BAB 9

Romance Completed 38152

“ARMANA.” Suara lembut itu menusuk ke gegendangnya. Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Cahaya yang sedikit menyilau membuatkan matanya terkatup kembali. Sekali lagi dia mencuba. Kali ini, wajah si cantik Cantik sudah memenuhi ruang mata. Mata gadis itu sembab sekali. Menangis terluka atau menangis risaukan dirinya?

“You okey?” soal Cantik risau.

“Hhmmm…” dingin saja reaksi Armana. Semalam dia punya berusaha nak memujuk Cantik, tapi tak dihargai langsung. Hari ini biarkan saja gadis itu pula yang berusaha.

“Encik Perkasa Armana… I am so sorry.” Sebaris ayat dengan alunan yang begitu lembut sekali, sudah cukup untuk menjentik perasaan lelakinya. Dia tahu, kalau dengan Cantik, dia takkan boleh nak merajuk punya.

“Tunggu I terlantar dekat hospital macam ni, baru you nak percayakan I.” Sengaja Armana hendak menguji lagi. Bayangkan pengsan sampai terlantar di hospital pula. Gaya macam kena serang penyakit serius saja. Sedangkan… pengsan saja pun.

“Kalau I mati…” uji Armana lagi. Jelas sekali mata Cantik sudah berkaca.

“I minta maaf. I tak boleh nak control rasa marah I pada you… you pun lain macam saja semenjak beberapa minggu ni. Itu yang I fikir you dah tak suka… dah bosan layan I. Iyalah, I tak reti nak manja-manja macam perempuan tu. I tak reti nak cemburu.”

Mulut Cantik yang comel sudah tidak berhenti merungut tentang diri sendiri.

“Tapi you saja si cantik Cantik yang dapat berdampingan dengan I… InsyaAllah, hingga ke akhir hayat nanti.” Potong Armana dengan pantas apabila dilihat Cantik sudah meleret-leret dengan kata-katanya.

“Kita kahwin ya… tak nak batal-batal tunang, okey?” pinta Armana dengan penuh mengharap. Cantik sudah menarik senyuman. Buang masa rajuknya semalam sampai sembab kedua biji mata sebab menangis macam orang gila.

“You buat I terkejut saja tau.” Sungut Armana yang sudah bangkit dari pembaringan.

“You pun sama saja, siap uji-uji I pasal hal tunang tu kenapa?”

“I ingatkan you tak reti cemburu, sebab selama ni I seorang saja yang selalu cemburu tengok you berkepit dengan bos you, si Farhan.” Cantik ketawa.

“Encik Farhan tahulah, Cantik tunang dengan Perkasa.” Membulat mata Armana. Kenapa dia tak pernah tahu?

“Cantik yang cakap?” cantik mengangguk.

“Ramai saja kawan-kawan Cantik yang tahu, Perkasa tunang Cantik …” makin membulat mata Armana. Rasa macam ketinggalan zaman saja.

Seingatnya mereka bersetuju untuk maklumkan pertunangan pada kerabat terdekat saja.

“Habis kenapa masa datang office I, Cantik buat macam tak kenal… boleh saja kan beritahu Aimy, Cantik ni tunang Perkasa. Lepas tu, jual mahal bukan main. Ajak lunch tak nak, kononnya ada lunch date. Ajak date tak nak. Sampaikan orang call guna nombor Armana pun dia tak nak layan… nak juga I call pakai sim ‘tunang’ you tu.” Cantik menjeling sekilas.

“Cantik tak selesa nanti… bekerja dengan tunang sendiri, nanti tak boleh fokus. Lagipun…” meleret sedikit suara Cantik .“Macam Cantik tak tahu saja… kalau mengaku tunang dekat office tu, lagilah Perkasa nak menempel dua puluh empat jam dengan Cantik. Pasal lunch date, Cantik bukan sengajalah, memang betul ada lunch date. Yang bab call, sudahlah pagi petang Perkasa call Cantik guna working nombor, tak ada feel macam tunang langsung. Sebab tu orang tak layan!” kejujuran dari bibir Cantik membuatkan riak wajah Armana berubah rentak.

“Siapa someone special yang selalu lunch dengan Cantik?” soal Armana gopoh. Biar hari ini jelas semuanya. Cantik tersenyum nakal.

“Mama dengan papalah.” Erk! Armana tersengih kelat. Dengan mama dan papa pun dia aci redah, main cemburu saja.

“Someone special yang hantar Cantik balik rumah masa Perkasa offer nak hantar balik?” dua someone special yang begitu menggegarkan jiwanya dengan badai cemburu. Satu dah terjawab, lagi satu… takkan mama dengan papa juga kot.

“Encik Farhan.” Cantik tersengih. “Encik Farhan sengaja tak bagi Cantik balik dengan Perkasa. Saja nak mengusik sebenarnya. Cemburu ke?”

“Mana boleh tak cemburu. Cemburu bagai nak gila.”

“Tak elok kuat cemburu sangat,” nasihat Cantik ikhlas.

“Eleh… cakap orang, awak tu apa kurangnya. Sampai nak putus tunang. At least Perkasa cemburu pun, tak adalah sampai tahap tu…” perli Armana selamba. Memerah terus wajah Cantik. Makin cantik saja di melihatnya.

Tangan Armana sudah bergerak untuk mencuit gadis manis itu. Namun pantas saja Cantik mengelak. Pandangannya tajam.

“Apa? Gerakan tangan melebihi had biasa nampaknya?” Armana pula yang kena perli.

“Nak cuit saja.”

“Masih belum halal. Cuit guna hujung jari pun belum boleh dibenarkan. Harap bersabar ya Encik gagah Perkasa.”

“Baiklah Cik cantik Cantik. I tunggu satu Julai ni.” Akhirnya keduanya tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience