Quotes 4

Romance Series 921

Jayden berjalan terhuyung hayang. Tadi dia dah hantar Edward ke teksi. Ed lagi teruk dah tak sedar terus.

Banyak sangat Ed minum sebab kecewa. Jayden ingat dia nak tidur je dalam kereta. Nanti dia dah sedar baru dia nak balik.

"Urgh." Mulut ditutup, dia rasa mual. Pantas longkang ditepi jalan dihampiri. Dia meluahkan segala isi perut. Bau busuk? Usah dicakap. Ini bau lagi busuk dari bangkai. Setelah penat muntah dia bersandar pada dinding.

Tubuh terasa lemah. Sekali lagi isi perut dikeluarkan. Lalu dia tergelak sendiri. Dunia rasa berputar. Makin kuat dia gelak. Memikirkan saat muka ditampar oleh ayah sendiri, Jayden ketawa berdekah.

Dia, Kai Jayden si anak tak guna. Kai Jayden suka buat masalah. Dia kena tampar, dia kena banding. Itu benda biasa. Itukan salah dia. Dia yang cari masalah.

Tapi dia suka sekurang-kurangnya, setiap kali dia buat masalah daddy akan cari masa nak berbincang dengan dia. Dia rasa dipeduli. Dia rasa orang masih tau yang dia wujud.

Jayden berjalan ke lorong yang menempatkan keretanya. Lorong itu sunyi dan gelap. Namun mata Jayden nampak kelibat seorang gadis yang berjalan laju sewaktu dia melewati Jayden.

Jayden tersenyum sendiri. Cantik bertudung. Pipi merah dan mulus. Nampak innocent. Jarang dia nampak gadis bertudung di lorong sebegini.

Jayden yang khayal menghampiri gadis itu kedua tanganya disandarkan ke dinding mengepung gadis itu dari pergi.

Gadis itu yang ketakutan sedaya upaya menolak tubuh Jayden pergi darinya. Namun sekuat manalah kekuatan wanita. Jayden tidak berganjak walau sedikit pon.

"Encik tolong encik. Lepaskan saya." Setelah penat meronta gadis itu merayu pula. Jayden tersenyum makin lebar. Dia suka suara itu. Lembut mendayu-dayu. Pipi gadis itu diusap.

"So beautiful. But not mine." Hidung itu pula dicuit. Gadis itu kembali meronta. Ditumbuk dada Jayden berkali-kali. Air mata mengalir membasahi pipi itu. Terbit kesian dihati Jayden kerana mengusik gadis itu. Gadis itu terlalu polos.

Jayden mengusap air mata yang mengalir diwajah itu. Lembut. Jayden bukan agresif. Dan baru dia ingin melepaskan gadis itu pergi, satu tumbukan padu oleh seseorang menyentuh pipinya.

Akibatnya Jayden jatuh tumbang ke tanah. Bibirnya pecah. Jayden cuba menampung tubuhnya dengan tangan untuk bangun.

Namun belum sempat dia bangun matanya pula ditumbuk kuat sebelum penyerang menindih tubuhnya dan dia ditumbuk berkali.

Dia cuba untuk melawan namun dia tak mampu. Dan akhirnya dia pengsan.

Pagi itu dia bangun sahaja dari tidur dia dapat melihat muka bengis lelaki yang menyerangnya semalam. Lelaki itu Haidar, dan wanita yang diusik Jayden adalah Huda adik kepada Haidar.

Saat dia bangun satu tumbukan menjadi makanan sarapannya pagi itu. Dapat dia lihat gadis yang diusiknya semalam menghalang si penyerang dari terus memukulnya.

"Abang stop it. Abang nak dia mati ke?" Si adik menjerkah saat abang tidak mendengar kata-katanya. Jayden menelan liur. Tekak terasa haus. Air bagai memanggil-manggil untuk ke tekak.

Haidar menghulurkan air. Walau dia marah tapi tak sampai hati pulak nak dera. Habis lebam-lebam muka lelaki itu kerananya. Namun mengingat kembali lelaki itu cuba menyentuh adiknya hati Haidar kembali panas.

Dari situlah titik tolak kehidupannya. Mengenali Haidar. Mencintai Huda. Mengenali islam. Jayden tersenyum mengingat masa lalu. Masa yang telah mengubahnya menjadi Jayden yang sekarang.

Sungguh semuanya bukan kebetulan. Semuanya takdir dan aturan tuhan.

"Jayd, dok tanda buku ke dok berlayar ke alam fantasi?" Tersedar Jayden saat Haidar memegang bahunya.

"Kau ni kacau je. Aku tengah ingat budak ni yang mana. Benda basic pon dia tak boleh ni. Memang aku kena kejanlah budak ni nanti." Jayden berdalih walau agak sedikit terkejut.

"Iyalah tu. Ke teringatkan anak si Puan Liya jiran depan." Haidar menyenggol bahu Jayden. Jayden mengangkat kening. Asal tiba-tiba anak Puan Liya masuk topik ni. Tak dak bendalah dia nak fikirkan budak tu.

"Kau ni cuba layan sikit budak tu. Bersungguh tau dia mengorat kau. Hargai sikit.'' Haidar sekadar melontarkan pendapat.

"Ini buka soal hargai. Tapi aku taknak bagi harapan. supaya dia sedar banyak lagi orang yang lain dia boleh suka. Yang akam sayang dan hargai dia. Bukan aku."

Jayden memfokuskan pandangan mata pada buku pelajarnya. Dia tak suka apabila soal Natasya dibangkitkan. Dia hanya anggap Natasya masih belum jumpa seseorang yang dia mahu.

"Kau masih simpan hati dekat Huda ke?" Haidar bertanya sempat dia memerhatikan keadaan memastikan Huda tiada disekitar.

"Healing is about time. Aku oklah, dah bukan jodoh. Cuma untuk bercinta lagi aku perlu masa." Jayden membalas, namun hanya tuhan yang tahu bertapa makin dia mencuba untuk jauh makin dekat Allah letakkan perasaan itu. Makin kuat hati dan perasaannya mencintai Huda. Si cinta pertama.

"Aku harap kau jumpa kebahagiaan kau Jayd. Aturan Allah tu indah. Aku nak kau ingat, apa-apa jadi kau kena reda." Haidar menepuk-nepuk bahu Jayden.

???

"Hai ustaz." Jayden yang sedang memerhatikan list barangan yang perlu dibeli tersentak saat ada suara menegur. Tidak berpaling pun dia tahu.

Hanya seorang hamba Allah di dunia ni yang panggil dia ustaz dan orang itu tak lain tak bukan mestilah Natasya.

"Erm hai, buat apa sini?" Jayden sekadar berbasa basi. Kalau boleh dia nak cepat-cepat bersurai dari budak ni.

Dahlah banyak lagi barang yang perlu dibeli. Dia pun bukan biasa beli barang dapur. Selalunya warga perempuan yang uruskan. Ni dah semua sibuk dengan persiapan perkhawinan dialah yang menjadi pengganti.

"Saya memang setiap minggu kesini beli barang dapur. Ustaz kesini kenapa? Tak pernah nampak pon sebelum ni." Natasya masih tak lekang dari memandang dia. Jayden rasa terganggu pula.

"Orang perempuan semua sibuk untuk majlis. Ni yang saya turun padang ni."

"Oh mesti tak biasa pilih barang dapur. Sini Nat tolong."

Natasya menghulur tangannya meminta list barangan. Jayden pula yang rasa kekok. Tadi kalau boleh dia nak cepat Natasya pergi. Ni Natasya siap hulurkan bantuan lagi. Kalau tolak nanti kesian pulak.

"Ala ustaz ni takut saya ngorat eh. Jangan risau, saya ngorat sikit je. Sinilah saya tolong. Nampak kekok je ustaz nak pilih tadi." Natasya merampas list dari tangan Jayden. Jayden hanya menayangkan sengihan.

"Wow banyaknya. Kita start barang basah dululah."

Dan bermulalah acara Natasya mengusik dan mengorat Jayden.

"Ustaz tengok ikan tu. Comellah macam ustaz."

"Ustaz perisa ni sedap, pedaz hot hot gitu. Hot macam ustaz."

"Ustaz sayur ni ada cara tau nak tengok dia segar. Samalah macam ustaz saya nampak segar je."

"Ustaz sweetlah couple tu. Mesti baru kahwinkan. Nanti bila kita baru kahwin mesti sweet macam tu."

"Ustaz kalau anak first nak anak apa? Saya tak kisah anak lelaki ke perempuan asal dia dibin atau dibintikan Muhammad Jayden."

"Sebelum kahwin ni saya suka tengok cerita cartun. Tapi nanti lepas kahwin saya nak minat cerita horrorlah kalau takut boleh peluk badan katak-ketak ustaz."

Dan saat itu, Jayden menyesal menerima pertolongan dari Natasya.

???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience