BAB 8

Romance Completed 38152

“cantik … please. Sekali ni saja. Let me explain.” Sepi. Tiada sahutan langsung dari cantik yang sudah mengurungkan diri di dalam kamar. Armana mengagahkan juga diri untuk mengetuk pintu beberapa kali. Kalau tak selesai hari ini mahu makin kronik keadaannya.

“cantik.” Masih diam juga.

“Cantik, buka pintu ni,” suara Armana sedikit meninggi bila cantik masih beku di dalam bilik.

Akhirnya, pintu terkuak sedikit. Armana menghela nafas lega. Namun sekejap saja, seakan terhenti degupan jantungnya apabila cincin pertunangan ditinggalkan di depan pintu dan cantik kembali menguncikan diri.

“cantik … apa semua ni? Boleh bagi I cakap tak? You janganlah nak terburu-buru ambil keputusan macam ni.” Armana sudah makin cuak. Takkan putus. Tidak mungkin.

Ini tidak termasuk dalam senarai aktiviti tahunan. Putus tunang! Tak boleh. Tak sanggup!

“cantik …” suara Armana sudah berubah serak. Sedihnya kalau macam ini sudahnya.

“Armana…” bahunya ditepuk perlahan. Wajah Encik Syariff berada di sisinya.

“Cantik dah bukan cincin tunang. Dia memang nekad nak putus rasanya.” Usai saja mengucapkan sebaris ayat itu, sekali lagi pandangan Armana black out. Kejutan yang tanpa dipinta boleh membuatkannya pitam tak kira di mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience