

Aku : eh, takpa.. takda hal.. dah takda jodoh, takpalah.

Aku terus share semua tu kat Izzwan.

Izzwan : hahaha. Sebenarnya dari awal aku x berkenan kau suka dekat dia.

Aku : kenapa?

Izzwan : ntah la. Dia macam pelik.

Masa ni, aku x nampak pun apa yang pelik dekat Azam.

Esoknya, aku mesej Hafis pulak. Saja nak membawang senior dia. Sekadar bercerita.

Hafis : kiranya dah single la sekarang?

Aku : dari dulu single, tapi dulu sy suka Azam. Sekarang ni masing2 move on la.

Hafis : baguslah macam tu. Dah, bila nak kahwin?

Aku : awak tu la kahwin dulu

Hafis : dah, jomlah kita kahwin. Nampak duk suruh2 sangat kahwin.

Aku : jomlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience