Enam

Adventure Series 727

Setibanya di HOFWAY, ramai graduan yang sudah pulang dan masih ada dalam 100 orang graduan yang sibuk bergambar. Mereka tiba tanpa disedari. Hyeongjun dan Dohyon yang tidak biasa 'terbang' muntah-muntah selepas mereka mendarat. Dongyo sudah biasa kerana di Daerah B dulu dia selalu naik penyapu terbang, cuma tak selaju kuasa angin Seungwoo.

"Kita dah sampai. Tapi hyung, kau yakin ke masih ada lagi budak daerah D yang hebat tu?" tanya Hangyul sambil matanya melilau memandang ke arah beberapa graduan di situ.

"Tak silap aku, daerah D pakai jubah warna biru. Jom cari." Wooseok  mengorak langkah namun tangannya ditarik semula oleh Seungyoun.

"Kot ya pun, menyamar la dulu. Takkan kau nak lari sekali lagi kot?" Seungyoun memaksudkan tentang adegan mereka melarikan diri tadi. Wooseok menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih macam tidak bersalah.

Seungyoun mengeluarkan tongkatnya dan membaca beberapa ayat dan menukarkan pakaian-pakaian Seungwoo, Hangyul, Wooseok dan dirinya. Dia turut mengeluarkan topi graduan dan dipakaikan ke atas kepala kawan-kawannya.

"Haa sekurang-kurangnya tak ada la laju sangat diorang cam muka kita." kata Seungyoun. Mereka semua mula mengorak langkah dan memulakan sesi pencarian mereka. Keempat senior menunduk-nundukkan pandangan mereka agar tidak berlaku hal seperti tadi, namun mata mereka tetap liar memerhati keliling. Begitu juga dengan Hyeongjun, Dongpyo dan Dohyon. Kebanyakan graduan yang masih ada di situ adalah daripada daerah B dan C. Hyeongjun mendekati seorang graduan dari daerah C.

"Hi Jinwoo." sapa Hyeongjun. Jinwoo berpaling dan tersenyum gembira melihat Hyeongjun di situ.

"Hey Hyeongjun! Tak nampak pun kau ambil skrol anugerah tadi?" Jinwoo bertanya. Hyeongjun menelan air liurnya, baru teringat yang mereka belum mengambil sijil graduasi mereka.

"Hi Jinwoo, nama saya Wooseok. Ada nampak mana-mana budak Daerah D tak? Lagi-lagi yang, dua pelajar hebat tu?" Wooseok mencelah perbualan mereka dengan menghulur tangannya untuk bersalaman. Jinwoo memandang Wooseok dari atas ke bawah dan riak mukanya berubah, seakan-akan takut dengan Wooseok.

"Oh maafkan dia, ni kawan aku, Wooseok. Oh ya, ada nampak tak mana-mana pelajar Daerah D?" Hyeongjun menolak Wooseok kebelakang, membuatkan Wooseok tergamam. Jinwoo perlahan-lahan mengangguk.

"Tadi ada nampak seorang pergi tandas." jawab Jinwoo. Hyeongjun memanggil yang lain dan memberitahu mereka bahawa salah seorang pelajar daerah D ada di dalam tandas. Mereka berterima kasih dengan Jinwoo sebelum berjalan mencari tandas. Namun, Jinwoo sempat membisikkan sesuatu kepada Hyeongjun.

"Hyeongjun, hati-hati dengan Wooseok. Dia lain." Bisik Jinwoo . Hyeongjun ingin bertanya kenapa namun Jinwoo telah hilang. Dia berpusing kembali dan Wooseok sedang menunggunya.

"Oi cepatlah budak!" teriak Wooseok sambil bercekak pinggang. Hyeongjun menggelengkan kepalanya untuk berhenti berfikir. Sekarang adalah masanya untuk dia cari dua pelajar minda tu dan ajak mereka berdua sertai pasukan pencarian mereka.

°°°°

"Hm? Ada orang datang." Junho menutup pili air. Dia hanya mendiamkan diri. Entah kenapa dia merasakan yang dia perlu bersembunyi. Beberapa bayang tapak kaki melepasi tandas yang dia sedang bersembunyi.

"Kau ada dengar tak pasal salah seorang budak daerah D yang akan diambil terus bekerja di The Oxa?" suara Seungwoo sengaja dikuatkan kerana dia yakin ada orang di dalam salah satu tandas di situ. Seungyoun yang memahami tentang perubahan topik itu turut menyambung.

"Wuish hebat tu. Bukan senang-senang nak dapat peluang macam tu! Kau tahu ke siapa?" Seungyoun sengaja memancing minat Junho, yang pastinya sedang menyorok dan mencuri dengar perbualan mereka.

"Itu aku tak pasti, yang pastinya salah seorang daripada dua budak daerah D yang hebat tu lah." sambung Seungwoo.

"Ish tapi siapa? Aku tak kenal sangat la budak Mage."

"Ah takpe, lepas ni kan kita nak jumpa dengan Master Dongwook dan Master Jaesung, kita tanyalah diorang siapa yang bertuah tu. Aku nak juga tahu kenapa budak tu terpilih. Manalah tahu aku boleh gantikan dia kalau dia taknak hahahhahaha." Wooseok turut menyambung perbualan mereka walaupun dia sedikit lambat memahami apa yang mereka sedang lakukan. Mereka bertiga perlahan-lahan keluar daripada tandas. Junior bertiga yang menunggu di luar tadi menghampiri mereka. Seungyoun segera menukarkan mereka semua menjadi invisible.

Seperti yang Seungwoo jangkakan, 'mangsa' mereka iaitu Junho keluar dengan segera daripada tandas untuk mengekori mereka.

"Ish mana orang-orang tadi. Aku nak tahu siapa.." Junho meneruskan langkahnya, cuba mencari-cari 'pelajar-pelajar' yang berbual di dalam tandas tadi. Perbualan tadi cukup menarik perhatiannya. Memang cita-citanya ingin menjadi salah satu master di The Oxa. Semua orang tahu betapa gah dan tingginya status Master di The Oxa, sebuah organisasi yang bertanggungjawab menyimpan segala data peribadi penduduk di Oxaland dan juga bertanggungjawab atas segala urusan di HOFWAY. HOFWAY ditubuhkan oleh 4 legenda terhebat yang telah bersatu membangunkan The Oxa. Oleh itu, HOFWAY adalah milik The Oxa sepenuhnya.

"Hyung, dia memang tak nampak kita ke?" tanya Dongpyo. Seungyoun mengangguk.

"Dia tak nampak kita, tapi jangan cakap kuat sangat, sebab dia boleh dengar." jelas Seungyoun. Seungwoo yang paling depan sekali mengikut langkah Junho, yang tidak sedar bahawa dia sedang diekori. Langkah kaki Junho tiba-tiba berhenti.

"Eh, ehh!" Dohyon yang tidak sempat berhenti terjatuh ke belakang dan melanggar Wooseok dan Hangyul.

"Eh gajah!" Wooseok menampar punggung Dohyon yang jatuh terduduk di atas pehanya. Seungwoo panik dan menyuruh mereka untuk diam. Junho berpaling memandang ke arah mereka, kemudian mengalihkan pandangannya semula ke penyebab dia berhenti secara tiba-tiba.

"Lee Eunsang."

"Cha Junho?" Eunsang yang ingin pulang terhenti langkahnya apabila dia berdepan dengan Junho.

"Siapa tu?" tanya Hyeongjun separa berbisik. Mereka semua mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kau... Kau baru lepas jumpa Master Dongwook ke?" tanya Junho. Dia menggigit bibirnya sambil menantikan jawapan daripada Eunsang. Eunsang memandangnya pelik.

"Haah, macam mana kau tahu?" tanya Eunsang semula. Eunsang berasa pelik kerana sekiranya mengikut logik psikometri, Junho perlu menyentuhnya sekiranya dia ingin tahu tentang perkara yang berlaku sebelumnya. Tetapi mereka berdua sedang berdiri dengan jarak 3 meter, mana mungkin Junho boleh tahu tentang dia berjumpa dengan Master Dongwook begitu sahaja. Mungkin Junho hanya menebak?

"Jadi betullah tentang berita tu. Kau terpilih masuk The Oxa?!" Junho mengetap giginya. Geram. Sekali lagi perkara yang dia inginkan diambil oleh Eunsang. Ingatkan dia tak perlu berjumpa dengan Eunsang, selepas 5 tahun hidup di daerah yang sama, 5 tahun dijadikan pesaing terhebat, 5 tahun dilaga-lagakan oleh pelajar yang lain.

"Masuk The Oxa? Apa kau merepek ni?" kerutan di dahi Eunsang semakin jelas. Junho mendekatinya perlahan-lahan.

"Ya, aku dengar dalam tandas tadi. Salah satu antara kita dipilih untuk join The Oxa. Aku tak sangka kau yang dipilih. Kenapa bukan aku? Aku lebih sesuai bekerja di The Oxa. Kau bukannya berminat tentang The Oxa pun." Junho cuba menahan geramnya dengan berpeluk tubuh. Seungwoo dan Seungyoun memandang satu sama lain dan mengangguk. Memamg sah, mereka berdua inilah pelajar terhebat dari daerah D tu.

"Eh kejap. Aku tak faham. Aku jumpa Master Dongwook tadi seba-" belum sempat Eunsang menghabiskan ayat, Seungyoun telah menghilangkan magis invisiblenya dan mendekati mereka berdua.

"Hai, maaf ganggu. Aku Seungyoun, ini kawan aku Seungwoo." mereka berdua memperkenalkan diri. Hangyul, Wooseok dan yang lain-lain perlahan-lahan menghampiri mereka.

"Korang ni siapa? Eh kejap, suara kau. Kau yang bercakap tadi dalam tandas,kan?!" Junho dengan cepat boleh mengecam suara Seungyoun. Mereka bertujuh memandang antara satu sama lain, semua menunjukkan reaksi terkejut bercampur rasa kagum.

"Betul tu." kata Seungyoun. Seungyoun menghampir Junho dan Eunsang.

"Maaflah kalau kau dah termakan umpan kami tadi, tapi sebenarnya kami memang nak  cari dua orang pelajar hebat dari daerah D. Dan aku yakin korang berdualah orangnya." kata Seungyoun. Seungwoo mendekati Eunsang.

"Kami perlukan bantuan orang minda. Kami hilang kawan jadi kami harap sangat korang boleh bantu kami." jelas Seungwoo. Seperti yang mereka agak, Junho dan Eunsang akan menolak.

"Maaf, korang dah tipu aku. Lepas tu, nak minta tolong aku pula. Bukannya aku akan dapat apa-apa pun daripada korang." Junho terus menolak. Dia tiada masa nak bazirkan masanya dengan orang-orang yang tidak dikenali. Eunsang pula hanya diam kerana masih keliru.

"Maaf, saya tak kenal kamu semua. Saya nak balik sebenarnya. Semoga kita tak berjumpa lagi." Eunsang terus berlalu pergi apabila dia nampak kelibat ibu bapanya dari jauh. Junho memerhatikan Eunsang sebelum dia berjalan ke arah yang berlawanan meninggalkan mereka bertujuh.

"Semoga kita tak berjumpa lagi. Kerek gila." Dongpyo mengajuk cara cakap Eunsang. Jelas riak menyampah di mukanya. Hyeongjun dan Dohyon hanya tersenyum untuk menahan gelak mereka.

"Macam mana ni hyung?" Hangyul bertanya pada Seungwoo dan Seungyoun. Wooseok mengeluh. Dia sudah letih sebenarnya. Seungwoo perasan Wooseok mula lemah.

"Kita bawa Wooseok pulang. Seungyoun, kau dah buat apa aku suruh tadi?" Seungwoo berkalih pandangannya kepada Seungyoun. Seungyoun yang memejam matanya daripada tadi perlahan-lahan membalas.

"Siap hyung. Aku dah bacakan mantera dekat budak berdua tadi. So esok boleh kita cari diorang balik." jawab Seungyoun. Dongpyo mendekati Seungyoun dengan muka yang sangat kagum.

"Wow senior dah belajar ilmu tracking ke?! Bukan ilmu tu tak ada dalam silibus sekolah tinggi ke?" Dongpyo teruja dan kagum dalam masa yang sama. Seungyoun hanya senyum dan mengusap kepalanya.

"Kau fikir aku dapat nama Mage Legend dari mana? Heh," dia tersengih bangga. Wooseok dan Hangyul mencebik bibir mereka dengan respon Seungyoun.

"Okay, kita bawak Wooseok balik. Cheetah dia banyak sangat guna tenaga hari ini. Korang bertiga, ikut aku. Korang akan tinggal dengan aku dan panggil kitorang hyung je. Tak perlu nak senior-senior bagai, payah." kata Seungwoo. Hyeongjun, Dongpyo dan Dohyon laju mengangguk. Mereka semua pulang ke rumah Seungwoo menaiki kereta Seungyoun yang ditinggalkan di perkarangan luar HOFWAY.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience