Quotes 7

Romance Series 921

"Terima kasih tau Jayden." Ujar Encik Hasrul kelam kabut dan dia terus menuju ke tandas. Jayden hanya membalas dengan senyuman.

Jam tangan dipandang, dah nak isyak. Kena cepat ni. Tadi Encik Hasrul sakit perut sangat. Lepastu dia baru teringat lupa nak ambil duit untuk majlis malam ni. Yelah Encik Hasrulkan bendahari masjid ni.

Lagipun dia memang ada nak balik kejap tu yang Jayden menghulurkan tangan untuk membantu. Kunci rumah yang Encik Hasrul beri diletak dalam poket seluar. Haih macam-macamlah malam ni.

Dia berjalan laju. Takdelah jauh mana masjid ni dari rumah keluarga angkatnya. Kalau berjalan santai hanya lima minit begitu. Ni dia berjalan macam nak berlari ni mungkin dua ke tiga minit.

Sebaik sampai dia menuju ke rumahnya dahulu. Telefon diambil dan terus dia melangkah laju ke rumah Encik Hasrul. Dah biasa dah dia menjadi posmen Encik Hasrul tolong ambilkan barang. Jadi dah terbiasa.

Kunci dimasukkan dan pintu dibuka. Rak yang dimaksudkan Encik Hasrul dituju. Matanya sudah menangkap sampul yang Encik Hasrul maksudkan. Sampul putih atas meja kopi. Sampul dibelek dan jumlah wang didalamnya dikira. Cukup.

Encik Hasrul memang mempercayainya. Pada mulanya memang curigalah. Tapi lama-lama Encik Hasrul tahu yang Jayden boleh dipercayai.

Jayden yang tergesa-gesa ingin melangkah pergi. Tersilap langkah membuatkan dia jatuh atas sesuatu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat atas apa dia terjatuh.

"Argh!" Jayden menjerit. Sumpah dia terkedu.

"Argh!" Natasya pula menjerit terkedu melihat Jayden minindih tubuhnya. Dahlah dia berkemban. Mesti Jayden nampak rambut dia. Mesti Jayden nampak lurah dada dia.

Jayden sedaya upaya cuba untuk bangun dari Natasya tanpa menyentuh tubuh itu. Tapi tiba-tiba ruang dalam rumah yang agak suram dengan hanya sedikit bantuan cahaya menjadi terang benderang.

Masing masing terkedu dan Jayden cepat-cepat bangun.  Natasya pula duduk dengan memasukkan wajahnya pada dalam lutut. Dia rasa malu.

"MasyaAllah Jayden apa kamu buat ni?" Suara Haji Fairuz tegang, tak disangka tergamak anak angkatnya melakukan perkara yang menconteng arang ke wajahnya. Sedangkan dia jaga Jayden seperti anaknya sendiri.

Dia ingatkan bunyi jeritan itu ada orang pecah masuk. Namun ternyata orang itu adalah Jayden.

"Abah, percaya Jayden bah. Jayden takkan buat benda macam ni." Jayden merayu manakala Natasya teresak-esak menangis. Jayden rasa nak maki je si Natasya ni. Kenapa dia menangis, Jayden tak sentuh dia pon.

"Kamu kata kamu tak buat apa-apa, ni kenapa dia menangis ni. Huda ambilkan kain apa-apa selimutkan dia." Huda mengangguk dan terus mengikut suruhan ayahnya. Tubuh Natasya dibalut dengan selimut.

"Huda, Huda tahukan aku takkan buat macam ni." Jayden cuba merayu pada Huda pula. Huda tak mampu untuk kata apa-apa. Jayden pon pernah hampir mencabulnya.

"Dah kamu jangan nak menafikan salah kamu yang dah terang benderang ni." Haji Fairuz mencelah. Tak beri sedikitpun peluang pada Jayden untuk menjelaskan situasi sebenar.

"Dia buat apa dekat kamu?" Haji Fairuz menyoal Natasya, namun tangisan yang berlagu.

"Aku tanya dia buat apa dekat kamu." Kali ini suara haji Fairuz meninggi. Dia kecewa. Tak sangka ini hasilnya dari didikan yang dia beri pada Jayden. Dia sangat kecewa.

"Abah... Bagitau Huda apa yang Jayden buat dekat awak?" Huda menyoal lembut. Tahu yang Natasya masih takut. Haji Fairuz pun dia tahu tengah kecewa tapi Natasya perempuan. Tambah dalam keadaan sebegini dia lemah.

"Dia tiba-tiba masuk dalam rumah saya. Saya keluar bilik air, dia cuba... cuba nak bukak kain tuala saya." Teresak esak Natasya menangis. Mata Jayden pula membulat. Dia sumpah dia tak buat apa pun. Ya Allah apa semua ni.

"Apa kau buat ni Jayden?" Tinggi suara Haji Fairuz

"Lagi?" Huda tidak melayan amarah ayahnya dan terus menyoal Natasya lagi.

"Dia cium saya. Dia raba-raba saya. Dia nak cuba rogol saya." Seusai berkata Natasya menangis teresak-esak.

Haji Fairuz yang mendengar terus mendapatkan tubuh Jayden lalu dipukul. Tak sangka ini balasannya atas segala kasih sayang yang dia beri.

"Tuan haji, sabar. Mati budak ni nanti." Encik Hasrul yang muncul menarik tubuh Haji Fairuz dari memukul Jayden. Macam mana boleh jadi begini. Puan Marliya terus mendapatkan anaknya. Dipeluk tubuh itu untuk menenangkan.

"Pakcik tolong saya pakcik saya tak salah. Pakcik yang suruh saya tolong ambil barang kan. Pakcik tolong terang dekat ayah pakcik saya tak bersalah." Jayden merayu siap memeluk kaki Encik Hasrul. Encik Hasrul jatuh kasihan pula.

"Hah kau alasan je tu. Dah sedap kau ambik anak dara orang, kau tak mengaku pulak." Haji Fairuz yang geram terus menendang tubuh Jayden. Pecah bibir Jayden.

"Tuan haji cukup. Tak selesai masalah pun kalau tuan haji terus pukul dia. Silap silap mati budak ni." Encik Hasrul menghalang.

"Aku dah tahu dah cara nak selesaikan masalah. Aku nak kahwinkan je diorang malam ni. Kau dah buat benda terkutuk kau kena tanggungjawab."

"Apa ni abah. Jayden sumpah, Jayden tak buat bah." Mendayu suara Jayden. Dia rasa lemah sangat-sangat.

"Jayden tak buat pakcik, percayalah." Jayden merayu pada Encik Hasrul pula. Tolonglah sesiapa percayakan dia.

"Saya setuju tuan haji. Anak saya dah hilang maruah dia tuan haji. Siapa yang nak dekat dia kalau orang tahu." Ujar Puan Marliya dengan tangisan. Tak sangka anak gadisnya diperlakukan sebegitu lagi.

Encik Hasrul pula dalam dilemma. Dia tak tahu. Dia rasa Jayden tak bersalah. Tapi kalau benar Jayden buat anak gadisnya begitu.

"Tuan haji fikir dulu sebelum buat keputusan. Saya ikut sahaja." Akhirnya Encik Hasrul memilih untuk berada ditengah.

"Dah kita pergi pejabat agama malam ni jugak. Settlekan nikah malam ni jugak."

"Ya Allah abah percayakan Jayden bah. Jayden tak buat." Jayden teresak-esak walaupun tahu yang dia dah tak mampu untuk ubah keputusan dah. Dia tahu Haji Fairuz dah buat keputusan muktamat. Tiada apa yang mampu menukar keputusan haji Fairuz.

Malam itu merupakan malam paling malang dalam hidupnya. Gak disangka malam itu merupakan malam yang akan berakhir sebegini. Sebegini rupanya cara dia menjadi suami orang. Tak pernah dia terfikir dalam hidupnya.

???

"Apa yang kau buat ni Natasya. Aku tak sangka kau sejijik ni. Sanggup kau guna cara ni untuk memiliki aku." Luah Jayden sebaik dia berdepan dengan Natasya.

Dia tak sangka hal ini akan berlaku dalam hidup dia. Dia kecewa, tiada siapa yang mempercayainya. Haji Fairuz pun tidak mempercayainya. Sedangkan dua dah anggap mereka keluarga. Mana ada keluarga tanpa kepercayaan.

Natasya menunduk. Dia pun tak tahu. Otaknya bagai dirasuk untuk berkata begitu sebentar tadi. Dia rasa itulah satu-satunya cara untuk dia memiliki Jayden. Dia rasa terdesak. Dia taknak Jayden jadi milik orang lain. Dia tak sanggup.

"Natasya kau perempuan paling jijik aku pernah jumpa. Kenapa kau perangkap aku macam ni. Kenapa..." pasrah itu yang Jayden rasakan. Dia rasa hidup dia dah musnah dah pun. Maruahnya sebagai lelaki dipijak-pijak.

Seusai berkata Jayden terus keluar dari bilik Natasya. Dia nak masa sendirian. Jam dibelek dah pukul dua pagi. Segala urusan selasai baru sebentar tadi.

Kejadian tadi hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja. Jadi orang lain tak tahu yang mereka ditangkap khalwat. Even Haidar pon tak tahu. Tapi bagaimana mahu bagitahu orang kampung yang mereka sudah berkahwin?

Jayden melabuhkan sila di atas tangga. Kepala yang berserabut digaru kasar. Semak lemas dalam pemikiran. Entah apa yang nak jadi dengan hidup dia. Dia dah tak tahu. Dia dah penat.

"Jayden." Jayden terasa bahunya disentuh. Terus Jayden memandang Encik Hasrul yang senyum padanya.

"Pakcik."

"Apa pulak pakcik. Panggil abah, Jaydenkan dah masuk dalam keluarga abah." Encik Hasrul meletakkan tangannya diatas bahu Jayden.

"Cerita dekat abah. Apa sebenarnya yang dah jadi tadi?" Wajah menantunya dipandang. Jelas kegusaran dan keserabutan diwajah itu.

"Abah, abah percayakan Jayden kan. Jayden takkan buat semua tu. Jayden cuma masuk nak ambik apa yang abah suruh saja. Jayden tak buat benda bukan-bukan."

"Yelahkan, macam mana Tasya boleh ada dekat rumah. Kami pergi masjid sama-sama maghrib tadi." Encik Hasrul terus bangun. Lengan Jayden juga ditarik untuk mengikutnya. Ada sesuatu yang tak kena

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience