Dua

Adventure Series 727

Minhee berjalan mengikuti pelajar yang lain. Dia memandang keliling kawasan, ianya kosong, seperti tiada penghujung, tidak seperti yang pernah diceritakan oleh cikgu-cikgunya.

"Apabila awak masuk saja dalam daerah, awak akan nampak banyak haiwan. Banyak sangat. Semuanya hijau belaka. Memang cukup aman." cerita cikgunya mengenai daerah C terngiang-ngiang dikepalanya dan dia mula teringatkan Hyeongjun.

'Mesti kau dah jumpa banyak haiwan kan?' Minhee bertanya dalam kepalanya. Cikgu Youmi membaca sesuatu dan menghembuskannya ke udara. Kawasan lapang yang kosong itu tiba-tiba berubah, menampakkan satu tanah rumput yang luas. Pokok-pokok muncul dan air sungai mengalir. Kawasan yang kosong sebentar tadi kini dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tersusun dan terdapat ramai orang lalu lalang, ada yang terbang, ada yang meluncur, semua sibuk dengan hal masing-masing. Pelajar-pelajar baru termasuk Minhee melopong dengan kagum.

"Baiklah, sebelum saya bawa kamu semua ke bilik kamu, saya nak tengok kehadiran dulu. Oh sebelum tu, saya perkenalkan diri saya, Shin Youmi. Awak semua boleh panggil saya, cikgu Youmi." cikgu Youmi mengeluarkan tongkat saktinya dan membacakan sesuatu. Muncul satu clipboard yang mempunyai senarai nama pelajar-pelajar baru daerah X. Dia memanggil satu persatu nama pelajar dan mengetik kehadiran mereka untuk dilaporkan kepada Dongwook.

"Kang Minhee? Siapa Kang Minhee?"

"Saya,cikgu." Minhee mengangkat tangannya. cikgu Youmi memandangnya lama dan tersenyum.

'Inilah budaknya,' bisik hati Youmi.

"Okay semua ada. Ada apa-apa soalan sebelum saya teleport kita semua?" cikgu Youmi lesapkan clipboard tadi dan memandang setiap anak muridnya. Minhee memandang yang lain, semua seperti tidak kisah dengan apa yang berlaku, seperti tiada apa yang aneh. Mungkin juga kerana mereka tak kenal antara satu sama lain jadi semua hanya mendiamkan diri.

"Cikgu, saya nak tanya!" Minhee mengangkat tangannya dengan yakin. Semua pelajar termasuklah cikgu Youmi memandangnya.

"Ya saya, apa yang awak nak tanya Minhee?"

"Daerah X ni untuk kuasa jenis apa? Cikgu ada tongkat sakti tapi cikgu juga boleh teleport? Bukan ke kedua-dua kuasa tu daripada daerah berbeza?" Minhee terus terang bertanya, dia tidak boleh tahan dengan semua persoalan yang ada dalam kepalanya. Dia perlukan sekurang-kurang satu soalan terjawab. Mendengar soalan itu, cikgu Youmi tergelak kecil.

"Sepatutnya awak tahu tentang ni sewaktu di kelas pertama nanti tapi tak apa. Biar saya bagitahu awak semua. Daerah X adalah daerah untuk pelajar yang berpotensi untuk mempunyai,menguasai dan mengawal kuasa lebih daripada dua jenis. Macam saya, saya boleh menguasai kuasa mage dan juga minda. Kuasa daerah X digelar sebagai Infinite, tetapi daerah lain mengenali daerah X sebagai unknown. Ini sebab apabila kamu keluar nanti, kami akan tentukan kuasa dominan kamu, yang mana kami akan sarankan kamu untuk lebih menggunakan kuasa tu daripada kuasa kamu yang lain. Kebanyakan pelajar di sini mempunyai dua kuasa berbeza, jarang yang ada tiga kuasa berbeza, apatah lagi empat kuasa, itu dah mampu untuk capai status Omnipotent. Status yang gah namun juga paling bahaya." panjang lebar cikgu Youmi terangkan, pelajar yang lain mengangguk tanda memahami. Minhee berasa sedikit lega apabila persoalannya terjawab. Jadinya dia ada kuasa, cuma kuasanya lebih dari satu.

