BAB 4

Romance Completed 38152

HILAI tawa yang berpadu dari pintu lif yang terbuka menggamit perhatian Armana. Dia baru saja hendak melangkah masuk ke dalam pejabat, terus saja membantutkan langkahnya. Tambah-tambah lagi hilai tawa itu dari suara yang amat dirinduinya. Siapa lagi kalau bukan Cik Cantik yang sungguh Cantik bagai puteri kayangan itu.

Armana yang sudah memusingkan badan terasa bagai direntap jantungnya. Melihatkan Cantik yang cantik sekali bergandingan dengan Farhan membuatkan jiwanya berdebar begitu kencang sekali. Dia cemburu. Terlalu cemburu. Bukan sebab gandingan itu saja, tetapi ditambah dengan warna sedondon yang dikenakan oleh kedua itu seolah mereka berdua merpati sejoli yang begitu serasi.

Saat wajah Cantik dan Farhan yang asyik tersenyum menyapa matanya, dia tidak mampu untuk menyembunyikan reaksi di wajah. Dia cemburu dan marah. Dan nyata senyuman manis dari bibir Cantik tidak mampu menyejukkan hatinya.

“Hai bro… lama tak jumpa.”

“Kau buat apa kat sini?” tanpa ditahan-tahan, laju soalan itu meluncur di bibir Armana.

“Amboi! Aku nak datang jumpa kawan pun tak boleh…” dahi Farhan sudah berkerut. Pelik pula dengan tingkah Armana hari ini. Selalu kalau berjumpa dengannya, akan melompat girang. Hari ini, macam nak menghalau pulang pula.

“Tak adalah… aku tanya saja. Kau pun dah lama tak datang.” Ayat cover balik. Armana tersenyum kelat.

Matanya sudah beralih pada wajah Farhan. Namun sekejap-sekejap dia mencuri pandang pada Cantik yang masih dengan senyuman manisnya di sebelah Farhan. Argh!!! Dia geram lagi.

“Kebetulan… kereta Cantik buat hal. Jadi aku pun dengan rasa bahagianya offer kan diri nak tumpangkan dia sampai sini. Dia cakap boleh naik teksi sendiri… tapi kau tahu kan, bahaya lepaskan si cantik Cantik ni naik teksi sorang-sorang… aku temankan sampai sini, rasa selamat. Hati aku pun senang.” Makin berapi saja wajah Armana mendengar jawapan dari bibir Farhan. Menyesal pula aku tanya. Nampak sangat Farhan rasa bahagia bila dapat berdua-duaan dengan Cik Cantik.

“Kau tak ada kerja ke?” sedaya boleh, Armana hendak melupuskan Farhan dari situ. Kalau tidak masa untuk berduaan dengan Cantik akan punah begitu saja. Sudahlah dia begitu ternanti-nanti saat ini. Sejak beberapa kali pertemuan mereka yang dijalankan sebelum ini, makin menggunung rasa hatinya buat Cantik.. Rasanya lebih tinggi daripada apa yang Farhan rasa. Dia boleh beri jaminan.

“Kut iya pun nak menghalau aku, janganlah terang lagi benderang macam ni. Aku ada kerja nak singgah bangunan sebelah ni.” Jawapan itu membuatkan Armana menarik senyuman secara spontan. Lega! Hatinya sudah bertempik gembira.

“Cantik … nanti dah sudah, call saya ya. Jangan nak naik teksi semua, bahaya.” Amanat tulus dari bibir Farhan sekali lagi merentap kegirangan di hati Armana.

Dia sudah menjeling ke arah yang tersenyum dan menganggukkan kepala. Argh!!! Dia geram lagi. Boleh pula kan si cantik Cantik ini memandang Farhan dengan pandangan yang istimewa sedangkan aku, si gagah perkasa ada di sebelahnya. Cemburu buta! Ah, cakaplah apa sekalipun, dia sudah malas hendak menafikan rasa hatinya.

“Seronok dapat dating dengan Encik Farhan?” sinis saja soalan Armana sebaik saja dia dan Cantik ditinggalkan berdua.

“Encik Perkasa… working hour is working hour. No personal matter.” Lembut dan tegas kata-kata dari Cantik. Hilang sudah senyuman manis yang terpamer di hadapan Farhan sejak tadi. Armana mendengus kecil. Untuk aku, dia tak nak senyum pula. Kalau untuk Farhan tu, senyum lebar bukan main.

“Dalam dua tiga hari lagi semua kerja akan mula, I akan datang pantau apa-apa yang patut. Kalau boleh Encik Perkasa kosongkan ruang yang nak digubah tu dengan seberapa segera, kalau tak makin lambat kerjanya.” Bibir Cantik serius berkata sambil tangannya mencatitkan perkara-perkara yang hendak dilaksanakannya.

Armana tidak begitu berminat untuk mengetahui tentang butiran kerja rekaan dalaman yang akan bermula dalam beberapa hari lagi. Dalam mindanya cuma ada Cantik saja. Cantik. Wajah gadis itu serius sekali mencatitkan sesuatu. Entah apa, dia tidak mahu ambil tahu.

Yang dia tahu, hanya satu. Dia hendak keluar. Sekarang juga! Dengan Cik Cantik.

“Cantik … jom!” selamba saja Armana menarik lengan Cantik yang dilitupi baju kurung moden berwarna maroon itu.

Cantik terpinga. Jom?

“Jom ke mana pula Encik Perkasa? I ada benda yang nak kena discuss dengan you ni! Kan I dah cakap… no personal matter during business hour!” sedikit tinggi nada Cantik. Namun Armana tidak peduli.

“I just don’t care. Sekarang… you ikut I.” Tanpa mempedulikan wajah Cantik yang sudah berubah riak, Armana terus saja menarik lengan gadis itu mengikuti langkahnya ke basement. Langkah terus dipanjangkan mendekati kereta Nissan Murano berwarna Super Black yang terparkir di situ. Pintu tempat duduk penumpang sudah dibukakan. Namun Cantik masih tercegat dengan wajah yang mencuka.

“Cantik … please. Masuklah.” Lembut saja Armana bersuara.

Konon hendak mencairkan hati Cantik. Dengan jelingan yang begitu tajam sekali, Cantik sudah melangkah ke dalam kereta. Belum sempat Armana hendak menutup pintu untuk Cantik, gadis tu sudah menarik pintu dan menutupnya dengan kasar sekali. Benar-benar marah Cantik pada saat ini.

Sepanjang dalam kereta, sepatah suara pun tidak terluah. Armana diam. Cantik lebih dari itu. Diam, kaku dan beku. Dia benar-benar panas hati dengan Armana pada saat ini.

“Call Farhan.” Arah Armana sepatah. Cantik buat-buat tak dengar. Nak tunjuk protes.

“Cantik … call Farhan. Nanti dia tertunggu-tunggu you pula. Call and tell him, I’ll send you back later.”

“Now you send me back to my office, I have work to do!” marah Cantik.

Sudahlah dia memang cukup pantang kalau-kalau ada yang menganggu waktu kerjanya. Nah! Sudah ada yang berjaya menaikkan darahnya untuk perkara sebegitu. Encik Perkasa Armana. Huh!

“Tak payah masuk office. Temankan I pergi jalan-jalan,” selamba saja Armana mengeluarkan arahan. Terlupa mungkin, Cantik bukanlah pekerjanya untuk dia berikan arahan gaya suka hati datuk nenek dia.

“Encik Perkasa, you’re too much! Saya nak balik office sekarang. Kalau you nak orang lain yang deal dengan you, you boleh dengan senang hatinya ajak I berjalan. Tapi ingat… starting tomorrow, orang lain yang akan sampai di office you dan bukan I.” Cantik mengugut.

Bukan boleh dilayan sangat kehendak Armana yang seperti orang kena sawan saja. Boleh pula waktu-waktu kerja, dia hendak ajak berjalan makan angin pula. Apa, dia ingat aku ini bos macam dia. Sudahlah kuli makan gaji saja. Hal periuk nasi aku pun dia nak masuk campur.

“Cantik … you ni nak melawak dengan I pun janganlah extreme sangat.” Armana cuba untuk bergurau. Tetapi hampa. Cantik tak nampak macam berlawak pandai pun. Apatah lagi lawak bodoh. Serius benar gayanya. Bimbang tak dapat melihat wajah itu untuk hari-hari seterusnya membuatkan Armana terus saja memusingkan kereta untuk menghantar Cantik ke pejabat.

Senyuman puas di bibir Cantik hanya menaburkan garam di hatinya. Sampai hati Cantik. Mengecewakan kehendak hatinya.

“Balik nanti, I datang ambil. I hantar you balik.” Sekali lagi, Armana cuba berlagak ditaktor. Dengan si cantik Cantik ini, kaedah yang digunakannya terasa susah saja.

“Tak perlu. Dah ada orang yang nanti jemput I.” Bertambah keruh wajah Armana di saat itu.

“Siapa?” soalnya tanpa bertangguh. Kenapa ada saja line yang mengacau flow perhubungan dia dan Cantik.

“Someone special, of course.” Cantik sudah tersenyum bahagia. Armana mengeluh hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience