"Sir Jayd." Jayden yang sedang termenung dimejanya tersentak saat pelajarnya memanggil.
"Ah yes? Sorry ada apa ni?"
Pelajar yang berkerumunan dimejanya tersengih-sengih sambil memandang Jayden. Jayden pulak yang takut dengan pandangan diorang.
"Sir kami tak fahamlah soalan ni." Seorang pelajar mewakili mereka menyoal.
Jayden memandang soalan itu sambil berkerut. Bukan dah banyak kali ke dia ulang soalan tu dalam kelas. Dia siap tekankan lagi. Haih ni kes tidurlah ni.
"Haih subjek Sir Jayden kamu yang hensem ni boleh pulak diorang cari cikgu nak tanya. Cuba subjek saya, jangan harap kamu nak cari."
Cikgu Akmal yang mejanya bersebelahan Jayden mencelah dengan niat bergurau. Jayden hanya senyum.
"Manalah diorang nak cari kita cikgu. Muka kita tak korea macam cikgu Jayden ni." Ustaz yang meja berhadapan dengan Jayden pon masuk membahan.
"Takdaklah ustaz topik ni memang susah sikit tambah lagi ada yang tidur dalam kelas pulak." Ujar Jayden berseloroh.
"You guys balik kelas dulu. In next class, saya ajar balik tajuk ni. Make sure to pay attention, when i'm teaching. Bukak mata bukak minda bagi paham."
???
Natasya mengurut pelipisnya. Satu-satu datang tak ada yang memuaskan hati. Suruh buat lain, lain yang dibuat.
Natasya mengambil keputusan untuk ke pantri. Nampaknya overtimelah dia malam ni kalau kerja dah macam ni.
"Miss Nat kau tu period ka? Geram pulak aku." Salah seorang pekerja bawah bimbingannya bersuara. Terhenti langkah Natasya untuk ke pantri.
"Agak ah. Sana marah, sini marah. Dia siapa siak. Stress jebon." Kawannya membalas.
"Kan... Aku rasa nak sumbat je mulut dia dengan cili. Geraaam!!"
"Tapi tula dah dia orang ada cable. Kesayangan bos kau. Siapa ja berani." Mereka membuat memek menyampah, siap tangan diangkat menunjukkan ekspresi.
" Itulah dah kalau ada rupa semua jalan mat." Si kawan membalas seperti sudah lama menunggu momen untuk bergosip tentang Natasha.
"Haih kalau aku dapat dia nemang aku..."
"Aku apa hah! Aku apa?" Natasya mencelah. Dia masuk dengan tenang ke dalam pantri. Cawan serta sepaket biskut dicapai. Mereka berdua yang sedang seronok bersembang pantas bangun dan meminta diri.
"Sorry miss. Kami siapkan kerja dulu." Laju mereka berjalan untuk jauh dari Natasya.
"Lah dah aku ajak sembang taknak pulak. Bila tak ajak kata sombong." Gumam Natasha tidak peduli.
Natasya tersenyum sinis. Huh belakang bukan main cakap. Dia ingat Natasya tak berani lawan. Nanti kalau dia bangun tidur ada durian sebiji sekali dengan duri-duri dia ada dalam mulut, jangan tanyalah siapa yang sumbat.
???
"Mama." Kepala dilentokkan kebahu Puan Marliya. Penat kalau hari-hari sibuk begini. Maunya kena darah tinggi diusia muda.
"Penat?" Puan Marliya menyoal sambil meletakkan pisau untuk mengupas buah ke pinggan.
"Sikit." Tangan diangkat dan isyarat sikit ditunjukkan.
"Ni hujung minggu ni, Kak long sengan Bang ngah kamu balik. Ma ingat Ma nak kemas bilik Kak long tu, semak sangat Ma tengok. Berhabuk."
"Asal pulak kak long nak balik. Selalu ada je alasan dia."
"Haih kamu ni. Anak Makyam kamu tu nak kahwin, takkan dia tak balik."
"Hah anak makyam nak kahwin. Asal Tasya tak tau. Bukan anak angkat dia kan." Gelabah Natasya menyoal. Kepala yang dilentok juga terus diangkat. Takkanlah ustaz nak kahwin, dia tak habis mengorat lagi.
"Haih anak perempuan dialah." Natasya menarik nafas lega. Haih nasib bukan ustaz, kalau tak mahunya luruh jantung dia.
"Kamu ni, bukan nak ambil tahu pasal jiran. Padahal hari-hari kamu ke sana mengorat anak teruna orang. Yang kamu tahu si Jayden tu sajalah.
Cuba ambik tahu sikit. Ni asyik dengan dunia sendiri takpun Jayden. Kalau Jayden tu kahwin nanti agaknya kamu jadi anak dara tua." Puan Marliya sudah mula mode membebel.
Dan Natasya sebagai anak yang baik membalas dengan sopan.
"Ma, kalau Jayden tu kahwin mestilah orang pon kahwin jugak. Orangkan bini Jayden tu nanti." Seraya berkata Natasya terus mencabut lari. Nanti kena ketam puan Marliya pulak. Sakit woo.
Dia tergelak saat mendengar suara puan Marliya kembali berleter. Ni masuk pulak tajuk entah ke apa. Namun fikiran Natasya dipenuhi dengan soalan ibunya.
Betul cakap ma. Kalau Jayden kahwin nanti apa akan jadi dengan dia. Dia rasa hidup dia hanya ada ma, abah, keluarge, kerja dan Jayden. Itu sahaja. Kalau melepak pon dengan si Arlina tu jelah. Dia tak banyak kawan.
Bukan tiada, tapi dia mengecilkan sekecilnya orang yang dia perlukan. Lebih selesa begitu. Ada ramai kawan pun tak pernah dia rasa sebahagia sekarang. Jadi pilihan dia untuk mengecilkan circle adalah tindakan tepat.
Kalau diingat kisah macam mana dia boleh jadi setabah sekarang mesti orang tidak percaya. How she's going trough depression. Huh kenangan. Kalau difikir tanpa kenangan tiadalah dia yang sekarang.
Lima tahun masa diambil untuk dia bangkit. Dari seorang intern yang dibuli dengan teruk, dia jadi dia yang sekarang.
Dia hampir bunuh diri kerana dia rasa useless. Tapi kerana itu juga dia bangkit dan sekarang dia tidak lagi diperlekehkan.
Lima tahun dia hidup dengan bertungkus lumus bekerja. Sehinggalah dia jumpa Jayden. Dia rasa dia ada benda lain yang dia boleh buat selain kerja. Dia rasa bahagia buat sesuatu untuk Jayden. Tanpa sedar Jayden dah buka hatinya.
Saat pertama kali mereka berjumpa sewaktu dia menemankan Puan Marliya ke masjid. Suara Jayden melaungkan azan menarik dia untuk mengenali lelaki itu.
Puan Marliya menjadi tempat dia mengorek rahsia. Rupanya Jayden tu anak angkat Makyam jiran depan rumah je. Punyalah dia tak bermasyarakat, sampai jiran depan rumah ada anak angkat dah dua bulan pon dia tak tahu.
Dari saat itu dia mula kacau Jayden. Pada mulanya tiada pun suka dihati. Sekadar seronok mengusik. Melihat muka itu malu-malu. Melihat Jayden yang nak taknak layan dia. Dia rasa Jayden unik. Dia rasa dia nak kenal Jayden lebih lagi.
Sejak itu dia rasa dia mula sukakan Jayden. Jadi misi memikat anak angkat jiran pon bermula. Rupanya dia cina muslim. Patutlah muka tak melayu. Semakin dia mengenali Jayden semakin dia rasa Jayden menarik.
Usianya juga sudah layak memasuki fasa perkahwinan. Namun dia bukan gadis tipikal dalam tv. Bila tak kahwin mak ayah membebel suruh kahwin. Mak ayah dia relax je. Nak kahwin, kahwin. Taknak sudah.
???
Share this novel