BAB 1 - The Gold Prince

Detective Series 367

Empat orang jejaka yang dinantikan pelajar perempuan di ACE HIGHSCHOOL akhirnya tiba di perkarangan sekolah tersebut.Masing-masing menaiki kereta walhal tinggal serumah.Dengan penuh bergaya,mereka berjalan tanpa menghiraukan jeritan penuh kegedikan pelajar lain.

"Oh My God!!The Gold Prince!!" jerit seorang gadis bagaikan histeria.

"Awww.Baru sebulan setengah kita tak jumpa,The Gold Prince makin handsomelaaa!!" jerit seorang lagi gadis.

"Handsomenya Hariz!Hariz aku punya eh!"

"Eleh,kau ambillah Hariz tu,aku nak Haziq!!!Cool gilerr doe!!"

"Euw,tapi Eiman lagi handsome!"

"Zairiel lagilah.Sudahla baik,sopan pula tu!!Ada ciri-ciri bakal menantu mak aku!"

"The Gold Prince!!We love you!!"

Semua kata-kata yang dilontarkan sedikitpun tidak mampu untuk menarik perhatian The Gold Prince.

Tiba-tiba,datang seorang pelajar perempuan yang amat dikenali pelajar sekolah itu.The Gold Prince memandangnya penuh menyampah. Menyampah macam sampah doe . Kau apa tau ?

Gadis itu tanpa rasa malunya meluru ke arah The Gold Prince kemudiannya lantas memeluk Haziq.Semua yang berada di situ agak terkejut dengan tindakan tersebut. Suasana sunyi menyepi buat beberapa detik . Cengkerik yang entah datang dari mana mula berbunyi memainkan peranannya .

"Baby,you tak rindukan I ke?" kata gadis itu penuh manja.Badannya sengaja dilentok-lentok.Rambutnya dipintal-pintal di dada bidang Shahrin. Kau tahu sotong ? Masalahnya dia lagi lembik dari sotong . Macam jelly au . Sekali tengok meremang anak tekak .

"Baik kau lepaskan aku, Elly!" Haziq ketap gigi.Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.Tanggannya digenggam.Gadis itu lansung tidak menghiraukannya. Biasalah , drama memang begini .

Ahli The Gold Prince yang lain hanya memandangnya tajam. Hariz menolak tubuh Elly hingga terjatuh. Elly mengerang kesakitan.Ahli yang lain sudah tersenyum mengejek .Langkah diatur ke arah gadis yang sedang memegang lututnya yang berdarah.Rambut Elly ditarik dengan kuat. Elly meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lain kali,jangan cari pasal dengan aku kalau masih nak hidup lama lagi atas bumi ni." sinis dia berkata sebelum beredar bersama rakannya yang lain. Sempat lagi ditawakan gadis itu . Padan muka !

*****

The Gold Prince's POV

"Cepatlah sikit !Jalan terhegeh-hegeh macam siput babi! Siput babi lagi laju .Dah tahu lagi lima minit perhimpunan nak start masih lagi berjalan berlenggang-lenggok!!" kata Haziq pada seorang gadis yang dari tadi tersenyum-senyum memandangnya.Gadis itu mengetap gigi.Dihentaknya kaki sebelum dengan pantas memasuki perkarangan sekolah.

Pengawas perempuan yang berada dihadapannya dirempuh tanpa signal. Hariz hanya tergeleng-geleng. Kalau diikutkan hati , mahu dihempuknya kepala gadis itu dengan bata tepi pagar sekolahnya itu . Eh jap , acamne boleh ada bata kat situ ? Ok abaikan . HA HA HAMBAR LA AUTHOR .

" Fara,lepas loceng bunyi tulis nama diorang eh.Kalau yang tak nak bagi nama tu,bagitau je Hariz .Eiman,kau tolong teman aku check dekat tempat motor kejap.Zairiel kau kawal dekat luar.Yang mana datang lewat nanti minta kunci motor lepastu tulis nombor plat. Lepastu bagi aku ." Tegas Hariz memberi arahan.Yang lain hanya mengangguk.

Masing-masing sibuk melakukan tugas yang diberi.

End of The Gold Prince's POV

*****

The Blureenz's POV

"Weyh,cepatlah sikit! Lagi lima minit ni nak bunyi loceng!! Dah ah hari ni first day doe !" kata Fariha gelabah.Dia yang sedang membonceng motorsikal berkuasa tinggi milik Dian menepuk bahu sahabatnya itu.

"Sabarlah Fariha oi!Nak cepat sangat kita pecutlah!" kata Dian.Shamine dan Asha yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi masing-masing mengangguk.Hanya Fariha sahaja yang tidak menunggang motorsikal kerana motorsikalnya masih lagi dibengkel.

Vroom...Vroom...

"PECUT!!!!" jerit Dian lantang.

"IBUUU !!!! FARIHA TAKNAK MATI LAGIII " jerit Fariha .Almaklumlah , kalau tadi dia tak sempat memegang baju Dian alamatnya melayanglah dia .

Traffic light yang baru sahaja berubah warna ke merah hanya diredah tanpa berhenti.Inilah manusia.Bila lampu sudah hijau buat lengah-lengah nak jalan.Bila dah merah laju je dipecutnya.Haish,mohon jangan tiru aksi ini. Aksi ini hanya dibenarkan di dalam novel ini sahaja  .

End of The Blureenz's POV

*****
"

Tinggal lagi seminit.Kalini diorang takkan terlepas dari aku!" kata Zairiel yang mengawal diluar.Haziq hanya mendiamkan diri.

"10 seconds from now!!"kata Haziq serius.

"Ten...nine...eight...seven...six...five...four...three...two...o-"belum habis Zairiel mengira tiba-tiba kedengaran motorsikal yang tidak menyenangkan.

Vroom.. Vroom..

Tiga buah motorsikal berkuasa tinggi memasuki perkarangan sekolah.

Kringgg...

Tepat pada masanya.Empat orang gadis yang datang menaiki motorsikal berkuasa tinggi itu hanya tersenyum.Shamine sengaja mengangkat sebelah keningnya pada Eiman yang melihatnya sambil ternganga.Asha pula menjeling Hariz yang memandangnya tajam.Hariz hanya mengetap gigi.Dian yang terasa dirinya dipandang tajam oleh Haziq sengaja mengenyitkan mata.Haziq kelihatan menahan marah .Manakala Fariha hanya memandang polos apabila terlihat Zairiel yang tidak lepas memandangnya.Seram seh... Tapi lagi seram bila si Fariha buat muka suci macam takde kesalahan tu . Aihlah , memang nasib The Blureenz dapat ahli gitu .

Asha hanya tersenyum sinis.Dari bibir Asha,sempat empat jejaka itu menangkap satu perkataan.

" SEMPAT!"

Empat jejaka itu hanya menahan rasa geram.Manakala empat gadis itu hanya membiarkan sahaja.

"Hei!!!Korang berempat!!Berhenti disitu sekarang!!" kata Haziq tegas.The Blureenz hanya membiarkan arahan itu menyepi. Dian,Asha,Shamine dan Fariha berlalu pergi tanpa beralih ke arah empat jejaka itu.Pengawas perempuan yang bertugas bersama-sama mereka agak terkejut dengan tindakan The Blureenz. Mana mungkin pelajar sekolah ini ingkar akan arahan The Gold Prince. Mahu menempah mautlah alamatnya! Ini kes memang tak tahu ke , buat tak tahu ke , atau memang sengaja cari pasal sebab nak jumpa The Gold Prince ? Hariz hanya menggenggam penumbuk.

"Gila ah diorang berempat tu!!Sengaja cari pasal dengan kita!!" kata Eimam geram.

"Aku dapat tahu siapa diorang memang kena ah!!"Hariz masih lagi bengang.Zairiel hanya mendiamkan diri.Manakala Haziq pula masih tidak surut rasa amarahnya. Kalau boleh tu mahu sahaja dia kejar gadis -gadis tu . Tetapi memikirkan reputasinya kerana mengejar gadis lantas dibatalkan niat .

" Tunggu aje apa yang aku akan buat ." ujar Haziq bersama senyuman sinis .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience