BAB 3 - Denda

Detective Series 367

"Tengku Dian Alexandra,Tengku Asha Qayrina,Puteri Alisya Shamine,Syarifah Qaseh Fariha!"

"Korang berempat didenda kerana telah melanggar peraturan sekolah."ujar Haziq selamba namun dengan nada yang tegas.Dian yang berada dihadapannya dipandang tajam.

"Ewah,ewah!!Kepala tengkorak engkau nak denda kitorang!Korang siapa haa yang nak memberi arahan kat kitorang sesuka hati?!"kata Dian marah.Haziq dipandangnya setajam-tajam pisau belati.Lengan bajunya sengaja disinsing.Fuh,nasib dia sudah pakai sarung tangan. Almaklumlah , walaupun The Blureenz adalah troublemakers , namun begitu mereka sangat menitik beratkan soal agama .

"Entah mamat-mamat ni.Salam apa pun tak bagi,datang pun tak diundang,tetiba kata 'korang berempat didenda bla bla bla'Sesuka hati je nak denda kita.Kita tak buat salah apa-apa pun!"kata Shamine pula.Sengaja dia ajuk kembali kata-kata Haziq bersama memek muka yang tersangatlah....Hodoh? Hohoho . Sengja mencari pasal .

"Kitorang ni pengawas.Kitorang ada hak nak denda korang sebab korang telah melanggar peraturan sekolah!"ujar Zairiel.

"Banyak kesalahan yang korang dah lakukan hari ini.Yang pertama,memasuki perkarangan sekolah bersama motorsikal selepas pukul 7:25 pagi.Yang kedua,tidak mendengar arahan dari beberapa orang pengawas yang berjawatan tinggi di sekolah ini.Yang ketiga,tidak meletakkan motorsikal di lot parking motorsikal yang disediakan.Yang keempat,masing-masing tidak memakai tanda nama atau ID pelajar."kata Hariz.Matanya menikam anak mata Asha.Asha membalas pandangan tersebut dengan pandangan yang lebih tajam.

"Hoi pak cik!Kitorang tak tahu lansung peraturan sekolah ni ada pula dikatanya nak kena letak motor kat luar selepas pukul 7:25.Yang kedua,kitorang tak tahu pun korang ni pengawas berjawatan tinggi kat dalam sekolah ni!Hello Encik Poyo!!Pleaselah!Jadilah manusia yang bijak dan matang sikit.Fikir kitorang ni ada masa ke nak kerling ID pelajar korang semata-mata nak tengok jawatan apa yang korang pegang dalam sekolah ni?Yang ketiga,kitorang berempat tak tahu pun,lot parking motorsikal dekat mana.So,apa masalahnya kalau kitorang letak je motorsikal kitorang dekat sebelah kereta tu.Kau tengok parking tu,ada dia tulis 'FOR CAR ONLY' ke kat situ??Takde kan??Haa,sekarang tengok muka aku pula.Ada nampak muka aku ni macam aku kisah ke kalau ya pon memang ada dia tulis kat situ hanya untuk kereta je.Tak,kann??Aku lansung tak kisah!Yang keempat,woii pak cik,kitorang ni budak barulah!Memang takde lah nametag dengan ID pelajar!!Biar ajela,Encik Mustafa pon tak kesah pasal hal ni yang korang beriya sangat kenapa??Korang kisah apa doe?"bidas Asha pada Hariz dan rakan-rakannya.Setapak demi setapak dia mara ke hadapan sehinggalah Hariz terpaksa berundur.Haish,dramaaaaa sangattt!

"Woi minah-minah tepung gandum sekalian!!Kau dengan kawan-kawan kau ni mesti tak baca buku peraturan kan??Sudah berterang dalam bilik yang bercahaya lagikan bersuluh dengan lampu picit minyak tanah,dah memang ada dalam buku peraturan sekolah di halaman 20 tertera pada nombor 87 ada tulis pasal semua ni.Dasar minah pemalas!Harap ne jantina perempuan rupanya buku peraturan yang ada 25 muka surat pun tak habis baca!By the way,walaupun korang semua ni tak tahu kitorang ni ada jawatan tinggi dalam sekolah ni,sekurang-kurangnya hormatlah weyh dekat pengawas.Kau nampak kan baju kitorang ni lain dari budak biasa?"sindir Eiman kegeraman.Habis sudah sifatnya yang real terdedah dihadapan gadis -gadis itu.

"Eh,pak cik!!Fikir kitorang ni ada masa ke nak baca buku peraturan yang tak ada gunanya tu??Kitorang tahun ni nak SPM la.Tak de masanya,lebih baik kitorang baca buku untuk SPM.Lagi bertambah ilmu pengetahuan aku.Haa,by the way,ya memang kitorang perasan baju korang ni lain dari budak biasa.Kitorang ingatkan pakcik cleaner yang cuci kolam ikan.Cuba tengok baju korang nak sama dengan baju pakcik cleaner.Itula kitorang abaikan!!"kata Fariha pula.Sengaja tambahkan api yang sedang marak.

"So,kitorang semua tak akan didenda sebab tak buat salah apa-apa!!"kata Shamine tegas.

"Nope.Tetap juga didenda kerana korang DAH melanggar peraturan sekolah."kata Zairiel sinis.Yang lain hanya mengiyakan.

"Cuci tandas sampai berkilat habis waktu sekolah nanti ye cik kak semua."kata Haziq pada Dian dengan nada yang agak sinis.Dian kelihatan tidak puas hati begitu juga dengan yang lain.

"KITORANG TAK AKAN CUCI TANDAS!!!"kata Dian separa lantang.Haziq dan rakan-rakannya yang baru sahaja beberapa langkah ingin berlalu pergi lantas berpaling semula.Luqman berjalan setapak demi setapak sehingga dia bertentangan dengan Dian.Tangannya sengaja dimasukkan ke dalam poket.Kepalanya ditundukkan sedikit memandang Dian. Mentang-mentang ah tinggi lagi .

"Kesalahan kelima,meninggikan suara pada pengawas yang berjawatan tinggi."kata Luqman lagi atau lebih tepat berbisik pada Dian.Dian menggenggam penumbuk.

"Dan kesalahan yang terakhir....."

Kringg!!

"Lewat masuk ke kelas."ujarnya sinis sambil berlalu pergi.Sempat Hariz menjeling Asha sebelum menghadiahkannya senyuman yang agak sinis.Asha menghentak kaki.Ya,kini mereka baru sedar hanya mereka sahaja yang ada di kantin pada waktu sekarang.

"Jumpa time balik nanti ye awak-awak semua!!"sengaja Eiman berkata lantang.

"ARGHH!!!!TIDAKKK!!!"jerit mereka berempat serentak.

????

"Eee tak guna punya orang!Ada pula muka kita yang boleh dikatakan macam model ni diberi denda cuci tandas???Woii jatuhla standard The Blureenz!!!!"bebel Fariha tak puas hati.Kini mereka berempat sedang mencuci tandas.Dian dan Asha mencuci segala jamban manakala Shamine dan Fariha mencuci cermin dan mengemop lantai.

"Uwerkk!!"muntah Dian secara tiba-tiba.

"Kau kenapa ni beb?Kau okey tak?"tanya Asha gelabah.

"Tak guna punya pengguna!!Dah berak tu pamlah!Ini tidak,boleh pula di'show'nya tai* yang berketul-ketul.Aku tak tahanlah cuci tandas nii!!!!!"bebel Dian yang juga tak puas hati apabila didenda.

"Itula,aku pun tak tahan juga.Ee,kalau aku dapat budak poyo tu,aku sumbat tai* berketul-ketul tu dalam mulut dia.Biar kejam sikit!!"kata Asha seraya menggenggam penumbuk.Kakinya sengaja dihentak-hentak pada lantai yang dimop oleh Shamine.Shamine hanya memandangnya tajam.

"Uwerkk!"makin menjadi-jadi muntah Dian.Yang lain mula panik.

"Kau ni sihat tak Dian?Kenapa dengan kau ni?"tanya Shamine.

"Asha punya pasalla.Pleasela,aku tak boleh bayangkan kau sumbat 'benda' tu dalam mulut dia.Serius aku nak muntah bila imagine."ujar Dian seraya memegang kepala.Asha hanya tersengih.

"Dahlah wei,jomla sambung buat kerja.Kang tak pasal-pasal sampai esok pun tak siap."kata Fariha kemudiannya menyambung kerja.Yang lain hanya mengikuti.

?????

Satu jam kemudian....

"Done!!!"jerit The Blureenz serentak kemudian ketawa.Shamine mengelap peluh di dahi.Manakala yang lain sibuk mencuci tangan.

"Akhirnya,siap juga kerja kita!Fuh,bersih bhaii!!"kata Asha senang hati.Yang lain hanya tersenyum.Langkah diatur menuju ke pintu keluar tandas.Baru sahaja dibuka pintunya maka terpampanglah wajah empat jejaka yang tersangat-sangat-sangat-sangat-sangat dikenali mereka.Orang pertama yang naik menyampah adalah Dian.Dijelingnya Hariz yang beriak biasa.Tanpa menghiraukan jejaka-jejaka tersebut,mereka keluar dari tandas dengan segera.

"Eh,nak pergi mana tu cik kak oi??"tanya Hariz sengaja.

"Nak blahla!Buat apa lagi nak hadap muka korang kalau kerja kitorang ni dah siap!"kata Dian.Yang lain hanya mengangguk.

"Siapa kata kerja korang dah siap??"tanya Haziq sinis.Sempat dijelingnya Dian yang berada disebelah kanan Asha.

"Korang berempat ni buta ke apa??Tak nampak ke tandas tu dah bersih???Dah buta ke dah rabun ni??Dah rabun eh??Fariha pinjam spek kau aku nak bagi diorang ni pakai kejap."kata Dian kemudiannya menghulurkan tangan pada Fariha.Fariha dengan polosnya memberi cermin matanya pada Dian.Budak ni polos sungguh siot .Asha yang melihat terasa ingin memasuk tandas semula kemudian mengambil mop dan ditonyoh pada muka Fariha .Bengang dengan sifat polos kawannya yang satu itu .Masib baik member , terpaksa dia lupakan niatnya tadi .

"Takdela.Kitorang tak rabun,buta pun tak lagi.Korang tu yang pekak.Ke korang ni tuli ni??"soal Hariz sinis.Asha hanya mengangkat kening.

"Ingat tak apa aku kata tadi??'Cuci tandas sampai berkilat'.B.E.R.K.I.L.A.T.,bukannya bersih cik kak oi!!Kau tengok tu,ada nampak berkilat tak??Tak kan?So,silalah sambung kerja anda semua ya.Permisi dulu,ya."ujar Hariz seraya pergi bersama rakan-rakannya.Ketawa The Gold Prince tidak termasuk Haziq bergema sehingga ke dewan.Haziq hanya tersenyum sinis pada Dian yang memandangnya tajam.Sempat lagi dibetulkan rambutnya sebelum turut melangkah pergi.

"ARGHHHHHHHH!!!!!!!!!!"jerit Dian lantang sekali.

"Tunggulah korang esok!! Kosaborjap mamat-mamat tak guna . Aku tunggu ah esok! Kau seksa kitorang lagi en ?!! Berani kau. Maaf lah deyy , kau main dengan orang yang salah .Aku akan pastikan kau merana esok ."ujar Dian bersama dendam yang tersimpan .

?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience