Orang kata hidup ini diibaratkan roda, sekeja kita diatas esok esok entah kita dibawah. Tapi mengapa?
Hidup dibawah itu kadang lebih membahagiakan. Bila diatas kita akan sering risau yang kita akan jatuh ke bawah. Tetapi bila kita dibawah tiada apa yang perlu dirisaukan.
Gelas ditangan yang berisi wain diputar-putarkan. Inikah hidup yang manusia kejarkan bila dibawah.
Kadang dia tertanya mengapa manusia kejarkan hidup ini sedangkan dia tidak pernah merasakan hidup ini membahagiakan.
"Kai, Lina terima lamaran aku..." kai memandang Edward yang sudah mabuk teruk.
Tujuan mereka kesini adalah disebabkan Edward. Cinta pertama Ed yang ditolak mentah-mentah kerana agama oleh seorang perempuan yang bernama Arlina.
Pentingkah agama dalam kehidupan? Sedangkan walaupun Ed beragama kristian dia seperti seorang athist. Arlina itu walau seorang islam namun tidak pernah pun bertudung.
Tapi bila ingin berkahwiin tiba-tiba agama menjadi kepentingan? Ke hanya alasan untuk menolak Edward dari hidupnya.
"Lina sayang aku Kai. Dia sayang aku!" Sekali lagi Ed menelan rakus wain ditangan. Kai memandang Ed.
Sungguhlah harta tidak mampu membeli sebuah cinta dan kasih sayang.
Walau sekaya mana keluarga Ed dia tidak mampu menggapai cinta seorang Arlina. Sekaya mana mummy daddy mereka tidak mampu memberi kasih sayang yang dia inginkan.
Wain ditangan dipusing-pusingkan, sebelum diteguk rakus. Inilah satu-satunya cara melupakan dunia buat seketika.
Dunia yang penuh penipuan. Dunia yang penuh kekejian. Dunia yang tiada keadilan juga penuh kekosongan.
Tanpa Kai sedar malam ini akan mengubah 360° kehidupannya.
°°°
"Woi kau dari tadi macam orang kena sampuk dah kenapa." Arlina menyenggol bahu Natasya yang masih tersengih sendiri.
"Aku rasa aku dah jumpalah, knight in shining armour aku." Natasya sudah tersengih gatal, manakala Arlina menayangkan riak menyampah.
"Apa.... satria dalam sut bersinar?" Balas Arlina kembali.
"Hah?" Natasya pula jelas menayangkan riak blur.
"I mean in malay."
"Oh bukanlah, in malay we call it, mat kilau."
Ujar Natasya menunjukkan perangai miang menggeletis dia, manakala Arlina menunjal lembut kepala Natasya. Entahkan si mat kilau tu dah beristeri.
hope you enjoy the story
Share this novel