"Tasya bagitau abah sekarang. Apa yang jadi. Abah nak tahu cerita sebenar. Macam mana Tasya boleh ada dekat rumah? Siap berkemban. Bukan Tasya pergi masjid sekali dengan abah dengan ma." Sebaik masuk ke bilik Natasya Encik Hasrul terus menyoal. Sesak dadanya tika itu. Apa yang anak gadisnya dah lakukan.
"Abah apani abah. Tiba-tiba je. Abah tak percayakan Tasya ke? Tasya balik tadi lepas maghrib, sebab Tasya period. Jadi balik rumah Tasya terus mandilah."
Natasya membalas takut-takut. Sumpah sekarang dia amat menyesal dengan apa yang dia telah buat tadi. Kalau boleh putarkan masa sumpah dia takkan cakap benda bodoh tu.
Tetapi masa terus bergerak ke hadapan. Tiada guna pun untuk dia menyesal.
Dia pon tak tahu kenapa otak dia cetek sangat tadi. Dia cuma fikir yang dia nakkan Jayden sangat sangat. Dia taknak Jayden jadi milik orang lain. Tambah-tambah lagi kebelakangan ni dia selalu nampak Jayden dengan Sofieya. Dia rasa geram. Dia rasa marah. Dia cemburu.
Mereka diibarat kekasih yang bahagia. Sedangkan dia yang hadir dahulu dalam hidup Jayden. Dia yang dahulu berusaha untuk dapatkan Jayden. Tapi Jayden sikitpun tak pernah nampak usaha dia. Jayden tak pernah pun bagi respon untuk sukakan dia balik.
Jadi apa yang terjadi semalam ibarat peluang untuk dia memiliki Jayden sepenuhnya. Kejadian semalam membuatkan dia rasa dia menang dengan Sofieya. Dia yang dapat Jayden pada akhirnya.
"Sekarang, cerita dekat abah. Apa yang jadi sebenarnya." Encik Hasrul faham benar dengan riak wajah anaknya . Muka anaknya tidak tenang.
Encik Hasrul berasa kecewa. Benar andaiannya, Jayden bukan seseorang yang begitu. Dia tahu Jayden takkan buat perkara terkutuk itu. Dia sepatutnya percayakan Jayden.
"Tasya tak tahu, Tasya keluar bilik air. Terus ada benda jatuh atas Tasya. Itu je abah. Tasya tak tipu itu je. Jayden terus bangun. Dia tak buat apa-apa dekat Tasya pon. " Natasya menunduk. Dia takut sangat.
"Jadi yang lain Tasya tipu? Tasya cerita benda yang Jayden tak buat?" Encik Hasrul menyoal keras, namun Natasya tidak membalas. Dia takut kalau Encik Hasrul naik darah.
"Abah tanya ni, yang lain Tasya tipu ke?" Sedikit meninggi suara Encik Hasrul namun tidak terlalu tinggi. Dia tidak mahu membangunkan isterinya. Kesian Puan Marliya, dialah yang paling kecewa.
"Tasya tipu abah." Perlahan sahaja suara Natasya.
"Waktu kamu tipu tadi kuat je suara. Ni bila nak mengaku reti pulak nak slow? Apa kamu buat ni Tasya? Kenapa jatuhkan maruah Jayden sampai macam tu sekali. Kenapa tipu abah. Kenapa tipu Haji Fairuz!" Jelas suara Encik Hasrul yang dia marah serta kecewa.
"Abah, Tasya tak sengaja. Tasya tak tahu. Tasya tak tahu kenapa Tasya buat macamtu. Tasya mintak maaf abah." Natasya memeluk kaki ayahnya erat.
"Tasya abah tak pernah ajar anak abah buat macam ni. Kenapa buat abah macam ni? Kenapa buat ma macam ni. Kenapa kena aniaya Jayden sampai macamni?"
Suara Encik Hasrul sayu dan lemah. Tak dia sangka anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang selama ini sanggup buat perkara sebegini.
"Abah Tasya salah. Tasya mintak maaf. Tasya salah bah, Tasya salah. Hukum Tasya bah. Tapi jangan benci Tasya. Awak Tasya mintak maaf. Maafkan Tasya.
Nanti Tasya jelaskan balik perkara sebenar dekat Haji Fairuz. Tasya akan bersihkan balik nama awak. Tolong awak maafkan abah dengan ma. Bencilah Tasya. Tasya yang salah." Natasya merayu. Sungguh tak pernah dia rasa semenyesal ini.
"Jayden abah serahkan perkara ni dekat kamu. Lagipun kamu berdua dah kahwin. Dah jadi suami isteri. Bincanglah elok-elok. Abah terima segala keputusan Jayden. Tapi abah mohon sangat, cari penyelesaian bukan dengan cara kekerasan." Usai berkata Encik Hasrul berlalu pergi. Dia kecewa, namun dalam masa yang sama Natasya tetap anaknya.
"Awak, saya akan bagitau Haji Fairuz segalanya. Saya akan bersihkan balik nama awak. Maafkan saya. Saya menyesal."
"Kalau kau nak bagitau hal sebenar bukan sekarang Natasya. Kau sepatutnya bagitau tadi. Sebelum semua benda bodoh ni jadi. Kau, perempuan paling keji aku pernah jumpa."
"Awak saya mintak maaf. Saya tak tahu." Natasya yang sedari tadi mengalir air matanya mula teresak-esak.
"Kau ingat apa? Maaf kau boleh kembalikan keadaan. Kenapa? Kenapa orang tu kena aku. Kenapa kau kena buat benda ni dekat aku?" Tubuh Jayden jatuh melorot pada dinding. Dia buntu. Dia serabut.
Entah apa yang dia perlu lakukan sekarang. Kalau dia ikutkan hati mahu sahaja dia memukul tubuh Natasya seteruk-teruknya. Namun iman didada masih kukuh. Tak guna pun kalau dia sakiti Natasya. Benda dah jadi.
"Awak, awak nak ceraikan saya ke? Saya terima awak. Asalkan awak maafkan saya." Natasya menghampiri Jayden. Tangan Jayden diambil untuk merayu.
"Untuk apa aku ceraikan kau. Kau ingat aku nak ke jadi duda lepas 2 jam aku kahwin." Jayden menepis tangan Natasya. Dia masih terkejut disentuh oleh wanita itu. Semuanya terlalu tiba-tiba. Secara tiba-tiba dia menjadi suami. Otaknya belum mampu menghadam keadaan.
"Jadi awak nak seksa saya ke?" Suara Natasya perlahan. Dia takut Jayden berdendam dan menyiksa dirinya nanti.
"Dahlah, pergi tidur. Bagi aku masa nak fikir." Jayden terus bangun dan bantal diambil lalu dia terus ke sofa. Dia penat mental dan fizikal. Tak sangka hari perkahwinannya merupakan hari paling malang dalam hidupnya.
???
Share this novel