BAB 4 - Stalk

Detective Series 367

"Uit beb!!Kau buat apa tu!!"Dian mencuit pinggang Asha yang ralit merenung laptop.Terinjut sedikit bahu Asha.Asha hanya menjeling Dian.

"Ni haa.Saja stalk ig sekolah.Manatau kita boleh dapat maklumat pasal empat orang budak taraguna tu??"kata Asha kemudiannya kembali merenung laptop.Dian hanya menggeleng.Sudah lali dengan sifat Asha yang satu itu.Dulunya setiap kali Asha crush dekat seseorang,segala maklumat pasti akan di stalknya.Sampaikan nama abang,ibu,abah,adik dan nenek pun dia boleh tahu(ni fakta eh,jangan marah aku.)

Dan kekadang Dian pun tumpang sekaki.Seandainya Dian juga tercrushkan seseorang,pasti diminta tolong sahabatnya Asha untuk menstalk si dia.Hanya kekadang sahaja Dian stalk sendiri.Nasib ada Ig fake.Selamat sikit nama baik mereka.

"Mana Shamine dengan Fariha??Aku tak nampak pun?"tanya Asha apabila menyedari ketidakhadiran dua orang sahabatnya itu.Selalunya sewaktu inilah mereka berkumpul bersama-sama.

"Diorang tu dah terbongkang tidur dalam bilik.Nampaknya diorang letih sangat tu.Lepas Isyak tak tunggu lama dah,terus terjun atas katil.Tambah pula Fariha,tidur pun telekung tak sempat buka.Letih sangat lagaknya."cerita Dian satu-persatu.Asha hanya menggeleng. Manakala Dian hanya mengeluh.Tangannya digenggam apabila mengingati peristiwa tadi .

"Beb,kau nak aku buat air tak??"tanya Dian setelah beberapa minit sunyi-menyepi.Asha hanya mengangguk.

"Macam biasa,kopi eh!Gula tu jangan letak selori pula.Nanti aku go macam tu je!"ujar Asha seraya tertawa.Dian hanya menjeling sebelum mengatur langkah menuju dapur.Almaklumlah,one day si Asha datang rumah Dian sebab ada kerja pengakap yang perlu dibuat sama-sama.Dengan baiknya Dian hidanglah air pada si Asha memandangkan dia tetamu.Ketika itu siapa pun tiada di rumah ,maka diorang buat rumah tu cem rumah sendiri .Memandangkan Dian ingin meletakkan ais sekali,Dian pun buatlah air tu manis sikit.Then si malaun Asha tu pergi minum tanpa ais.Memang manis ah!Habis Dian kena kecam kat status.Inilah kawan!Taraguna betul si Asha tu ya!

Tiba-tiba...

"Yes!!!Oh yeah!Yaaa!!!Yahooo!!!"meroyan Asha seorang diri.Dian yang sedang mengacau kopi di dapur lantas berlari ke ruang tamu dimana Asha berada.

"Apa?Apa?Apa?Apa??"Dian mula menggelabah.Asha menunjukkan skrin laptopnya sebelum tersengih.Dian sudah merenungnya tajam.

"Aku dah tahu nama malaun-malaun yang paling tak guna tu apa!"jerit Asha keriangan.

"Apa nama diorang?"tanya Dian pula.Asha tersenyum lebar sebelum sekali lagi menunjukkan skrin laptop yang terpapar maklumat yang ditemuinya.

?

TENGKU ADAM HAZIQ

?

TENGKU HARIZ DANIAL

?

SYED ZAIRIEL ZACKWAN

?

MEGAT FARISH EIMAN

"Kau cuba tengok caption dia pula."arah Asha pada Dian.

@ace_highschool.news

Tak sangka baru sebulan setengah tak bersua muka The Gold Prince makin kacak!Siapa fans diorang,comment 'Luv u'!!

"Euw,ni berita ke?Pasal kekacakan pun dah dikatakan sebagai berita??Aku sorang je ke yang geli dengan caption ni??"kata Dian kemudiannya membuat muka loya.Asha hanya tergelak.

"Nama team diorang The Gold Prince rupanya!Senang esok nak cari!Kiranya diorang ni hot stuff la!!Tunggulah diorang!!Esok bakal mengubah segalanya!"ujar Dian kemudiannya mengetap bibir.Asha hanya mengangguk. Peristiwa tadi terbayang di mata . Sesungguhnya , hari pertama menjejak kaki di Ace Highschool adalah hari yang paling teruk sekali dalam hidup mereka . Dimalukan , didenda , adalah benda yang paling memalukan nama baik mereka . Dalam hati, masing-masing tersimpan dendam.

"By the way,kejap je eh kau stalk!"Dian mula memuji dalam keterpaksaan.Almaklumlah,Asha kalau dipuji takut kembang pula dia nanti.

"Of coursela!!Kau tengok la ni siapa yang stalk!Ni Asha tau!!Stalker yang berjaya di dunia ini!!"kata Asha bangga.Dadanya ditepuk berkali-kali.Dian mula menjeling. Kan sudah kata tadi , dia punya kembang + riak tu tak boleh bawa bincang !

"Mula sudahh!"

Serentak dengan itu,mereka ketawa dengan kuat sekali.Malam itu hanya dipenuhi dengan perancangan yang hanya dirancang diantara Asha dan Dian sahaja.

?????

"

Bro!Termenung jauh nampak!Teringatkan siapa la tu??"usik Eiman sambil menepuk bahu Hariz.Hariz yang terkejut hanya mengurut dada.Nasib dia bukan yang jenis melatah.Kalau tidak,jatuh standardnya sebagai seorang penolong ketua pengawas dan hot stuff yang dikenali ramai.

"Takde ah!Aku cuma terfikirkan pasal pagi tadi haa.Kejam sangat ke denda yang kita kasi kat diorang berempat tadi?Dahla diorang tu perempuan."ujar Hariz meleret.Eiman hanya mengangguk.

"Biarkan aje diorang berempat tu!!Benda betul,kan?Diorang memang dah langgar peraturan sekolah."kata Haziq yang terdengar perbualan mereka berdua.

"Ya,aku tahu memang diorang dah langgar peraturan sekolah.Tapi...."keluh Hariz sebelum menyambung.

"Bukan ke kita kena beri diorang peluang untuk tidak melakukan kesalahan yang sama."sampuk Zairiel secara tiba-tiba.Hariz hanya mengangguk.Yang lain hanya mendiamkan diri.

"Diorang takkan tahu selagi siapa pun yang tak beritahu dekat diorang."ujar Haziq dingin seraya berlalu pergi.

?????

Hari ni,hari kedua The Blureenz menjejakkan kaki di sekolah ini.Dan harini juga,The Blureenz datang lebih awal dari hari pertama.Bukan kerana takut didenda,tapi kerana satu rancangan.Rancangan untuk membalas dendam.

" Tengok tu doe , perempuan tulah yang aku cerita dekat kau ." bisik seorang gadis berbadan gempal namun mereka mendengari .

"Siapa diorang siot ?" soal deorang gadis yang juga agak gempal .

"Diorang tu budak baru .Baru aje masuk dah melawan The Gold Prince .Sengaja nak curi perhatian lah tu ." ujarnya seraya mencebik .

" Itulah pasal .Padan muka ! Hari pertama dah kena cuci tandas .HAHAHA ."Ujar seorang gadis yang kurus sedikit berbanding yang lain .

"Eh ? Mana kau tahu diorang kena denda ?"

"Kau tak baca ke news dekat blog sekolah ? Dah hangat doe cerita pasal diorang . Sengaja cari pasal semata-mata nak curi perhatian The Gold Prince . Tengok tengok sendiri kena denda HAHAHAHA"ujar gadis berbadan gempal tadi .Dian dan lain yang mendengar mula naik angin . Asha mara ke arah mereka yang ralit mengutuk mereka . Terus terdiam mereka semua .

" Wah ! Aku fikir sekolah standard sini tak ada lah geng mak cik bawang murahan . Rupanya ada juga ! Woi perempuan , kalau kau tak tahu cerita sebenar , baik kau diam sebelum aku sepak kau macam bola . Jangan memain dengan aku ."ujar Asha berbaur ugutan . Terus pucat lesi wajah mereka bertiga .Padan muka !

Fariha lantas menarik Asha untuk berlalu pergi . Makin lama mereka di situ ,akin panas jadinya .Boleh naik angin mereka berempat .

"Fxck ! Nak jaja cerita konon .." carut Dian sambil memandang gajetnya .Yang lain memandang pelik .

"Kenapa doe ?" soal Shamine .

"Baca ah sendiri .Tak guna betul ! Sebab mamat - mamat tu lah kita dimalukan . Kosaborjapgi!!"kata Dian menahan amarah . Fariha merampas gajet milik Dian untuk melihat apa yang membuatkan Dian mencarut .Terbeliak mata mereka membaca blog sekolah tu .

" Empat orang pelajar perempuan yang baru mendaftar didenda kerana sengaja mencari pasal dengan team yang terkenal di sekolah ini iaitu The Gold Prince .Motif utama mereka berbuat demikian adalah untuk mencuri perhatian empat jejaka kacak tersebut ....."

Makin naik angin mereka apabila membaca itu .Kedengaran bunyi jeritan histeria dari para gadis .Maka , dengan itu tahulah mereka berempat bahawa mereka telahpun tiba .

Kelihatan empat orang jejaka yang dinantikan The Blureenz berjalan megah dengan tangan diletakkan ke dalam poket.Sangat-sangat acah macho.Asha hanya membuat riak menyampah.

"Mari kita mulakan."kata Dian bersama sebuah senyuman yang penuh dengan makna yang tersirat.Yang lain hanya mengangguk mengiyakan.Asha hanya tersenyum sinis. Mereka akan pastikan rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar sekali pada hari ini .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience