BAB 10 - Dikawal

Detective Series 383

Dua hari sudah 'menjelang' dari peristiwa prank itu . Hari di mana mereka mengikut The Gold Prince , mereka telahpun di denda .Dan sekali lagi , selepas kejadian itu , mereka telah mengenakan Cikgu Dayang , iaitu penolong Sir Kor kerana telah mendenda mereka .Namun kali ni lebih dasyat . Mereka telahpun 'mandikan' guru itu dengan air longkang yang dicampur telur busuk . Mahu menggantung mereka selama seminggu ? Duh , pengetua sendiri tak mampu memandangkan ibu bapa mereka berempat juga mempunyai pengaruh yang besar di sekolah itu yang tiada siapa pun yang tahu .

Tanpa disangka hal mengenai prank itu telah menggemparkan sekolah tersebut . Berita pasal 'keberanian' mereka mengenakan guru-guru disiplin kini tular di blog/board sekolah , Whatsapp , malah di media sosial seperti Instagram dan Twitter .Tak sangka mereka berempat kini makin popular di sekolah . Sehinggakan guru-guru di sekolah tersebut turut pening memikirkan hal mereka . Dan kini , berdirinya mereka di bilik kaunseling yang bagaikan milik mesyuarat ini adalah untuk membincangkan tindakan yang telah guru-guru tetapkan pada The Blureenz . Tak lupa juga empat jejaka itu turut berada di situ .

"Saya dah bincang pasal ni bersama guru yang lain ." ujar pengetua perempuan mereka yang sudah berumur itu . The Blureenz hanya mendengar bosan . Ada di antara mereka menguap mendengar bebelan guru itu .

"Saya nak empat orang pengawas yang dikenali di sekolah ini untuk membimbing , mengawal dan menghalang segala tindakan kamu berempat . Gerak - geri kamu , akademik kamu , kokurikulum kamu , segala aktiviti kamu akan diperhati oleh Haziq serta yang lain-lain ." ujar guru itu lagi . Mata yang tadi kian tertutup mula terbuka luas .Segar terus apabila mendengar tiap bait yang keluar dari mulutnya .

"APA !?! "jerit The Blureenz lantang .Terkejut barangkali . Guru itu hanya tersenyum tenang .

" KITORANG TAK NAK !! "ujar gadis berempat itu serentak .The Gold Prince hanya menjeling . Dalam diam , mereka menyimpan senyum . Bolehlah mereka mengawal malah membuli The Blureenz .

" Saya tak minta persetujuan kamu berempat . Lagipun saya sudah maklumlakn ibu bapa kamu berempat tentang hal ini . Jadi , mulai sekarang , tindakan kamu akan di kawal oleh 'mentor' kamu . Boleh ,kan ?."ujar pengetua itu tenang . Asha hanya menjeling manakala Dian hanya mengeluh .Shamine dan Fariha hanya menunduk

"Macam yang puan kata , kitorang tak boleh nak bantah sebab puan bukan tanya persetujuan kitorang .Jadi , apa aje kitorang boleh buat ?" ujar Dian mengatur kata .Berat untuk meluahkan setiap bait perkataan itu .

"Baiklah . Kamu berempat boleh keluar sekarang . Haziq , Hariz , Zairiel dan Eiman tunggu sini . "ujar perempuan tua itu .The Blureenz mematuhi kata-katanya seraya berlalu pergi .

'Tindakan kitorang dikawal tak bermaksud kitorang tak boleh buat apa-apa .Dan tu juga tak bermaksud The Gold Prince mampu mengarahkan kitorabg malah membuli . Tunggu apa yang aku nak buat nanti .'monolog Dian .

• • • • •

" Adeh , macam mana ni sia ? Segala pergerakan dan aktiviti kita dikawal oleh mamat-mamat poyo tu ? Susah lah gini .Nak buat apa-apa pun tak boleh dah !"rengus Shamine kegeraman .

"Itula .Kang kalau diorang buli kita , tak pasal - pasal jatuh standard The Blureenz .Adeh , macam-macam la pengetua tu pun .Alaa , sekali - sekala nak buat jahat apa salahnya ?" ujar Fariha tidak puas hati .

"Tenang guys . Mengawal pergerakan kita , mengikut arah diorang tak bermaksud dengan mudahnya kita dibuli . Benda boleh tentang , buat apa nak takut ?" ujar Dian selamba .

"Masalahnya diorang ada hak doe nak mengarah kita . Mentang-mentang lah jadi mentor kita , terus nak buat gitu ." kata Asha pula memuntahkan segala isi hatinya .Dian hanya mengeluh .Jujurnya Dian juga buntu memikirkan hal itu .

"Entahlah doe .Apa boleh buat ? Benda dah ditetapkan .Dah takboleh diubah ." ujar Dian bersama keluhan berat .Yang lain hanya mendiamkan diri .Memikirkan masa depan mereka 'bersama' The Gold Prince .

• • • • •

The Gold Prince ralit berketawa . Tak ketinggalan juga Haziq yang ketawa sinis .Mereka awal-awal lagi memikirkan hal untuk di'arah'kan pada The Blureenz nanti . Mereka kini di tempat lepak mereka , iaitu sebuah stor kecil di tepi padang .

"Serius , aku tak sangka doe .Akhirnya !! Boleh juga kita kawal pergerakan diorang yang macam setan tu ." kata Eiman sambil ketawa . Zairiel hanya tersenyum nipis .

"Aih , kalahlah diorang dengan kita semua . Tak sabar aku nak buli . Eh , silap .Tak sabar nak aku nak 'arah' diorang .Almaklumlah , memang tanggungjawab kita sebagai mentor ." ujar Hariz pula sambil ketawa.Dari pertama kali dia bertemu empat mata dengan Asha , gadis yang menjengkelkan itu , terus timbul perasaan benci dalam dirinya .Manalah tidak , setiap kali bertemu , pasti ada aje perkara menjengkelkan yang gadis itu akan buat . Menyampah dia rasa .

"Tunggulah diorang berempat . " kata Haziq ringkas namun padat dengan makna yang tersirat .

"No comment .Janji bolehlah tundukkan diorang tu ." kata Zairiel pula .Masing-masing tidak sabar menanti The Blureenz pada hari esoknya untuk dibuli .

° ° ° ° °

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience