BAB 6 - Keadilan

Detective Series 367

" Weyh , kau tak rasa ke semua ni ada kena mengena dengan budak-budak yang kita bagi denda semalam tu ?" soal Eiman . Hariz yang menuam pek ais di kepalanya terhenti .Oh lupa nak bagitau , kepalanya alhamdulillah benjol selepas kena penangan baldi dari angkasa tu .

"Betul jugak eh . Kalau hari pertama pun diorang boleh buat hal , boleh jadi kes kita ni pun diorang yang buat ." ujar Hariz memikirkan kemungkinan . Haziq yang baru sahaja menukar baju memandang serius . Oh kini mereka di dalam klinik sekolah , tempat kebiasaannya mereka melepak .

"Tak guna .Dia dah malukan aku , malukan kita ." ujar Haziq menahan marah .

" Sabar , kita tak tahu lagi betul ke diorang yang buat semua ni ."ujar Zairiel tenang . Bukan tak marah , tapi dia perlukan bukti yang kukuh . Mana mungkin dia mahu menuduh melulu . .

" Tapi memang ada kemungkinan diorang buat semua ni atas sebab balas dendam apa yang kita lakukan kat diorang semalam !."kata Eiman bengang dengan sifat Zairiel .

" Kalau ya pun diorang yang buat , memang patut pun .Biar setimpal dengan hal yang kita dah buat semalam ."ujar Zairiel masih lagi dengan nada yang tenang .

"Masalahnya semalam cuma denda ! Denda je weyh tak adanya sampai jadi luka , jatuh maruah nama baik sendiri kumpulan gini !" Haziq mula naik darah .

"Cuma denda ? Kau kata cuma denda sia ? Weyh semalam kalau ikut jadual balik pukul 2 petang .Tapi diorang ? Balik nak dekat pukul 7 .Sebab apa ? Sebab denda kau yang entah bangang apa tu ! Kalau ikut rules tak ada denda kalau itu pertama kali diorang lakukan . Kau cakap memang senang je denda diorang , cuba kau pergi cuci tandas sampai berkilat baru kau rasa dengan penat lelahnya . Dan pasal maruah nama baik semua tu .Kau tak fikir ke nama baik diorang tercalar ? Dahlah itu hari pertama jejak sekolah , buat malu nama sekolah jela . Kau tak tengok ke blog sekolah ? Semua riuh pasal diorang .Tarik perhatian kitalah apalah . Korang bertiga ni tak rasa bersalah ke ? Apa je yang diorang buat ? Memang tak ada peluang ke kat diorang ? " ujar Zairiel panjang lebar .Kalau nak diikutkan mahu sahaja dia menumbuk si Haziq ni .Otak tu bengap sangat entah kenapala .

Terdiam terus ketiga-tiganya . Kalau nak diikut logik akal , memang betum setimpal dengan hal yang diorang lakukan .

" Tapi ni teruk doe ! Satu sekolah dah riuh pasal ni .Aku tak kisah , aku nak cari minah tu hati ni juga minta penjelasan ."ujar Haziq masih lagi degil sambil berlalu pergi . Zairiel hanya menggeleng kepala .

• • • • •

The Blureenz yang baru sahaja ingin menuju ke kantin terbantut langkahnya .

"Woi ! Aku tahu korang yang malukan kitorang tadi . Sekarang korang ikut aku pergi bilik disiplin " ujar Haziq menahan amarah .

" Kepala otak engkau sesuka hati pakcik kau aje nak tuduh kitorang . Kutorang tak buat apa-apalah lahanot !"ujar Dian juga menahan amarah .

"Mengaku ajelah kalau betul korang yang buat ." ujar Zairiel tenang .Selepas Haziq berlalu pergi dari klinik sekolah , semua berpakat untuk mengikut Haziq takut pula dia mengamuk .

"Korang ni nak tuduh-tuduh tanpa bukti ni asal ?" soal Asha dengan gaya tomboynya .

"Kau diam .Mengaku ajela kalau betul korang yang buat . Apa yang susah sangat ?" ujar Hariz .

"Bila masa sia kitorang buat ?" ujar Fariha . Kalau diikutkan mahu aje dibalingnya buku ditangannya itu .

" Hey , aku tahulah korang yang buat sebab nak balas dendam kat kitorang kan?"ujar Eiman bengang .Dia memang dari tadi lagi tak puas hati .

"Kepala Bahenol pakcik Nopal kau ! Tuduh-tuduh orang tanpa bukti , ceh ! Cem jahanam aje .Inilah pengawas aka hot stuff yang pelajar sekolah ACE ACADEMY ni agungkan sangat ?" bidas Shamine .

"Kau !! Kau ketua diorang kan ? Ikut aku sekarang!!" ujar Haziq sambil memegang pergelangan tangan Dian .Nasib berlapik , kalau tak naya je mamat ni kena sula .

"Aih babeng !! Aku kata aku tak buat , aku tak buatlah lahanot ! Yang semua jadi babeng sangat ni dah kenapa ? Babeng dah pupus dekat Malaysia ke hape ?" ujar Dian bengang sambil cuba melepaskan tangannya .

"Buktikan kalau kau tak buat .Masuk mahkamah sekolah jom !! Aku bagi masa seminggu untuk kau buktikan yang kau dan kawan-kawan kau tak bersalah . Kalau kau masih tak juMpa apa-apa bukti ,maknanya kau memang bersalah .Aku akan buat laporan dekat pihak atasan untuk gantung kau dan kawan-kawan kau seLama Seminggu . " cabar Haziq . Terbeliak mata mereka mendengar kata-katanya .

"Kepala hotak kau ah nak gantung kitorang .Kau siapa haa nak main gantung-gantung ni ? Gantung kat kipas baru tau ! "Ujar Asha gaya samseng cap kapak .

" Kitorang mempunyai pengaruh kuat dalam sekolah ni ."ujar Zairiel tenang .Barangkali mempersetujui cadangan Haziq . Kalau benarlah mereka tak bersalah , buktikan .

" Baik ! Aku akan buktikan yang kitorang tak bersalah !"ujar Dian serius . Haziq memandangnya tajam .

"Sekarang , lepaslah tangan aku babeng .Kebas tahu tak ? Tak payah buat drama sini .Bagi penampar kang naya aje hidup berbelas tahun atas muka bumi ni ." ujar Dian geram .Haziq yang baru menyedarinya melepaskan pegangan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience