BAB 9 - CerKODOK

Detective Series 367

Susuk tubuh lelaki itu memasuki bilik guru .Entah mengapa hari ini dia rajin benar ke situ .Selalunya dia lepak di biliknya sahaja .

Kaki diatur ke arah mejanya . Kelihatan sebuah bekal di atas mejanya .Dia memandang pelik . Terselit nota di bawah bekas itu .

Ni ada sedikit kuih masakan melayu yang dipanggil cerKODOK untuk awak !

Katrina .

Terukir senyuman di bibirnya .Siapa aje tak kenal Katrina ? Guru perempuan melayu yang termuda di sekolah itu ? Ramai guru lelaki yang cuba menguratnya namun dia buat tak endah sahaja .

Punggung dilabuhkaj di kerusi sebelum dengan rasa gembiranya dia membuka bekal itu . Terkejut dia apabila beberapa ekor binatang yang berwarna hijau keluar melompat ke arah mukanya . Ada yang melompat di tangannya .

"ARGHHHHHH ! KODOK !! "Jerit guru lelaki itu lantang sekali . Dia cuba untuk bangun dari kerusi itu namun tidak boleh .Barulah dia tahu dia sudah diknakan .Dadanya diurut beberapa kali .

Suara jeritannya yang lantang tadi telahpun membuatkan ahli The Gold Prince memasuki bilik guru itu untuk melihat apa yang telah berlaku . Mata mereka terbuntang melihat beberapa ekor kodok melompat ke sana sini .Paling tak boleh tahan ada yang melompat di atas kepala guru itu .Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing rahang mereka jatuh apabila mendapati guru lelaki itu pengsan .

• • • • •

"Dalam masa 10 saat , dia comfirm menjerit ." kata Asha bersama tawanya .

"10 ... 9 .... 8 ..... 7 ..... 6 .... " Fariha mula mengira .

" 5 .... 4 .... 3 .... 2 .... " Shamine turut mengira .

"ARGHHHH !!! KODOK !! " Fuh , bergegar bangunan . Kelihatan semua ahli The Gold Prince memasuki bilik guru .Manakala The Blureenz ...

"HAHAHAHAHAHAHAHAJA Cayalah ! Siapa suruh tahan kitorang lelama sangat ? " dekah Dian diikuti yang lain .

"Itulah pasal .Siapa suruh tak percaya kita ? HAHAHAHAHAHA" ujar Asha bersama tawanya .

"Itula .. Salah ke nak pertahankan diri ? Dah diorang tu menggatal sangat .Haa padan muka ! HAHAHAHAHAHA " kata Shamine . Yang lain hanya mengekek ketawa .

"Itu baru sikit kita buat .Dah menjerit macam nak runtuh bangunan HAHAHAHAHAHA ." kata Fariha .Tawanya makin menjadi-jadi .

"Dah jom blah sebelum diorang tangkap kita ." ujar Dian seraya berlalu pergi diikuti yang lain .

• • • • •

Kelihatan The Gold Prince menghalang laluan The Blureenz yang ingin pulang itu . Gadis berempat itu mula naik berang .

"Aku tahu korang yang buat Sir Kor jadi macam tu kan ? Korang yang buat prank tu kan ?" ujar Haziq kegeraman .Dian hanya merengus kasar .

"Kepala hotak engkau ! Kitorang buat apa pula ? Prank amende pulak ni ?"kata Dian sambil memicit dahi .Yang lain pula hanya mengerutkan dahi . Kononnya acah 'dunno' gitu .

" Korang tak payah berselindunglah ! Haziq dah hack balik cctv dalam bilik guru tu .Kami nampak apa korang telah buat . "ujar Hariz serius atanya menikam anak mata Asha .

" Wah Wah Wah ! Pandai-pandai aje korang nak tuduh kitorang . Kitorang tak tahu apa-apa lah ! "Ujar Asha sedikit berang .Sengaja untuk menambah lakonan .

" Tak perlu nak tipu boleh tak ? Bukti dah ada depan matalah !"buat pertama kalinya , Zairiel naik berang namun masih cuba dikawalnya .

"Eee , kitorang mana ada buat apa-apa lah !!" kini giliran Fatiha pula menidakkan .Zairiel hanya menggeleng sambil mengukir senyuman sinis .

"Kau nak bukti sangat ,kan ? Haa kejap biar aku yang tunjuk ." ujar Eiman .Telefon pintar miliknya dibelek beberapa saat kemudian ditunjukkan pada The Blureenz .Terpapar satu video yang membuat ke semua ahli The Blureenz terkesima . Dian dan Asha cuba sedaya-upaya untuk menutup kesalahan mereka .

"Duh korang ni ! Panjang umur pendek akal betullah ! Korang tengok bebetul video tu !" kata Dian sambil memfokuskan pandangan pada telefon pintar milik Zairiel .

"Video tu dia tunjukkan empat orang perempuan .Tapi tengoklah ? Muka orang tu kabur . Dan sekarang korang nak tuduh kitorang yang buat ? Hello !! Belum kukuh lagi korang punya bukti .Entah-entah tu perempuan lain tiba-tiba nak tuduh kitorang pula !"ujar Asha pula .Hariz hanya memutarkan anak matanya .Sudah terkantoi masih lagi nak tipu .

" Argh , tak payah nak berselindung .Sekarang ikut aku jumpa Cikgu Dayang . SEKARANG !"ujar Haziq tegas . Cikgu Dayang adalah penolong guru disiplin aka Sir Kor .

"KITORANG TAK BUAT APA-APA PUN LAH !" jerit Dian lantang .

"Aku tak kisah korang buat ke tidak .Ikut kitorang sebelum kitorang denda korang atas sebab melanggar arahan pengawas ." kata Hariz bersama pandangan yang tajam .

"Fine !" kata Asha sambil memandang Hariz tajam .Mereka berempat pun membontoti setiap langkah The Gold Prince . Entah apalah nasib mereka berempat nanti .

° ° ° ° °

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience