Jayden termenung sendiri. Dah dua tahun dia masuk islam rupanya. Sesuatu yang kalau dua tahun lepas kalau dia fikir mesti dia tergelak terbahak-bahak.
Sesuatu yang amat mustahil untuk seorang Kai Jayden yang dahulunya minum arak merupakan suatu kebiasaan. Hidup dia yang lalai bergelumang keseronokan dunia.
Hidup yang serabut tanpa ketenangan. Zaman mudanya penuh dengan dosa.
Dia sengaja buat masalah supaya dia rasa dipeduli. Setiap kali dia buat masalah, semua orang ambik tau. Setiap kali dia buat masalah dia rasa orang tau dia wujud. Sehingga mencari masalah bagaikan suatu kebiasaan dalam hidupnya.
Dia mula merokok sewaktu dia berusia 14 tahun. Mula-mula dia cuba rokok. Dia puas, namun itu bukan kepuasan dia mahu. Dia mula mencuba sesuatu yang lain dia mula minum arak. Dan yang paling teruk dia mula ambik dadah.
Bukan untuk meningkatkan nafsu serakah, namun untuk berlayar ke alam fantasi. Alam dimana amat berbeza dengan realiti. Alam dimana dia rasa dikasihi, disayangi. Dia rasa apa yang dia mahukan.
Jayden mengeluh. Walau macam mana dia berubah, masa lalu tetap sebahagian dari isi kehidupannya. Tetap sebahagian babak dari kisah hidupnya yang tidak dapat dilupakan.
Walau kini dia rasa tenang. Dia rasa dipeduli. Dia rasa dia diberikan kasih sayang secukupnya, namun dalam di sudut hati, dia rasa kosong.
Ada yang hilang. Tapi tak mampu untuk dia cari. Makin dia cari makin dia hilang arah. Dia lemah. Dia penat mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan itu.
Dia mahukan keluarganya. Tapi dia dibuang jauh, saat keputusan untuk masuk islam diambil. Dia bahkan tidak dibenarkan untuk muncul dihadapan mereka.
Itukah keluarga? Keluarga yang dia harapkan kasih sayang suatu tika dahulu? Membuangnya jauh. Tika itu dia sedar bahagia tidak databg dari manusia.
"Erm."
Seorang gadis berdehem. Adik Haidar. Huda. Gadis yang membuka matanya suatu ketika dahulu. Gadis itu yang tunjukkan pada dia yang kehidupan bukanlah hanya keperitan serta menyuluhkan padanya sisi manis kehidupan.
Gadis yang membuatnya jatuh hati buat kali pertama. Namun mencintai tak bermakna memiliki. Gadis itu bukan jodohnya. Gadis itu milik orang lain. Dekat namun tak termampu untuk dia menggapai. Sesungguhnya jodoh itu milik tuhan. Dia reda.
"Jauh termenung. Fikirkan siapa itu." Huda melabuhkan duduk dihadapan Jayden. Senyuman manis mengisi wajahnya.
"Takdelah kita bukan ada someone special macam dia."
"Eleh kau fikir aku tak tau ke? Bukan si budak Tasya tu tergila-gila dekat kau ke?"
Muka Jayden dipandang tak percaya. Jayden ni banyak peminat. Biasalah orang ada rupa. Ramai je yang terkejarkan si Jayden ni tapi Natasya tu paling obiouslah.
"Ke situ pulak. Takdenye. Biasalah tu, dia melalui proses tumbesaran. Tak matang lagi." Seloroh Jayden.
Macam mana Jayden nak bukak hatinya untuk orang lain, dia hanya pernah mencintai Huda. Ini pon dia sedang perlahan-lahan ingin menyingkirkan Huda dari hatinya.
???
"Tasya nak kemana tu?" Puan Marliya menahan anaknya di muka pintu. Natasya menayangkan handbagnya sebagai tanda ingin keluar.
Puan Marliya menggeleng. Tak pernahlah nak lekat dekat rumah. Pagi kerja petang selalu je dia melepak di dengan si Arliya tu. Tak pun pergi mengorat anak angkat si tuan haji. Itulah kerjanya.
"Ma... Doakan orang eh." Wajah ibunya dicium berkali.
"Eh kamu mahu kemana tu. Tasya! Natasya!" Menjerit-jerit Puan Marliya memanggil anak kesayangannya. Haih ini tak lain tak bukan adalah projek memikat ustaz Jayd kesayangan dia tu.
Naik pening kepala sang ibu dengan perangai anaknya yang satu itu. Sudah di nasihat, namun kata Natasya kalau nak kahwin kena ada usaha. Bermacam lagilah alasan.
Natasya masuk ke dalam kereta dengan riang gembira. Walau pak ustaz tak menunjukkan minat, tapi belum cuba belum tahu kan. Apa salahnya mencuba.
Mula-mula saja je dia seronok-seronok usik ustaz muda ni. Lama-lama terjatuh hati pulak. Nak buat macam mana hatikan Allah yang pegang.
"Ustaz!" Semangat Natasya memanggil. Jayden hanya senyum yang nampak amat tidak ikhlas.
"Ustaz ni kalau tak ikhlas tak payahlah senyum. Fake kot senyum tu. Tengok ni, senyuman ni barulah ikhlas." Natasya menayangkan senyumannya.
"Erm, awak buat apa kat sini?" Jayden menggaru pelipisnya. Segan jika Huda atau Haidar yang nampak. Kena usiklah nanti.
Anak dara orang ni pun dah takdak kerja ke apa. Tak budak berkerjaya masalahnya. Nak banding dengan dia yang hanyalah cikgu sekolah menengah. Jauh lagi.
"Ustaz ni sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Pastilah saya disini mahu mengorat gerangan tuan hamba. Ustaz ni pulak bila nak jatuh cinta dekat saya?" Selamba Natasya berkata. Jayden dah tak senang duduk.
Nak balas apa ni! Tidak tega dia menolak mentah-mentah. Walaupun selalu saja Natasya meluah perasan begini namun dia masih tak selesa.
"Dahlah ustaz tak payahlah fikir macam mana nak jawab soalan saya. Saya kan dalam proses ngorat ustaz. Nanti ustaz dah jatuh cinta dengan saya jangan segan-segan nak bagi tahu. Demi ustaz sampai tua saya tunggu." Ujar Natasya lalu dia yang tergelak sendiri.
Jayden hanya senyum akward. Dia dah tak tahu nak buat apa dah ni. Nak elak? Lagi dia elak, lagi dia jumpa adalah. Dah macam budak ni ada gps untuk kesan dia pulak.
"Nah Nat masak dengan penuh kasih sayang dan cinta untuk ustaz. Makan tau jangan buang. Membazir. Bubye."
Jayden menyambut, hari-hari mesti dia dapat makanan dari Natasya. Tapi serius, masakan Natasya memang sedap. Memang Jayden takkan buanglah.
Tapi rasa bersalah pulak. Macam ambil kesempatan. Tapi nak buat macam mana, dia dah halang... Natasya ni yang masih bagi. Sampai kadang-kadang dah terbiasa dengan masakan Natasya.
"Ni awak dah makan ke, bagi dekat saya ni?"
Secara tiba-tiba mulut Jayden gatal menyoal. Selalunya kalau boleh dia nak sesedikit yang boleh masa yang digunakan untuk berbual dengan Natasya. Bukan apa, dia taknak bagi harapan je.
"Laparlah jugak ustaz nak pelawa saya makan ke?" Tanpa segan Natasya menyoal.
"Ha marilah duduk makan dulu." Disebabkan atas dasar hormat Jayden mengajak.
Natasya berpaling saat Jayden berbicara. Matanya bersinar. Bukan selalu Jayden nak berlama dengan dia. Ni Jayden dapat suluhan cahaya apa yang ajak dia makan sekali. Jam dikerling, dah pukul enam petang.
Kalau dia makan ni, dapat makan dengan Jayden. Tapi kalau makan sempat ke sampai dinner? Ah pecutlah nanti. Ni buah hati ajak makan takkan nak tolak. Peluang datang setahun sekali sahaja.
"Awak duduklah situ dulu. Saya ambilkan pinggan." Ujar Jayden sambil jarinya dituding pada kerusi. Natsya mengangguk patuh.
"Hai Makyam." Tangan dihulur untuk bersalaman dengan mak angkat Jayden itu saat makyam menghampiri meja. Senyuman dimaniskan.
Makyam menyambut dengan senyuman. Walau Jayden tak melayan tak mengalah budak ni. Muka lawa, kewangan pon stabil. Entah apa dia kejat dekat Jayden tu. Bisik hati Makyam.
"Haih mengorat anak jantan makyam lagilah ni." Natasya membalas soalan makyam dengan senyuman. Malu pulak dengan bakal mak mertua angkat ni.
"Makyam sihat." Natasya berbasa basi sambil menunggu Jayden. Jarum jam sentiasa dikerling. Rasa menyesal pulak terima pelawaan. Sempat dia berbual dengan makyam sebelum Jayden tiba.
"Nah, pinggan." Jayden menghulur dan melabuhkan duduk. Natasya yang memang dah lapar lagi bertambah lapar melihat lauk didepan mata. Aku ke yang masak ni? Kenapa nampak sedap sangat.
Jayden melabuhkan duduknya dihadapan Natasya. Dipandang sahaja Natasya yang nampak berselera makan. Seketika kemudian makyam bangun untuk ke dapur.
Jayden menggaru pelipis. Akward mak... duduk berdua macam ni. Namun acara menjamu selera Natasya terganggu dengan panggilan telefon.
"Ada apa?" Dingin suara Natasya. Jayden yang mendengar pula terkedu. Selalu dengan dia ceria je suara budak ni. Tak sangka garang.
"Tak boleh harap." Ujar Natasya sebelum meletakkan panggilan. Telefon dia belek-belek. Masa pon dah tak cukup ni. Memang kena kejan yang lainlah. Message dihantar, lalu dia terus bangun. Tak sempat nak melantak lagi.
"Ustaz sorry tak boleh nak tolong kemas. Saya memang nak kena pergi. Kira nanti saya bayar eh hutang harini. Bye!"
Suara Natasya auto bertukar saat bercakap dengan Jayden. Dari dingin menjadi ceria. Tangan diabasuh ala kadar lalu dia melambai pada Jayden. Dapatlah jugak dia makan sesuap dua.
Jayden tersenyum garang jugak rupanya si Natasya ni. Ingat jenis happy go lucky je. Entah hutang apalah yang gadis itu maksudkan. Dia rasa dia yang banyak berhutang dengan Natasya.
???
Share this novel