Tiga

Adventure Series 727

Yohan membuka matanya perlahan-lahan apabila dia terdengar derapan kaki menghampiri sel tempatnya tidur.

"Ni makanan kau." penjaga sel, Woojin menolak tray makanan masuk ke dalam sel Yohan dan dia mengambil kerusi untuk duduk.

"Makan aku cakap. Esok diorang nak bawa kau keluar, test kuasa kau lagi. Kuasa kau tak develop langsung. Ke, sebenarnya kau bukan budak tu?" Woojin sengaja menanyakan soalan tu. Yohan tidak menjawab soalan tersebut tetapi mengambil sesuap makanan masuk ke dalam mulutnya kemudian meludahnya semula ke atas tray makanan tersebut.

"Diam tanda setuju." Woojin cuba memprovok Yohan. Yohan meneguk air kosong.

"Takleh bangang lagi ke cara kau provok aku?" Yohan memandang Woojin dengan penuh tajam. Woojin menyepak besi sel tersebut.

"Kau jangan nak bangang-bangangkan aku. Patutnya kau bersyukur aku bawa makanan untuk kau." Woojin duduk semula, cuba menahan amarahnya.

"Makanan rasa taik macam ni kau nak suruh aku bersyukur?" Yohan mencampak makanan tu ke arah Woojin, membuatkan pakaian Woojin habis terkena kuah dan nasi.

"Woi bangsat kau ada masalah apa dengan aku?!" Woojin mengeluarkan api dari tangannya tapi penggera keselamatan terus berbunyi, menyebabkan beberapa penjaga sel lain turun untuk cek keadaan.

"Apa jadi ni? Siapa guna kuasa dekat sini?" Tanya salah satu penjaga senior. Woojin terus menuding jarinya ke arah Yohan.

"Dia mengamuk tuan." Woojin menunjukkan bekas makanan yang dicampak oleh Yohan dan bajunya yang kotor. Penjaga tersebut memandang Yohan dengan tajam dan dengan menggunakan satu batang rod besi, dia tujukan kepada Yohan dan satu aliran elektrik yang kuat keluar daripada hujung rod tersebut dan mengenakan renjatan elektrik ke badan Yohan.

"ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!" Yohan menjerit dengan kuat apabila seluruh badannya menerima arus elektrik tersebut. Dalam tiga saat, dia akhirnya jatuh pengsan.

"Jangan bising sangat." kata penjaga senior tersebut setelah memastikan Yohan betul-betul pengsan sebelum meninggalkan mereka berdua. Woojin tersenyum sinis.

° ° °

"YOHAAAAAAANNNN!!!!!!" Seungwoo bangun daripada tidurnya. Badannya berpeluh dengan banyak. Dia mengeluarkan hawa sejuk daripada tangannya untuk menyejukkan diri. Telefon dicapai dan dia membuat panggilan. Wooseok mengangkat panggilannya dengan cepat.

"Kenapa hyung? Mimpi lagi?!" Wooseok tanya dengan penuh cemas. Sejak kawan mereka, Yohan menghilang, Seungwoo mesti termimpikan Yohan. Walaupun mimpinya makin lama makin jelas, mereka masih tidak dapat menjejaki ke mana hilangnya kawan mereka itu.

(hyung = panggilan yang digunakan oleh lelaki untuk memanggil lelaki yang lebih tua daripada umurnya a.k.a 'abang')

"Ya, aku mimpi dia kena electrocute sampai pengsan. Wooseok, datang sini. Ajak Seungyoun sekali. Tolong." Seungwoo kedengaran seperti sedaya upaya cuba mengawal nafasnya. Wooseok segera menutup talian dan berubah menjadi cheetah, memecut terus ke rumah Seungyoun dan bawanya ke rumah Seungwoo.

"Hyung, okay tak? Mimpi ni macam lagi teruk je dari sebelum ni." Seungyoun mengusap-usap belakang Seungwoo. Seungwoo meneguk air kosong yang diberinya dengan perlahan-lahan.

"Ya, aku nampak Yohan. Dia di dalam satu sel, macam sel penjara. Ada orang bawa makanan untuk dia." Seungwoo memulakan ceritanya apabila dia sudah selesa untuk bernafas dengan tenang.

"Lepas tu?"

"Orang tu agak yang Yohan bukannya target sebenar." sambung Seungwoo. Seungyoun dan Wooseok mula risau.

"Habis, diorang dah tahu ke yang diorang salah culik? Diorang akan culik hyung lepas ni?" tanya Wooseok dengan penuh kerutan di dahi.

"Itu aku tak pasti, tapi orang tu agak je. Yohan tak jawab, pastu Yohan baling makanan kat orang tu and orang tu buat bising, dia ada kuasa macam Yohan, cuma aku rasa dia punya kuasa tak sehebat Yohan."kata Seungwoo lagi. Kemudian, imej Yohan kena renjatan elektrik bermain semula di mindanya membuatkan Seungwoo menjerit lagak orang histeria.

"Hyung, dah dah. Hyung jangan ingatkan pasal mimpi tu lagi. Saya buatkan air baru, hyung boleh tidur tenang malam ni tanpa mimpi. Okay?" Seungyoun terus ke dapur untuk membuat air. Dengan ilmu magis yang dia belajar, beberapa mantera di baca dan ditambah dengan sedikit gula ke dalam cawan berisi air kosong.

"Falishesalip hinapisea"  Mantera dibaca dan dihembus ke dalam air. Air yang jernih bertukar warna kepada hijau. Bau teh hijau yang menenangkan keluar dari dalam cawan itu.

"Weh." Wooseok muncul di dapur secara tiba-tiba. Seungyoun hampir saja tumpahkan air yang dia buat.

"Eh kenapa kau datang sini? Hyung macam mana?" Seungyoun ingin terus ke bilik Seungwoo tetapi Wooseok terlebih dahulu menahannya.

"Dia tengah termenung tu. Aku nak cakap sikit dengan kau ni." Wooseok menarik Seungyoun untuk duduk di meja makan. Seungyoun meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja.

"Macam ni, aku bercadang nak hadiri hari graduasi sekolah menengah di HOFWAY tahun ni." jelas Wooseok. Seungyoun berkerut, jelas tidak faham dengan keputusan yang dibuat oleh Wooseok.

"Kau nak buat apa? Jangan cakap dengan aku kau na-"

"Tak, aku tak desperate lagi nak buat benda tu. Tapi aku nak cari jawapan." Wooseok bermain-main dengan hujung bibir cawan yang dipegang Seungyoun tadi.

"Jawapan? Jawapan apa? Budak-budak tu mana kenal Yohan. Entah diorang sempat entah tidak jumpa Yohan." Seungyoun menyilangkan kaki dan membetulkan posisi duduknya.

"Kau fikir, aku, kau, Seungwoo dengan Hangyul je boleh ke nak selesaikan benda ni? Seungwoo taknak kita bagitahu benda ni dekat Master Dongwook, then apa pilihan kita? Kita takde mastermind. Kita perlu sekurang-kurangnya seorang budak dari daerah D. Kau sendiri tahu, team yang sempurna adalah apabila ahlinya terdiri daripada daerah yang berbeza. Atleast kalau kita dapat budak yang power kuasa psikometri atau mind-reading, dia boleh detect kat mana Yohan sekarang. Senang juga kita nak teleport. Kuasa apportation kau tak sekuat kuasa teleportation mereka. Sebab tu aku nak pergi graduation day tu. Sekurang-kurangnya kita ada masa 5 bulan sebelum diorang semua masuk sekolah tinggi." Wooseok terang dengan panjang lebar. Seungyoun perlahan-lahan menghadam setiap ayat Wooseok. Apabila difikirkan semula, memang betul kata-kata Wooseok. Mereka kekurangan ahli. Kuasa mereka tidak cukup untuk menjejaki Yohan, apatah lagi si penculik. Mereka juga mempunyai masalah daripada jenis pengangkutan. Kuasa apportation ahli magis tidak sekuat kuasa teleportation ahli minda, ia hanya mampu membawa mereka ke tempat yang lain namun memerlukan tenaga yang secukupnya kerana tenaga yang digunakan untuk memindahkan orang lebih banyak daripada memindahkan barang.

"Ohhhh aku faham. Kalau macam tu, aku nak ikut kau. Seungwoo hyung macam mana?" Seungyoun mula rasa ada harapan. Dia mula rasa tidak sabar. Wooseok tersenyum lebar.

"Pasal dia, nanti kita tanya dia. Buat masa sekarang ni, kau pergi la hantar air ni dekat dia. Biar dia tidur. Malam ni aku akan temankan dia tidur. Kau, bawa kawan-kawan Hangyul ni balik." Wooseok menjeling ke arah beberapa ekor semut yang berada di atas meja.

"Hangyul?" Seungyoun mengalihkan pandangannya ke atas meja dan seperti rasa diperhatikan, semut-semut tersebut terus melarikan diri namun sempat ditangkap seekor oleh Wooseok.

"Woi Hangyul, pergi tidur sekarang. Sebelum aku bunuh kawan-kawan tak berdosa kau ni." Wooseok bercakap dengan semut yang ditangkapnya. Seungyoun tergelak. Kelakar juga apabila tengok kebolehan orang-orang daripada daerah B, daerah kuasa anima. Seungyoun ingat lagi waktu kali pertama dia jumpa Wooseok, waktu tu Wooseok sibuk bercakap dengan seekor babi. Tak tahulah macam mana Wooseok boleh faham babi tu sebab yang dia dengar cuma 'khronghk khronghk khronghk' je. Rupanya mereka boleh berinteraksi dengan haiwan yang mewakili kehadiran tuannya. Sama macam sekarang, Hangyul mesti hantar semut-semutnya ke sini untuk tengok mereka. Cumanya, hanya orang yang memiliki kuasa anima sahajalah yang boleh faham bahasa haiwan.

"Eh dah jom pergi tengok Seungwoo. Hangyul, kau pergi tidur sekarang, esok sekolah." Seungyoun melirik matanya ke arah semut kecil yang mula melarikan diri selepas Wooseok melepaskannya. Mereka berdua terus ke bilik Seungwoo.

° ° °

Dongwook membuka fail-fail di tangannya.

"Kang Minhee." nama Minhee disebut, cukup membuatkan belakang tengkuknya berasa sejuk secara tiba-tiba. Dongwook mengalihkan matanya ke skrin komputer. Mesej yang dihantar oleh cikgu Youmi membuatkan dia tidak boleh tidur dari petang tadi.

From :
Subject : Kang Minhee
Hello Master Dongwook. Saya dah buat sedikit analisis tentang pelajar bernama Kang Minhee. Ya, memang sah dialah yang 'mereka' cari. Kami telah melakukan ujian ke atas 20 orang pelajar, semuanya mempunyai 2 kuasa sahaja melainkan Minhee. Kami juga dah buat 3 kali ujian untuk dia. Keputusan menunjukkan bahawa Minhee sesuai mengawal dan menguasai keempat-empat jenis kuasa. Bukan itu sahaja, jenis kuasa yang berupaya dimilikinya adalah lebih hebat daripada pelajar biasa mahupun mana-mana guru. Di bawah saya sertakan lebihan maklumat tentang keputusannya.

Kang Minhee
Daerah : X
Kuasa :
Element - berpotensi mempunyai kuasa elemental Tahap 3 (berkebolehan menggabung dua kuasa elemental)
Anima - Phoenix
Mind - omnikinesis
Mage - oleh kerana dia berkeupayaan mempunyai kuasa omnikinesis, dia juga mampu menguasai semua jenis magis

Dongwook membeliakkan matanya. Seperti darahnya berhenti mengalir, wujud rasa gerun apabila dia membaca perlahan-lahan setiap jenis kuasa yang dimiliki oleh Minhee. Dia menelan air liurnya.

"Phoenix? Fuck, he's fucking powerful and special." Dongwook menelan air liur. Phoenix adalah haiwan paling rare dan haiwan tersebut yang memilih tuannya, bukannya melalui ujian kesesuaian yang biasa dilakukan oleh pelajar di Daerah C untuk menentukan haiwan anima mereka. Phoenix adalah simbol kepada immortality atau bahasa mudahnya, 'yang kekal abadi'. Haiwan tersebut tidak akan mati dan hanya akan berubah pemilik apabila pemiliknya mati, yang mana selalunya pemilik Phoenix akan hidup bertahun lebih lama daripada manusia biasa.

Dongwook membaca ayat yang seterusnya. Mulutnya ternganga. 'Tak mungkin. Tak mungkin.' Otak Dongwook cuba menyangkal dan menolak apa yang dilihatnya.

"No way." Dongwook masih terlopong. Minhee berkebolehan untuk develop kuasa elementalnya ke tahap 3. Tiada siapa pernah capai tahap tersebut dan selama ini tahap ke 3 hanya dijadikan sebagai teori iaitu kuasa yang terjadi selepas menggabungkan dua kuasa daripada kuasa elemen tahap 2. Dongwook menghempaskan tubuhnya ke belakang.

"OMNIKINESIS?! ARE YOU FUCKING KIDDING ME?!?!!?!" Dongwook menekup mulutnya.

'No way he's this powerful! No way!!' Dongwook menidak sekuat-kuatnya kenyataan di depan mata. Walaupun omnikinesis tidak mustahil untuk dimiliki, namun tiada siapa pernah mendapatkannya dengan begitu sahaja. Seseorang perlu menghabiskan hidupnya untuk mempelajari banyak ilmu minda untuk mencapai ke tahap omnikinesis, iaitu kuasa yang membolehkan seseorang tahu segala-galanya mengikut kehendaknya. Dongwook menekan tetikusnya untuk tatal ke bawah agar dapat membaca perkataan yang seterusnya. Sekali lagi matanya membulat namun kali ini lebih dahsyat, Dongwook terus bangun dan menghentak papan kekuncinya.

"Kuasa magik pun dia boleh kuasai kesemuanya. Gila, budak ni sah gila. Macam mana dia boleh dapat semua? What the heck? On what world God being unfair?!"
Tangannya menggeletar. Dia duduk semula dan dengan tangan yang masih menggeletar itu dia gerakkan tetikusnya untuk menyalin fail tersebut dan dihantar terus kepada folder sulit 'The Oxa'. Email Youmin dipadam. Dongwook menyandarkan dirinya dan mengeluh. Memang betul tekaannya, budak Minhee itulah yang 'mereka' cari selama ini. Tetapi Dongwook tidak menyangka Minhee memiliki kuasa yang lebih hebat daripada sangkaannya. Tak payah 5 tahun, dengan kuasa omnikinesis, dia yakin Minhee boleh belajar semua kuasa dalam masa beberapa hari sahaja. Dongwook perlu fikirkan sesuatu dengan cepat. 'Mereka' sekarang mungkin tengah memerhatikan pergerakannya untuk mencari budak-budak yang berpotensi memiliki kuasa-yang-mereka-nak. Dongwook memejamkan matanya dan cuba menghubungi Youngjoon melalui telepati.

"Hey hey hey tengok badigol mana yang cuba masuk dalam minda aku ni? Kenapa? Teknologi manusia bumi kau tu expired ke?" Youngjoon sengaja memulangkan paku buah keras kepada Dongwook.

"Anjir lo. Expired apa bendanya? Tangan aku tak cukup kuat nak tekan keyboard ni. Aku dah terima email Youmi dan aku dah baca pasal budak tu." Kata Dongwook. Youngjoon di dalam pejabatnya merasa tertarik dengan topik Dongwook.

"Oh okay, so apa kuasa budak tu?" Tanya Youngjoon dengan penuh excitednya.

"Bro, he's like 85% omnipotence." kata Dongwook cukup ringkas, namun cukup membuatkan Youngjoon mencarut tak henti-henti kerana terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.

"Kau biar betul do? 85% omnipotence? Banyak tu! Kuasa apa yang dia pegang?" tanya Youngjoon lagi. Dongwook mengeluh.

"Semua. Dia pegang semua kuasa di tahap yang lebih tinggi daripada kita." Jelas Dongwook lagi.

"Semua? Empat-empat kuasa? Damn bro. That sounds impossible!!" Youngjoon bersuara seperti mempertikaikan apa sahaja yang baru diketahuinya

"Dia lebih hebat dari kau, dia omnikinesis." kata Dongwook lagi. Youngjoon terus terdiam. Otaknya cuba memproses. Karut apakah ini?!

"Kau biar betul Wook. Omnikinesis tu achievement yang memang mustahil orang dapat. Macam mana dia boleh dapat keputusan macam tu? Agak-agak la, omnikinesis kot. Nenek moyang daerah D pun tak ada yang berjaya sampai ke tahap tu walaupun belajar lebih 1000 tahun." Youngjoon sekali lagi tidak mempercayai kata-kata Dongwook.

"Suka hati kau la nak percaya atau tak. Cuma aku nak bagitahu, Minhee is THAT powerful so better kau reconsider balik subjek budak dua ekor tu." Dongwook menyebut perihal Eunsang dan Junho. Youngjoon mengeluh.

"Aku bagi mereka 7 subjek, tapi dua-dua minta tambah subjek. Gila." Youngjoon menggeleng-gelengkan kepalanya. Dongwook turut mengeluh. Memang batch tahun ni semua gila kuasa ke apa?!

"Kalau macam tu, ikutkan sajalah budak-budak tu. Degil. Tak dapat graduasi, campak je la keluar." kata Dongwook, fikirannya sudah penat memproses. Bukan fikiran dia saja, malah badannya sekali. Baru 3 tahun dia memegang jawatan sebagai ketua di The Oxa, sebuah organisasi yang menguruskan data-data peribadi dan keselamatan penduduk Oxaland dan menguruskan HOFWAY, namun banyak betul masalah yang timbul. Youngjoon tidak memberi sebarang respon, barangkali dah tutup talian telepati.

Dongwook membuka matanya, dia teringat sesuatu. Dia bangun dan meninggalkan bilik pejabatnya. Langkah laju diambil terus ke bilik data sulit. Ya, bilik data yang memegang semua data penduduk yang pernah hidup di Oxaland, termasuklah data profil dirinya.

"Séchiho KIM CHANMI" seperti menyeru, Dongwook menyebut mantera dengan kuat . Sebuah fail terbang keluar dari rak buku dan datang terbang kepada Dongwook. Dongwook mengambilnya. Fail tersebut membuka helaiannya dan menunjukkan sebuah profil bekas pelajar daerah D, Kim Chanmi.

"Hmm..status, menghilang. Hilang?" Dongwook diam dan berfikir sejenak. Dia meneleport Master Jaesung ke tempatnya.

"Woi kot ya pun nak teleport aku,bagilah tahu! Macam mana kalau aku tengah mandi tadi?!" Jaesung mengetuk kepala Dongwook dan menghabiskan donut yang berada dalam tangannya.

"Makan malam kau donut je?" Dongwook mengangkat kening sebelah, pelik sebab kawannya si Jaesung itu orang kaya.

"Aku takde teman nak makan benda-benda berat. Aku beli donut je la." kata Jaesung sambil mencebik bibir. Dongwook menghulurkan fail pelajar kepada Jaesung.

"Kesian single." kata Dongwook. Jaesung mencekik Dongwook sebagai balasan namun berhenti apabila Dongwook menunjukkan sebuah fail kepadanya.

"Ini, budak ni, sejak bila status dia bertukar? Bila dia hilang?" Dongwook menuding jarinya ke perkataan 'HILANG'.

"Kau dah lupa ke? Aku dah upgrade bilik ni untuk update profil secara automatik. Kalau kau nak tahu bila status dia berubah, ikut aku." Jaesung berjalan dengan yakin dan teruja. Selepas saja dia menaiktaraf bilik itu, dia belum tunjukkan pada sesiapa lagi tentang kecanggihan bilik itu hasil daripada titik peluhnya.

"Wow." Dongwook kagum melihat berpuluh skrin yang sedang memaparkan beribu profil penduduk Oxaland yang sedang diedit dan diupdate. Jaesung mengeluarkan satu cip dari muka surat terakhir profil Kim Chanmi dan menyucuk masuk ke dalam tempat khas yang betul-betul direka khas mengikut saiz cip.

"Aku panggil benda ni, chip scanner. Kau tak pernah tahukan kewujudan cip ni? Cip ni macam pendrive dalam dunia manusia di bumi. Segala salinan profil ada dalam ni. Tapi hanya cip saja yang ada salinan waktu dan tarikh profil diupdate." Jaesung menekan   butang di chip scanner, dan keluar beberapa data Kim Chanmi dalam skrin di depan mereka.

"Bila masa kau belajar teknologi canggih manusia bumi ni? Kau ada awek dekat sana ke?" Dongwook sengaja meneka. Dia kagum dengan kemahiran yang Jaesung ada. Yang peliknya, entah kenapa Jaesung tergolong dalam kalangan Mage, sedangkan Jaesung lebih sesuai memegang kuasa minda. Tetapi bagi Dongwook dia bersyukur juga Jaesung mage, sebab dia tak sanggup nak ada lagi seorang kawan perangai macam Youngjoon.

"Diamlah kau. Ini, tengok ni ha. Waktu terakhir status ni di update adalah setahun yang lepas." Jaesung menunjukkan kepada Dongwook paparan data Kim Chanmi di skrin.

"Tapi, kenapa status dia 'Hilang'? Hilang ke mana?" tanya Dongwook lagi. Dia musykil kerana, walaupun sebelum bilik tersebut ditambah baik oleh Jaesung, bilik data itu tetap akan mengeluarkan profil data yang jelas dan lengkap. Di mana saja seseorang itu tinggal, apabila dia berpindah, status tempat tinggalnya akan berubah. Status hidup boleh berubah kepada mati sesaat selepas seseorang itu menghembuskan nafas terakhirnya. Tetapi dia belum pernah lagi jumpa status orang yang hilang.

"Hmmmm aku rasa, budak ni mungkin terteleport diri dia ke alam lain? Atau mungkin dia sendiri yang menghilangkan diri dia tanpa tahu cara untuk balik? Yang pastinya budak ni tak kena buang la. Bilik data ni cuma boleh detect perubahan data orang yang berada dalam Oxaland je dan kalau ada orang yang dibuang, statusnya akan ditulis dengan huruf X warna merah." Jaesung menggaru dagunya, cuba memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku ke atas pelajar tersebut.

"Kau tahu kan, pasal budak ni?" tanya Dongwook. Jaesung menggelengkan kepalanya.

"Dialah budak daerah D yang ambil 6 subjek tu."jawab Dongwook. Mulut Jaesung berubah ke bentuk 'O' sebagai respon kepada jawapan Dongwook. Mereka berdua terdiam seketika, otak mereka ligat memikirkan sesuatu.

" Entah-entah?!!!!!!"

Dengan serentak mereka membuka suara, namun Jaesung tiba-tiba lesap sebelum dia sempat menyambung ayatnya kerana Dongwook telah pun meneleport Jaesung balik. Dongwook segera menaip sesuatu di atas papan kekunci.

"Lokasi. Aku nak lokasi terakhir Kim Chanmi. Cari sekarang!" Dongwook menelan air liurnya. Satu keputusan pencarian keluar.

"What the.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience