P R O L O G

Detective Series 383

"Guys,esok tahun baru.Esok last day kita bersuka ria.Lusa dah sekolah.Huwaa!!Tak nak pergi sekolah!!" rungut Asha.Teddy Bear besar yang ada di sisinya diambil kemudian dipeluknya.Wajahnya disembamkan pada kepala teddy bear itu. Teddy Bear kesayangan uolz .Ececeh , rindu si pemberi lah tu .

"Itula,sudahla tahun ini kita SPM.Then,kita ni dah pindah sekolah baru.Aku tak nak!!"rungut Shamine pula sambil menghentak-hentak remort tv.Tanpa sengaja butang off ditekan.Fariha yang sedang menonton drama memandangnya tajam. Setajam cinta Shamine pada Afiq , si sotong yang pernah dia couple .Auch !

" Ada lagi tiga bulan setengah kita stay sama-sama.Then,masing-masing tinggal dengan parents fokus untuk SPM.Haishh,sedihnya!"kata Fariha pula.Bibirnya sengaja dimuncungkan menandakan dia tidak suka.Sekali pandang macam itik siot . Panjang muncung dia tu Ya Rabbi , menunjukkan dia betul -betul tak suka dengan cadangan yang ibu bapanya beri . Aih sedih .Masing-masing mengeluh.

Tiba-tiba...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Dian yang 'menelaah' telefon bimbitnya secara spontan ketawa kuat.Asha,Shamine dan Fariha memandang pelik. Gila ke tak pelik siot ? Malam - malam buta gelak mengalahkan kak ponti , siapa aje yang tak pelik ?

"Kau asal beb?Dah kena sampuk ke?"soal Shamine serius. Teddy bear milik Asha tadi diambil kemudian dihempuk-hempuk atas kepala Dian . Sambil itu ,mulutnya terkumat - kamit membaca sesuatu mantera .

" Woi woi !! Tolong aku !! Sesak nafas lahanot !! " ujar Dian meminta tolong . Hampir semput dibuatnya apabila setiap kali dia mahu bersuara mukanya 'ditelekup' dengan patung berbulu itu . Sudahlah dah bertahun tak basuh . Boleh pengsan baunya . Asha dan Fariha berura - ura menolongnya .

" Maaf , maaf tak sengaja doe . Aku fikir kau kena sampuk bebetul .Kau ah ni tetiba gelak . " ujar Shamine .

" Entah dia ni.Orang sedih,dia boleh pula gelak."kata Asha tak puas hati.

"Tahula dia tu jenis mudah terhibur.Gelak macam tercekik halkum doe ."Fariha hanya tergeleng-geleng.

" Aku tampar kau jap agi Fariha .Aku mana ada halkum ."ujar Dian serius sebelum menyambung .
"

Korang cuba baca ni.'SESIAPA YANG MASUK TANDAS PUKUL 11:59 MALAM INI DIANGGARKAN KELUAR TAHUN DEPAN'"kata Dian kemudiannya ketawa.Sejenak ruang tamu itu sunyi menyepi sebelum ...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"

Asha,Shamine dan Fariha turut ketawa berdekah-dekah.  Ada yang sempat mengelap air mata .

"Apak ah siottt .. Jap agi kita cuba sama - sama ..HAHAHAHAHA "ujar Asha masih lagi dengan ketawanya .

"Sekejap!Kenapa keluar tandas tahun depan?" soal Fariha polos.Terus terhenti ketawa mereka.

Suasana senyap seketika.Cengkerik pun berbunyi bagi mengisi kesunyian di ruang tamu itu. Entahlah dey , author pun tak tahu dari mana cengkerik tu muncul .

"Serius kau tak tahu ke beb?" soal Shamine.Fariha hanya menggaru kepalanya seraya menggeleng.Shamine dan Dian hanya berpandangan.

"Then,kau gelak asal?" soal Asha pula.

"Dah korang gelak,aku gelaklah.Satu geng kan!" kata Fariha bengang.

"SUBHANALLAH!" kata mereka bertiga serentak.Serentak dengan itu juga masing-masing menepuk dahi.

"Oh My God!Jangan kata kalau kita masuk tandas pukul 11:59 malam nanti,kita akan terperangkap sampai tahun depan!365 hari kita terperangkap??" kata Fariha spontan memeluk tubuh.Yang lain hanya menepuk dahi.Ya Allah,kenapa polos sangat minah ni? Dian memandang Fariha tajam . Rasa macam nak sumbat teddy bear tu dalam mulut Fariha biar pengsan seminggu .

"Fariha sayangku .....Esok hari apa?" soal Dian.

"Oh,esok hari Isnin.Tapi esok kita cuti sekolah sebab tahun baru." kata Fariha dengan polosnya.

"Tak tak!Esok dah jadi tahun apa,Fariha?" soal Dian lagi.Dengan Fariha yang agak polos harus menerangkan satu persatu perkara dengan lebih terperinci dan lebih  tepat.Kalau tidak,beginilah jadinya.Sukar benar ingin memahami. Mahu sahaja dia menerangkan dari awal hingga akhir peristiwa 'Siapa bla bla bla' itu namun takut nanti dia tetap tidak memahaminya .

"Esok tahun barulah!Tahun 2019!Kenapa pula kau tanya ni,Dian?"

"Okey,harini masih tahun apa?"soalnya lagi.

" Ya Allah,tahun 2018 lah.Takkanlah tahun 2020 kut."

"Okey,situasinya begini.Harini 31 Desember 2018,kau masuk tandas pukul 11:59 malam nanti.Kau duduk dalam tandas seminit then kau keluar balik.Kau keluar hari apa?Tahun apa?Tarikh apa?"terang Dian satu persatu.

"Oh!Aku akan keluar hari Isnin,1 Januari tahun 2019.Ooo,dah faham!HAHAHAHAHAH"ketawa Fariha.Yang  lain hanya memandangnya tajam sambil menggelengkan kepala.

" Woi gelak ah sama ! Kata satu geng ! HAHAHAHAHAHAHAHAHA"ujar Fariha kemudian menyambung ketawa .Dian hanya menjeling .

"HAHAHAHAHA HAMBAR LA FARIHA OI !" ujar Shamine .

"Pandai kau tu simpan sikit,beb!"perli Asha.Fariha hanya tersengih seperti kerang wangi .

?????

"Weh,jom keluar nak?Aku bosan la duduk rumah."kata Eiman yang dilanda kebosanan.

"Ala.Relax ah bro.Dok rumahla.Aku malas nak keluar."kata Zairiel yang sedang menonton boxing.Pakaiannya kelihatan santai tika itu.Almaklumlah,dekat rumah tu ada siapa aje?Geng diorang juga!

"Jomlah!"

"Tak nak!"

"Jomlah baby..."

"Eee,tak nak!!Geli siot dengan kau ni.Aku bukan Gay eh!Dah pergi sana.Shuh shuh."halau Zairiel.Serius meremang bulu roma kalau melayan sikap Megat Farish Eiman itu. Gelinya tak boleh nak cerita .

"Alaa..Jomlah weii."

"Aku kata tak nak en!"

"Korang berdua boleh diam tak?Aku nak tengok cerita ni pun tak boleh.Hingar lebih!!"marah Haziq,sahabat mereka yang agak tegas dan baran.Dengan dia ni,24/7 jam serius memanjang.Entah apalah nak jadi.Annoying pula tu. Menyampah macam sampah uolz .

"Yalah!Kitorang diam.Kau ni serius je memanjang!"kata mereka berdua serentak.

"Eh,Hariz mana?Tak nampak pun.Selalunya ada je join kita tengok tv."tanya Eiman secara tiba-tiba.Haziq hanya menaikkan bahu.Zairiel lansung tidak menghiraukan soalan tersebut.Begitu asyik melihat boxing.

"Haachuum!!"semua yang sedang asyik menonton tv beralih ke arah suara yang bersin tadi.

"Eh,Riz!Kau kenapa hidung merah ni?"soal Zairielyang melihat sahabatnya asyik bersin sedari tadi.

"Aku-aacuum!!!tertidur dalam bilik air tadi-Haachuum!Sebab tu bersin tak henti-henti ni."kata Tengku Hariz Danial kemudian bersin lagi.Yang lain hanya menepuk dahi kecuali Haziq.Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Oh ya!Hariz atau nama panjangnya Tengku Hariz Danial adalah salah seorang rakan mereka yang agak sweet talker.Senang cakap playboy lah! Setakat ni entah dah berapa gadis dia couple .

"Ya Allah!Kau buat apa je dalam bilik air sampai tertidur haa?"soal Eiman.Dahinya berkerut-kerut memikirkan segala kemungkinan sahabatnya itu.

"Kau ni berak tai* keras ke apa? Sembelit ke siot?"kata Eiman membuat andaian sendiri.Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.

"Haishh,mulut tu cover sikit,bro!Otak tu takde skru ke apa?Aku penat au dari tadi lagi asyik keluar date dengan minah-minah pengikis duit aku tu.Sekarang aku dah balik,cadang nak mandilah.Lepastu entah kenapa penat sangat sampai aku tertidur dalam tab mandi!"ceritanya panjang lebar.Yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Riz,bodoh kau tu simpan sikit boleh tak?Ni kalau aku bagitahu kat fans kau perangai sebenar kau,kau rasa apa tanggapan diorang tentang  THE GOLD PRINCE?Bukan setakat nama kau,nama kami pun tercalit kotoran tau!!Habis calar nama aku!"kata Haziq sambil memandangnya tajam.Yang lain hanya mengiyakan.

"Eh,dahlah woi!Bukannya nak suruh aku berehat ke,makan ubat ke apa?Boleh pula bebel lagi.Nanti aku kerat mulut kau bagi anjing makan baru kau tahu!"kata Hariz seraya berlalu pergi.Haziq hanya menjeling.

"Aku rasa anjing pun tak berani makan mulut dia yang mengalahkan machine gun.Dengan perangai mengalahkan setan. Setan pun tak begitu .Baran dia tu setan pun angkat kain boleh lari ."bisik Eiman pada Zairiel.Kedua-duanya ketawa mengekek namun masih di dalam nada yang terkawal.Tanpa disangka dia sedari tadi memasang telinga.

"Aku dengar woi!!"

Maka bermulalah sesi kejar-mengejar acah Dilwale di ruang tamu rumah tersebut.Segala barangan di situ entah tercampak ke mana. Biarkan sahaja mereka meneruskan drama . Rumah tu jap agi diorang gak yang kemas kikiki.

°°°°°

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience