BAB 6

Romance Completed 38152

“MAJLIS siapa ni Encik Farhan?” soal Cantik apabila kakinya sudah melangkah ke ruang dewan itu. Terang-benderang dengan lampu di sana sini.

“You dah lupa ke… Datin yang fussy gila tu.”

“Dia?” Cantik terkejut. Huh! Mana boleh lupa kalau dapat klien yang menaikkan tekanan darahnya. Memang akan ku kenang sampai bila-bila.

“Tunang you tak kisah ke, you ikut ke majlis ni?” soal Farhan. Cantik tersenyum.

“I datang dengan bos, InsyaAllah, dia tak kisah.” Yakin saja jawapan Cantik.

“Hai… what a pleasant surprise.” Suara yang begitu dikenali menyapa Cantik dan Farhan yang sedang bergandingan bersama.

“Cik Cantik … datang berdua dengan bos?” soal Armana. Dia cemburu lagi dan lagi. Wajah Cantik yang cantik itu dipandangnya besar, kecil saja.

“Yes… and why?” potong Farhan.

“Tak ada apa… tanya pun salah ke? Aku ingatkan Cantik tak suka datang majlis-majlis makan malam macam ni… kalau tak, aku dah offer nak ajak dia jadi teman aku.” Armana menjeling sekilas pada Cantik yang tidak berganjak sedikit pun dari sisi Farhan.

“Tak apa… hari ni, Cantik jadi teman aku. Kau… seorang saja ke?” baru saja Armana hendak membuka mulut menjawab. Tiba-tiba saja lengannya dipeluk erat. Armana tersentak. Farhan merenungnya dengan pandangan tidak percaya. Cantik … merah sudah wajahnya. Tiba-tiba saja dadanya terasa dicucuk-cucuk. Sakitnya hati.

“And this is?” Farhan menyoal sinis. Rasanya dia tidak pernah mengenali perempuan yang sedang meliuk lintuk di sisi Armana pada ketika ini. Dan Armana juga, bukanlah spesies kasanova, main ikut suka hati saja keluar dengan mana-mana perempuan tak kena gaya.

“Bakal isteri Armana.” Selamba saja jawapan yang lahir dari bibir Farah membuatkan Armana menjadi sesak. Pandangan tertala pada wajah Cantik yang sudah berubah riak. Kenapa perlu ada watak seperti Farah untuk mengeruhkan keadaan yang sedia ada.

“I balik dulu.” Tanpa menunggu balasan, Cantik sudah mengatur langkah bergegas hendak keluar dari situ.

Armana merentap tangannya laju. “You, jangan melampau! I dengan you, tak ada apa-apa hubungan. Tak ada dan takkan ada pun!” tegas Armana bersuara dengan jelingan tajam yang menyiat wajah Farah. Biar kecut perut perempuan itu. Suka hati tok moyang dia saja mengaku aku bakal suami. Bila masanya aku masuk meminang. Tak ada hari!

Kakinya sudah melangkah laju hendak mengejar Cantik yang keluar secara tiba-tiba. Hatinya sudah resah. Gelisah macam ular sawa kelaparan saja.

“Cantik …” jeritan Armana tidak dipedulikan. Dia sudah berlari menuruni tangga. Dia rasa panas. Dia rasa sakit hati. Semua yang dia rasa itu buat diri Perkasa Armana.

“Cantik.” Armana sudah beriak risau. Mana tidaknya dia sendiri pun terkejut dengan kehadiran Farah secara tiba-tiba. Siap dipeluk erat lengannya dan mengeluarkan kenyataan yang tak boleh blah! Pasti saja Cantik sudah menyangka yang bukan-bukan. Lihat sajalah riak yang tertera di wajah cantik itu.

“Cantik …” suara Armana makin mendekat. Cantik melajukan langkahnya.

“Cantik … jangan salah faham okey.” Kali ini Cantik tidak mampu mengelak lagi. Armana sudah tercegat di depannya. Pandangan lelaki itu risau sekali.

“Kenapa you lari macam tu saja? I jerit-jerit panggil nama you… buat tak tahu juga. Kenapa nak marah sangat ni?” tersentap dengan soalan itu. Terus saja api kemarahan Cantik menggelegak.

“Mestilah I kena marah! Siapa perempuan tak tahu malu tu? Sesedap bantal peluk saja dia peluk you! Siap mengaku bakal isteri lagi. Huh!” luah Cantik dengan kemarahan yang meluap-luap. Nafasnya turun naik. Mengah turun tangga tak habis lagi, ditambah dengan adegan Armana dipeluk buat dia rasa celaru saja. Jiwa kacau.

“You cemburu? Kenapa pula?” Armana sudah tersenyum nakal. Seronok dapat melahirkan soalan ini buat pendengaran Cik Cantik. Wajah Cantik yang merah menyala begitu menarik pada pandangannya.

“Of course I am! You tu tunang I… perempuan tu tak tau ke, you tu bakal jadi hak I seorang dalam beberapa minggu lagi,” marah Cantik. Dia tidak mampu mengawal emosinya. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini.

Cemburu? Langsung tak pernah. Beginikah rasanya? Kalau ya… sungguh dia tak suka. Rasa macam nak pecah dada saja.

“You mengaku ke I ni tunang you? Sejak hari pertama you jejak kaki dekat office I, you lebih suka dikenali sebagai Cantik bukan berbanding dengan status tunang Perkasa Armana. Am I right Cantik?” sengaja Armana mengajukan soalan itu, hendak menguji. Wajahnya serius sekali. Sedangkan dalam hati sudah bersorak gembira. Kali pertama melihat cik Cantik cemburu. Baru dia tahu, tunangnya itu pun reti juga nak rasa cemburu. Selalunya dia saja yang diamuk rasa cemburu nak gila. Sekarang ini biar, fair and square jadinya.

“Sampai hati you tanya macam tu! You memang tak sayangkan I dah kan… sudahlah dekat dua minggu tak call I. I tunggu you call, tunggu you mesej, tapi langsung tak ada. Bila I call pula, asyik mesin saja sambut. Mesti you dah jatuh cinta dengan perempuan tu kan. Iyalah, orang cantik, seksi macam tu, siapa yang tak suka.” Cantik menghamburkan segala rasa. Air matanya sudah jatuh tumpah di pipi. Armana terkedu. Dia hendak menguji saja, tapi tak sangka sampai berlaku pertumpahan air mata pada insan yang dicintainya.

“Hei… janganlah menangis.” Pujuk Armana. Namun Cantik sudah menggeleng kepalanya laju.

“Kalau you dah tak suka dengan I, kita putus!” laju Cantik mengatur langkah meninggalkan Armana yang sudah termangu dengan ayat terakhir dari bibir Cantik. Putus? Rasa macam black out terus pandangan Armana pada tika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience