Hari ini rumah jiran depannya iaitu rumah keluarga angkat Jayden dipenuhi dengan kereta. Majlis satu-satunya anak perempuan pastilah gilang gemilang. Namun mereka masih mengekalkan cara kampung iaitu memasak bergotong royong.
Jadi Puan Marliya dan Encik Yusuf awal pagi lagi dah kesana. Encik Yusuf pergi tolong sembelih katanya. Puan Marliya mestilah pergi membawang. Eh silap pergi bersiang bawang.
Manakala Natasya pula baru bersiap hendak menolong disana. Baru pukul sembilan pagi, takdelah lewat mana dia pergi.
Niat asal nak tunggu kaklong dan bangahnya sampai. Tapi mereka call tadi kata jalan sesak pulak. Haih terbantutlah hajat nak menggomoi anak buah.
Pintu rumah ditutup lalu dikunci. Bila ada majlis ramai-ramai macam ni bahaya kalau ada orang masuk. Tak sedar. Kunci diletakkan dalam handbag. Nanti kalau kaklong atau bangah sampai dia baliklah balik.
Sampai saja dia di rumah depan benda yang menjadi santapan mata ialah Jayden. Jayden yang sedang sibuk mengangkat barang-barang.
Ya Allah nampak bertapa gagah perkasanya Jayden. Hai kalaulah lelaki itu miliknya mesti dia dah pergi peluk dah. Cop hak milik.
"Hai mata kau tengok anak teruna orang. Kalau boleh tembus dinding-dinding tu penuh dengan muka si Jayden tu." Arlina menyenggol kawan baiknya. Hai tak padan dengan perempuan pon gatal.
"Aku rasa kan aku dah jumpalah, knight in shining armour aku." Natasya sudah tersengih gatal, manakala Arlina menayangkan riak menyampah.
"Apa.... satria dalam sut bersinar?" Balas Arlina kembali. Sengaja acah-acah bodoh.
"Hah?" Natasya pula jelas menayangkan riak blur. Asal tetiba sut bersinar ni?
"I mean in malay."
"Oh bukanlah, in malay we call it, mat kilau." Senuman gatal ditayang.
Natasya sudah mula menunjukkan perangai miang menggeletis dia, manakala Arlina menunjal lembut kepala Natasya. Haih perangai menggeletis miang keladi dia datang dah.
"Gatal! Jomlah kita pergi tolong kupas bawang. Tunjuk sikit dekat bakal mak mertua angkat kau tu yang kau rajin." Arlina menarik Natasya untuk pergi dari situ. Yelah dari tadi pandangan si Natasya ni kerja pandang Jayden ja.
"Ala wei kejaplah bakal suami aku tu." Ujar Natasya namun Arlina buat pekak. Teruslah berimaginasi kawanku. Entah apa yang dia minat sangat dekat Jayden tu. Bukannya Jayden tu sorang anak teruna dalam kampung ni.
Tapi kalau dah namanya Natasya, makin orang tak hendak makinlah dia semangat nak mengejar. Itu jelah prinsip hidup dia. Apa dah takde prinsip lain ke dia nak pegang. Itulah jugak dia nak buat pegangan hidup.
???
Natasya mengelap peluh didahi. Sumpah penat sangat. Si Arlina dah lama lari. Dah ada anak susah sikit dia nak berlama-lama. Nanti anak pertama merengek.
Habis anak pertama anak kedua pulak. Akhirnya dia yang suruh Arlina ke rumahnya. Lapar nak menyusu kot budak-budak tu. Itu yang tak senang duduk.
Haih cakap pasal anak orang. Terfikir pula bila nak ada anak sendiri. Siapa taknak anak kan. Tapi tulah jodoh tak sampai lagi. Ada yang dia berkenan pon orang taknak kat dia. Nasiblah Ma dengan abah jenis tak kesah bila dia nak kahwin.
Hailah Jayden bilalah awak nak jatuh hati dekat saya. Penatlah nak kejar.
"Wuish, itukan anak angkat si Yam. Ada rupa na anak dia." Baru saja dia terfikir nama Jayden, ada pulak makcik bawang ni bukak cerita.
"Uish, bukan setakat hensem baik pulak tu. Boleh aku nak buat calon menantu." Mata Natasya membulat. Mana boleh. Aku yang kejar dia selamani. Senang-senang ja makcik ni nak cop menantu.
"Eh mana boleh. Dia dah ada yang berkenan." Sekali lagi mata Natasya membulat. Hah dah ada yang berkenan. Aku ke tu. Setahunya aku yang paling gila kejar si Jayden ni.
"Siapa? Anak si Liya tu ke." Makcik lagi sorang membalas. Suaranya jelas tak puas hati. Mata Natasya bersinar. Takkanlah Jayden dah suka dekat dia dalam diam. Ahah cinta dia berbalas ke selamani!
"Eh kau ni, apa pulak anak Marliya. Kau fikir si Jayden tu nak ke dekat perempuan terhegeh-hegeh macam tu? Dok hantar makananlah apalah. Kau ingat si Jayden tu suka? Budak tu menyampah adalah." Makcik sorang lagi sibuk nak spill the tea. Dah macam Natasya takdak dekat sini pula.
Natasya menggenggam tangan sendiri. Makcik makcik ni sibuk kenapa. Jayden relax je. Dia bagi makanan ja kot. Bukannya dia mintak makanan. Makcik-makcik ni jeleslah tu, aku tak bagi makanan kat diorang jugak.
"Lah iyeke? Habis tu siapa?"
"Tu kau tengok tu. Bukan main sweet lagi si Jayden tu dengan anak si Tipah yang jadi cikgu tu. Huh sama padan sama segak. Ni kalau kahwin mantop. Anak mesti comel."
Makcik itu menunjuk pada dua orang yang dilihat bagaikan pasangan kekasih. Natasya turut memandang. Jelas dimata Natasya bertapa mesranya Jayden dan Sofieya berbual.
Natasya rasa tercabar. Kalau dengan dia bukan main lagi Jayden cuba mengelak. Ini bukan main lagi kau bersembang. Apa Natasya ni buruk sangat ke? Tapi Sofieya tu kalau nak banding dengan Natasya, dia rasa dia cantik lagi.
"Sesuai sangat. Dua dua cikgu sama sekolah pulak. Mesti kes cinta berputik sewaktu mengajar ni." Makcik-makcik itu berbicara seperti menambahkan bara dihati Natasya. Cinta berputik disekolahlah sangat. Orang pergi sekolah suruh mengajar bukan bercinta.
"Kalau ada novel ni cantik dah tajuk kau bagi tu. Cinta berputik disekolah. Puitis gitu."
Puitis mangkuk dia. Kalau aku nampak novel tajuk tu memang aku tak beli dah. Ngokngek betul tajuk dia. Dok suruh anak murid jangan bercinta dekat sekolah ni macam mengajar murid-murid pulak bercinta.
"Haih dua dua pandai pulak. Nanti generasi mesti semua pandai-pandai. Budak tu baru tiga tahun dah boleh tulis karangan." Seusai makcik itu berkata begitu mereka sama-sama sakan ketawa. Bagaikan dunia ini hanya mereka.
Pap! Satu bunyi yang terhasil saat Natasya meletak cawannya kasar diatas meja. Jelas bunyi itu menarik perhatian makcik-makcik itu.
Natasya pon tak taulah sama ada makcik-makcik tu sedar yang dia ada di situ atau mereka pura-pura tak sedar.
"Hai makcik Zuha. Ada nampak mak saya tak?"
Kalau diikutkan hati Natasya mahu je dia sound makcik-makcik tu. Tapi bila fikirkan ma dia batalkan hasrat. Kesian ma, asyik kena judge je sebab dia. Lagipun buat membazir air liur dia je, takde faedah.
"Hah mak kamu ada dekat belakang tadi." Ujar si makcik senada.
Natasya mengangguk lalu terus berlalu. Namun saat ingin kebelakang dia nampak keluarga bangahnya sudah kesitu untuk menjamu selera. Pantas matanya bersinar. Anak buahkuu. Makin debab.
"Bangah. Sihat?" Bangahnya dan isterinya disalam. Gila tak rindu abang kesayanganni. Sejak masing-masing berkeluarga, kecuali dia seorang agak jarang mereka berjumpa.
"Sihat je. Kau ni mesti lagi sihat. Pipi dah naik bom dah." Bangah menarik pipinya. Dah jadi satu hobi bangahlah main tarik pipi dia.
"Kau kan bangah, dahlah jarang jumpa. Dah jumpa kau carik pasal dengan aku pulak. Haih macam manalah Kak Ain tahan dengan mangkuk ayun ni." Natasya meluahkan tidak puas hati. Kak Ain pula tergelak.
"Tulah, Tasya tau dia suka body shaming kak Ain. Maklumlah orang sejak lepas beranak dah tak slim." Kak Ain turut mengadu.
"Kau bangah, kau tak sedar ke? Kau sejak kahwin ni perut makin kedepan. Kutuk kak ipar kita pulak." Tubuh Ain dia peluk dari sisi.
"Dahlah kau, aku panasni. Naira pon dah tak senang duduk ni."
"Eh ngah dengan kak Ain pergilah makan dulu. Mai Tasya nak gomoi budak demok ni." Naira diambil dari abangnya. Comelnya anak buah maksu ni. Ala si comel ni.
"Ha jom awak kita makan dulu." Bangah menarik tangan isterinya. Jeles pulak Natasya rasa. Kita takde suami nak suruh dia tarik tangan kita.
"Thanks tau Tasya." Natasya hanya mengangguk dan dia mengambil tangan Naira untuk melambai mereka. Seusai itu salah satu kerusi kosong dibawah khemah dituju.
Pipi montel Naira dicium berkali. Dia suka bau bayi. Lembut je bau dia. Haih anak orang jelah dia mampu bau. Anak sendiri? Entah ada ke tak. Entah entah dia membujang sampai ke tua.
"Hai Nat!" Sofieya yang muncul bersama Jayden melambai padanya. Natasya hanya membalas senyuman kosong. Dah kenapa tiba-tiba tegur aku. Tak pernah pulak dia ingat dalam sejarah hidup dia yang dia rapat dengan si Sofieya ni.
"Nat tempat ni kosong tak." Sofieya bertanya. Natasya ingin sahaja menggeleng namun rasa kasihan pula melihat Jayden yang berpeluh sakan jadi dia pun mengangguk.
"Jayd, Nat kata sini kosong. Kita duduk sini je eh." Jayden yang muka serba salah hanya mengangguk.
"Ni anak buah Nat ke? Yang anak bangah eh." soal sofieya cuba berbual dengan Natasya.
Natasya memandang menyampah entah sejak bilalah dia rapat dengan si Sofieya ni. Lagi satu bangah tu abang dia. Entah sejak bila bangah jadi abang Sofieya ni. Senang hati je panggil abang aku macam tu.
"Ha anak Nazrul." Balas Natasya nak taknak.
"Oh comelnya dia. Alolo..." pipi Naira diusap oleh Sofieya. Pantas Natasya menjauhkan Naira dari Sofieya.
"Sorrylah, kulit Naira sensitif sikit. Tangan yang kotor-kotor kalau pegang nanti naik ruam." Natasya hentam sahaja. Entah sejak bila anak bangah ada masalah kulit. Senang hati dia je. Kesian Naira yang menjadi mangsa.
"Oh yeke. Naira aunty minta maaf ye." Ujar Sofieya dengan suara manja. Berbulu telinga Natasya yang mendengar. Dia menjeling Jayden. Jelas senyuman terukir diwajah Jayden. Oh sukalah tu dia dengan suara manja si Sofieya ni.
"Jayd cuba awak tengok. Muka Naira sebijik kan ikut muka maksu dia."
"Haah sama. Dua dua comot." ujar Jayden dengan niat mengusik.
Terkedu Natasya seketika. Oh kalau aku comot, kalau si jebon ni cantiklah. Natasya menarik nafas perlahan. Sabar Tasya, sabar. Jangan kau mengamuk pulak dekat sini.
"Naira comot ke." Tubuh Naira dipusing menghadapnya. Pipi Naira dibelek. Takde apapun.
"Awak ni, tapi comelkan." Dan kemudian mereka mula berbual dan bergelak tawa seperti hanya mereka yang wujud disitu. Seperti hanya mereka berdua disitu.
"Awak ni kan." Ujar Sofieya malu-malu lalu tergelak. Jijik pulak Natasya dengar.
Dasar gelak fake. Geramnya, macam nak simbah air sirap dalam cawan pada mereka. Yang Jayden punya melayan. Haih sakitnya pemandangan ni. Menyesal pulak bagi mereka duduk.
Naira mula merengek. Baguslah Naira ni. Macam tau-tau je maksu nak pergi dari sini.
"Kenapa ni sayang. Penas ye. Ok, ok kita balik okay." Tubuh Naira didodoi lembut. Budak kan dia tak selesa dia menangis. Natasya bangun dari kerusi.
"Nat nak balik dah ke?" Sofieya menyoal acah-acah prihatin. Tadi kau sembang bukan main. Aku yang gedabak dekat sini pon tak nampak.
"Tulah balik dulu ye." Kain Naira diambil dari kerusi. Jayden hanya memandang tiada perasaan. Sakit pulak hati Natasya. Dengan Sofieya bukan main dia pandang.
???
Share this novel