'Kiranya aku ada chance la nak ada anima helang? Wow!' Minhee mula berasa teruja. Keyakinannya kembali dan dia berjalan dengan tenang. Cikgu Youmi membuat satu portal dan mereka semua teleport ke suatu bangunan yang sangat besar.

"Baiklah semua, kita dah sampai."

---

"Jadi kamu semua wajib ambil 4 subjek iaitu mind reading, teleportation, telekinesis, telepati dan perlu ada sekurang-kurangnya satu subjek tambahan pilihan kamu, faham semua? " cikgu Youngjoon memberi penerangan kepada pelajar-pelajar baru Daerah D atau femes dipanggil sebagai District of Geniuses.

"Faham!" Mereka semua mula memilih subjek kegemeran mereka. Ada yang siap dengan cepat dan ada juga yang masih berbolak balik dengan pilihan mereka.

"Ingat ya, setiap subjek ada ujian, bukan ujian tulisan je, tetapi ada ujian kemahiran sekali. Ujian kemahiran kamu ada 70% daripada markah keseluruhan. Jadi, cikgu sarankan kamu ambil 5 subjek keseluruhan. Kalau kamu gagal, kamu dah tahu apa yang jadi,kan? Saya percaya cikgu-cikgu sekolah rendah kamu dah banyak kali ulang tentang akibat yang akan kamu terima apabila kamu gagal dalam ujian kamu di daerah ni." sambung cikgu Youngjoon membuatkan ramai pelajar terkejut. Rata-rata semua pelajar menukar subjek mereka kepada 5 subjek sahaja.

Selepas semua pelajar bersurai ke bilik masing-masing, cikgu Youngjoon membawa semua borang subjek pilihan pelajar ke bilik pejabatnya di dalam sekolah. Dia membaca satu persatu dan memasukkan maklumat murid ke dalam data peribadi sekolah di dalam komputer.

"Hm?!!?!?" Dua borang yang berada di dalam tangan Youngjoon di teliti dengan penuh hati-hati. Kemudian beliau memejamkan matanya lalu menghantar mesej telepati ke   Dongwook.

"Wook ohhhhh Wook, jawab salam aku ni ha."

"Apa kau nak? Tak boleh ke guna teknologi kalau nak bagitahu apa-apa? Aku susah-susah upah manusia bumi buatkan komputer dan internet untuk kita, aku teleport semuanya ke sini, bukan untuk kau tiba-tiba pop up dalam kepala aku macam ni!" suara Dongwook jelas kedengaran tengah menahan geram.

"Alah lek ah brader, ilmu kalau nak lekat kena la selalu praktikkan." Youngjoon tidak berasa gerun langsung dengan intonasi Dongwook.

"Hah kau nak apa? Cakap sekarang. Lepas ni aku ada meeting pasal budak X tu." Dongwook berasa rimas, mahu sahaja dia 'tutup talian' telepati itu tetapi dia belum belajar teknik menghentikan talian telepati daripada penghantar.

"Okay,okay. Aduh tak sabar-sabar la orang tua ni."

"Woi cakap baik sikit, kau tu tua lima tahun daripada aku!!" Dongwook menggeleng-gelengkan kepalanya, Youngjoon lupa yang mereka masih bertelepati atau memang sengaja nak dia dengar.

"Fine, macam ni. Kau dengan aku dah lama kerja sama-sama. Paling banyak subjek budak District Mind selalu ambil berapa?" Youngjoon terus ke topik utama. Borang di tangannya diteliti sekali lagi.

"Paling banyak? Seingat aku, ada seorang student yang nak ambil 8, tapi kau yang kurangkan kepada 6 subjek. Kenapa? Kau cikgu daerah tu, kenapa tanya aku?" Suara Dongwook jelas kedengaran pelik dengan soalan Youngjoon.

"Guess what? Batch tahun ni ada dua orang students request nak ambil 10 subjek." Youngjoon dapat dengar suara Dongwook jerit 'HAA?!' dengan kuat dalam kepalanya.

"Kau biar betul? Kau dah warn budak-budak tu belum? Budak yang ambil 5 subjek pun belum tentu lepas 4 subjek wajib, inikan 10 subjek." Dongwook mula risau. Mustahil ada pelajar yang akan ambil risiko sebesar itu. Semua orang tahu, Daerah D sangat menitikberatkan akademik pelajar. Kalau pelajar gagal dalam satu subjek, pelajar tersebut akan mengulang silibus yang sama pada tahun seterusnya,maksudnya silibus yang mereka belajar pada tahun seterusnya itu akan menjadi berkali ganda lebih banyak. Sekiranya tahun terakhir pelajar tersebut masih juga gagal walaupun satu subjek, pelajar tersebut tidak akan bergraduasi, ingatannya akan dipadamkan dan dihantar terus ke bumi untuk hidup sebagai manusia biasa. Ia dianggap seperti menconteng arang ke reputasi Daerah D. Oleh kerana itu cikgu-cikgu Daerah D harus sentiasa mengingatkan pelajar untuk ambil 5 subjek sahaja.

"Dah, aku dah cakap dah." Youngjoon meniliti semula nama-nama pelajar tersebut.

"So kau nak buat apa? Tetapkan subjek mereka macam kau selalu buat?" tanya Dongwook.

"Ya, tapi aku nak tahu pasal budak-budak ni dulu. Aku nak minta tolong kau cari info pasal mereka, then aku akan kurangkan subjek. Tapi bukan 5, lebih sikit daripada tu sebab aku ada plan." Youngjoon tersenyum.

"Plan? Plan apa? Kau jangan macam-macam." Dongwook mula syak wasangka, bukan dia tidak kenal Youngjoon tu. Suka ikut kepala dia je.

"Kau kata ada budak X dengan potensi kuasa-yang-mereka-nak ,kan? Aku nak buat dua orang budak ni sebagai backup dia. Kalau jadi apa-apa, kau pun faham,kan? Kita tak tahu kat mana 'mereka', yang pastinya 'mereka' tengah hunt orang yang berpotensi." Youngjoon menerangkan plannya. Dia yakin, dua pelajar ni mampu untuk membantu budak X itu suatu hari nanti.

" Aku faham, tapi kau kena fikir masa depan pelajar-pelajar tu jugak. Macam mana kalau mereka gagal?" Dongwook semakin risau.

"Sebab tulah aku nak minta kau carikan info pasal diorang, bingai. Eiiiii tak faham-faham jugak ke?! Dengar sini, aku dah hidup lama dalam daerah D ni. Aku tahu subjeknya susah dan makan bertahun lamanya untuk seseorang kuasai sepenuhnya kuasa yang dipelajari. Tapi kita terpaksa ambil risiko. Aku dapat rasakan lagi 5 tahun akan ada benda buruk berlaku. Jadi kita tak ada pilihan lain. Buat apa ajar budak kalau diorang tak boleh guna untuk jaga dunia kita? Kita terpaksa,faham tak? Dan kalau plan aku ni tak menjadi, aku akan kurangkan subjek budak tu, jadi kau tak payah risau." Youngjoon mendengus geram. Dahinya berkerut-kerut. Kadang-kadang Dongwook terlalu cepat bersimpati dengan pelajar, buatkan dia berasa rimas dan bengang.

"Okay,okay. Aku faham. Aku ikut kau. Tapi kalau apa-apa buruk yang jadi pada masa depan mereka, aku nak kau bertanggungjawab. Hah, apa nama budak tu?" Dongwook tidak mahu berkelahi lagi dengan Youngjoon. Dia faham sangat dengan perangai Youngjoon. Bukan Youngjoon saja, kebanyakan pelajar dan graduan dari daerah D memang suka ikut kepala mereka atau dengan kata mudahnya, 'kerek', sebab dalam semua daerah, daerah D paling bijak sekali dan otak mereka berfungsi 3 kali lebih hebat daripada daerah lain.

"Cha Junho"

"Lee Eunsang"

Youngjoon baca satu persatu nama-nama pelajar tersebut supaya Dongwook dapat menangkapnya.

"Okay, nanti aku hantar info pasal mereka. Janji dengan aku kau akan kurangkan subjek mereka, bukan 8,9 apatah lagi 10. Kalau tak aku cincang kau." Dongwook memberi amaran. Youngjoon terus hentikan talian telepati apabila komputernya mendapat dua notifikasi. Dia klik notifikasi tersebut.

[ Student Profile : Lee Eunsang ].doc

[ Student profile : Cha Junho ].doc

"Laju sia orang tua ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience