BAB 3

Romance Completed 38152

FAIL yang tersusun elok di atas meja dicapai satu-persatu. Semuanya memerlukan pengesahan dan tandatangannya. Laju saja penanya menari dengan alunan dan rentak dari tangannya. Interkom yang berbunyi ditekan.

“Yes Aimy.” Suaranya tegas sekali.

“Encik, the interior designer is here.” Baru dia teringat, dia ada meminta Aimy menghubungi Farhan, temannya yang menjalankan syarikat rekaan dalaman untuk mengubah suai ruangan dalam pejabatnya. Mungkin saja Farhan telah menghantar salah seorang pekerjanya di situ. Teringat pula kata Farhan, pekerja yang dihantar ini antara yang paling cekap dan mantap hasilnya. Mari kita lihat saja, hebat sangatkah gerangan yang disebutkan oleh Farhan itu.

“Suruh di tunggu sekejap ya Aimy. I ada benda yang nak kena settle.” Matanya kembali ditala pada fail yang sedang ditelitinya.

Sementara itu, di luar bilik…

“Wah!!! Cantiknya you ni Cik Cantik. Boleh buat bos I tak tidur lena ni,” Aimy sudah mula memperkenalkan mulut murainya pada Cantik . Cantik tertawa saja.

“I ni biasa sajalah.”

“Biasa apanya… ini memang betul-betul bakal mencairkan hati teruna bos I tu. You tunggu sajalah… I tahu taste bos I,” mata Aimy terpegun sejenak melihat Cantik yang sedari tadi tersenyum saja.

Pandangan tiba-tiba terhenti pada jemari Cantik yang membimbit fail. Kilauan dari cincin di jari manis itu menimbulkan persoalan.

“You dah tunang ke?” nada Aimy sudah kecewa. Baru saja nak kenankan dengan bos dia.

“Yes.”

“Bertuahnya lelaki tu… melepaslah bos I,” Aimy mengeluh hampa.

“Berapa tahun bercinta Cik Cantik?” Aimy sudah menjadi wartawan Melodi pula. Mengorek-korek tentang rahsia peribadi Cantik. Cantik ketawa lagi. Senang dengan sikap Aimy yang ramah.

“Arrange by family… baru tengah belajar bercinta dengan tunang saya.” Aimy terlopong. Arrange marriage.

“Kena paksa ke?”

“Ada pulak. Sama-sama rela… tak ada yang kena paksa pun.” Tenang saja suara Cantik.

Aimy sudah memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“You tak takut ke… kalau-kalau you terjatuh cinta dengan orang lain. Contohnya… bos I yang kacak ni.” Aimy masih lagi dalam usaha mempromosi bosnya. Cantik ketawa lagi.

“Tak adanya nak jadi macam tu. Apa, kacak sangat ke bos you tu?”

“Eh… Cik Cantik, you tak tengok lagi, you jangan cakap. I warn you siap-siap… pasang penghadang dekat mata, takut you nanti tangkap cintan dengan bos I pula. Kalau jadi macam tu, I suka saja… tapi kesian dengan tunang you la.”

Interkom yang berbunyi menganggu perbualan mereka. Arahan sudah diberi untuk mengajak tetamu ke dalam bilik.

“Jom, I kenalkan you dengan bos I yang kacak bergaya, hero idaman Malaya.” Ceria suara Aimy yang sudah mengorak langkah ke pintu bilik di sebelah itu.

Fail di pegangan tangan dikatup kembali. Dia sudah bangun untuk membetulkan duduknya supaya lebih selesa. Pintu diketuk dan ditolak dari luar. Terjengul wajah Aimy dan... tergamam sudah wajahnya.

Si cantik Cantik. Inikah si hebat yang digembar-gemburkan oleh Farhan?

Wajah Aimy yang sudah tersenyum lebar tidak kelihatan di ruang mata. Fokusnya hanya pada si cantik di sebelahnya.

“Encik Armana… this is Miss Cantik …” Aimy sudah memulakan bicara.

“Cantik ,” sahut Cantik dengan suaranya yang lembut sekali. Armana menjungkitkan keningnya tanda terpesona. Aduh! Dengar suara lembut begini, boleh membuatkan hatinya cair tanpa kawalan.

“Armana.” Ringkas saja perkenalan Armana.

“Encik Perkasa Armana.” Sambung Aimy tanpa disuruh. Jegilan dari Armana tidak dipedulikan. Suka sangat setiausahanya yang seorang ini menyampaikan nama penuhnya yang tidak pernah melekat di hati.

Perkasa. Argh!!! Rasa nak menjerit saja.

Dari mana entah muncul idea mama dan papa untuk menamakan nama itu padanya. Tak pernah dibuat orang rasanya. Zaman makin moden, tapi boleh pula nama dia jadi ala-ala pelakon dalam teater klasik. Mujur saja nama papanya, Muaz. Bukan Khamis ke, Isnin ke. Cuba bayangkan, Perkasa Armana Bin Isnin… mahu kena bahan saja sepanjang zaman.

“Encik Armana… Cik Cantik ni dah bertunang, kalau you terfikir nak mengurat dia, lupakan sajalah.” Kata-kata Aimy yang tersengih nakal itu menyentakkan khayalan Armana. Aduh! Potong stim saja.

“Boleh kita mulakan sekarang?” soal Cantik.

“Oh, tentu! Aimy… make us two cup of tea. Cik Cantik … come.” Armana sudah bangun mengiringi Cantik ke sudut sofa dalam bilik itu.

Duduk mereka bertentangan antara satu sama lain membuatkan wajah cantik jelas sekali pada pandangan mata Armana. Cantik tersenyum kecil.

“Saya dah create satu design berdasarkan apa yang Encik Perkasa request pada bos saya.” Cantik memulakan penerangannya.

Berkali-kali bibir merah jambu itu memanggil Encik Perkasa yang membuatkan Armana rasa seperti kembali ke zaman silam saja.

“Call me Armana.” Sempat lagi Armana mencelah.

“Why? Saya lagi suka Perkasa.” Selamba saja Cantik menjawab dan jawapan yang membuatkan Armana menarik jelingan. Konon-konon jelingan manja. Cumanya tak kena dengan gaya saja.

“Macam mana Encik Perkasa? You suka tak dengan konsep yang saya tunjukkan ni,” nada Cantik serius sekali. Bila aura kerja yang merasuk badan, segala perkara lain seperti melayan khayalan akan ditolak tepi sama sekali. Dilihatnya wajah Armana sejak tadi seperti asyik sangat berkhayalkan sesuatu.

Ketukan di pintu membuatkan dia dan Armana mengalihkan pandangan serentak. Wajah Aimy yang tersenyum kelat muncul di antara mereka.

“Encik Armana… Cik Farah dah berulang-ulang kali call nak cakap dengan encik. I cakap encik ada discussion, dimarahnya I sampai rasa macam nak pekak dah. Kalau dia call lagi sekali, boleh encik tolong jawabkan… I tak nak jadi pekak.”

Dengusan Armana jelas kedengaran di ruang itu. Menyampah sungguh dengan sikap Farah. Gadis yang tak pernah faham bahasa. Kenal dengannya secara kebetulan saja. Tapi meminta layanan gaya macam aku ini suami dia pula. Tak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Cara halus, cara kasar, semua Armana dah guna. Tapi perempuan itu tak pernah makan saman juga. Dikacaunya sampai dia rasa nak muntah hijau saja.

“Okey… nanti sambungkan,” ucap Armana separa rela. Kesian pula bila tengok wajah Aimy yang terkulat di situ. Baru saja Aimy keluar dari bilik itu, terus telefon di meja kecil itu terpekik sekali. Dengan rasa yang sangat malas, gagang dicapai.

“Yes, you nak apa?” malas saja Armana menyoal.

“I’m sorry… I’m really busy right now… tak ada masa nak layan your call.”

Seketika dia mengiakan saja setiap patah yang keluar dari bibir Farah.

“Suka hati you lah… Assalamualaikum.” Gagang sudah diletak.

Pandangannya kembali bertaut dengan seorang yang merenungnya dengan tajam sekali. Dengan renungan yang tajam begitu, rasanya semakin tertusuk dan terpaut hatinya.

“Encik Perkasa…” serius sekali suara Cantik. Segarit senyuman pun tidak terukir di bibir.

“No personal matter while we’re discussing business here. Harap awak faham dan jangan buang masa saya dengan sia-sia.” Membulat biji mata Armana. Tidak percaya si cantik.

Cantik itu menuturkan ayat berbau amaran untuknya. Sedangkan dia adalah klien mereka. Mana boleh cakap dengan nada sebegitu. Ikutkan hati, akan di sound saja si Cantik itu. Tapi, ikutkan hati juga… tengok wajah cantik itu, tak jadi nak marah.

“I setuju dengan semua konsep yang you bentangkan ni.” Akhirnya, Armana memberikan kata putus.

Cantik menghembuskan nafas lega. Setelah hampir dua jam berbincang, baru lelaki itu meringankan mulutnya untuk bersetuju. Aduh! Cerewet juga Encik Perkasa Armana ini!

“Cantik …” gaya Armana macam nak panggil girlfriend dia saja. Dengan senyuman kacak di bibir, pandangan sudah ditala pada wajah Cantik.

“Dah lunch hour ni… lunch dengan I sekali,” pelawa Armana yang nyata tidak mahu melepaskan peluang keemasan. Cantik tersenyum.

“Sorry… I have lunch date.”

Spontan senyuman di bibir Armana mati. Lunch date? Dengan siapa? Hatinya geram. Dia menjadi cemburu. Baru saja ingat nak teruskan keramahan dengan si Cantik ini.

“Dengan siapa?” soal Armana gopoh. Cantik tersenyum lagi. Manis sangat.

“Someone special.” Armana mengetap bibir. Special sangatkah orang itu daripada aku sampaikan si cantik Cantik ini asyik tersenyum lebar hingga ke telinga.

“Jumpa lagi Encik Perkasa.” Cantik sudah berpamitan untuk mengundur diri. Dia masih ada destinasi seterusnya untuk dikunjungi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience