BAB 2

Romance Completed 38152

Atmosfera meriah di ruang tamu teres dua tingkat itu. Upacara berbalas pantun telah pun bermula. Anak dara terintai-intai di balik tirai. Anak teruna tercari-cari wajah si idaman hati. Suasana sungguh mempesonakan setiap hadirin di petang yang mulia ini.

“Ribu-ribu batang terpanggung,

Akan duduk batang rumbia,

Walau beribu hutangku tanggung,

Akanku pinang idaman dara,” wakil lelaki bersuara.

“Sapu tangan jatuh ke laut,

Jatuh dengan kalas-kalasnya,

Panjang tangan sahaya menyambut,

Satu tidak dengan balasnya.” Sebaik saja pantun bersambut, semua sudah menghela nafas lega. Upacara peminangan yang sudah dicapai kata putus diteruskan dengan upacara pertunangan yang dijalankan dengan penuh adat sekali.

Si gadis yang sudah dirias cantik mula dibawa turun ke ruang tamu. Cantik dan anggun dengan persalinan berwarna putih susu. Selendang dengan rona yang sama menaikkan seri pakaiannya.

“InsyaAllah… kalau diizinkan Allah, majlis pernikahan akan diadakan pada satu haribulan Julai di masjid Umar Al-Khattab.” Suara wakil perempuan berbicara. Kata sepakat dicapai. Cincin tunang tersarung indah di jari manis si pemakai. Dengan rasminya, Sari Cantik Nurlita Binti Syariff Das telah menjadi tunangan orang. Senyuman yang terukir indah di bibir mengambarkan keindahan perasaan pada ketika itu. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience