Mata Hyeongjun liar mencari kelibat kawan-kawannya. Dia melihat jam ditangan, lagi 15 minit sebelum mereka semua perlu berkumpul di Hall of Four Ways atau mereka semua panggil, HOFWAY, tempat yang menyimpan keempat-empat pintu daerah yang berbeza.
"Hyeongjuuuuuuuunn!!" Dohyon berlari ke arah Hyeongjun. Mereka berpelukan dengan sungguh teruja.
"Dah tengok keputusan kau?" tanya Dohyon. Hyeongjun menggeleng sambil tersengih.
"Aku nak tunggu semua ada dulu. Haaa tu dia Minhee dengan Dongpyo! Weh cepatlah. Nak tengok results sama-sama." Hyeongjun melambai-lambaikan tangannya ke arah Minhee dan Dongpyo yang baru sahaja mengambil sampul slip keputusan mereka.
"Korang dah tengok ke?" tanya Dongpyo yang sampai terlebih dahulu daripada Minhee.
"Belum."
"Maaf lambat, banyak pula cikgu tu cakap dengan aku. " kata Minhee sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mereka berempat berjalan menuju ke tengah-tengah kawasan HOFWAY. Ramai juga remaja sebaya mereka yang sedang berkumpul di HOFWAY, semua atas tujuan yang sama iaitu untuk memasuki ke alam persekolahan sekolah menengah, yang mana mereka akan belajar teknik-teknik menggunakan kuasa-kuasa mereka.
"Okay aku kira sampai tiga, kita semua check keputusan, okay?" Dongpyo semakin tak sabar untuk mengetahui keputusannya. Mereka semua mengangguk.
"Satu..."
"Tiga!!"
Dongpyo dengan laju membuka sampulnya. Minhee dan Hyeongjun terkial-kial untuk membuka pelekat sampul slip keputusan mereka manakala Dohyon terus mengoyak bahagian tepi sampulnya.
"Oh my God!" Dongpyo menjerit teruja, diikuti dengan Dohyon dan Hyeongjun. Hyeongjun perasan riak muka Minhee yang seperti tidak gembira dengan keputusannya itu. Dahi Minhee berkerut seribu.
"Minhee, kenapa ni?" tanya Hyeongjun. Minhee memandang mereka dan perlahan-lahan menunjukkan slip keputusannya.
"Kang Minhee. Daerah.....X?" mereka bertiga memandang Minhee pelik.
"A, B, C, D.. Hmm betullah Four Ways, kenapa ada daerah X? Sejak bila?" Dohyon mengambil slip daripada tangan Minhee dan membacanya semula. Memang mereka tidak silap, Minhee dapat Daerah X.
"Daerah baru agaknya. Tak apa, kita tunggu je waktu ucapan, mana tahu diorang akan kenalkan daerah X ni waktu ucapan ke,kan?" Hyeongjun cuba menyedapkan hati Minhee. Tetapi Minhee seperti tidak termakan dengan pujukannya. Dia faham, selama 10 tahun mereka hidup bersama, semestinya Minhee ingin bersama dengannya semasa memasuki sekolah menengah juga. Mereka berdua sudah pun berjanji untuk sama-sama masuk Daerah C!
"Takpe Minhee, nanti mereka akan bagitahu. Jangan risau." Dongpyo mengusap belakang Minhee. Dohyon turut melakukan perkara yang sama. Minhee menggigit bibirnya.
"Harapnya. Korang punya daerah apa?" Minhee cuba menaikkan mood semula apabila sedar dia telah menghilangkan mood teruja mereka tadi.
"Aku dapat daerah B." Dongpyo dengan bangga menunjukkan slipnya yang tertera besar-besar huruf B.
"Wow daerah mage! Tahniah, bolehlah kau terbang guna penyapu nanti hahahaha" Minhee menyakat Dongpyo dan mereka tertawa. Bukan mereka tidak kenal Dongpyo, bertahun Dongpyo berangan nak jadi ahli mage terkenal.
"Aku dapat daerah A, hehe." Dohyon pula menunjukkan slipnya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Dohyon.
"Hyeongjun? Kau daerah apa? Jangan kata kau dapat D, mustahil!" Dongpyo menyakat Hyeongjun.
"Aku dapat...C." Hyeongjun menunjukkan slipnya. Mereka bertepuk tangan dan berkali-kali mengucapkan tahniah tetapi Hyeongjun seperti kurang gembira.
"Kenapa ni? Bukan ke kau nak sangat masuk daerah C?" Tanya Dohyon apabila riak wajah Hyeongjun seperti akan menangis. Hyeongjun menggigit bibir cuba menahan air matanya tetapi dia menangis juga.
"Aku dah janji.. Aku dah janji dengan Minhee.. sob sob.. Aku dah janji nak masuk sama-sama Daerah C..sob..kita dah janji Minhee, aku serigala dan kau helang.." Hyeongjun menunduk, cuba menahan tangisannya . Minhee memeluk Hyeongjun, diikuti Dohyon dan Dongpyo.
"Hei hei shhh shhh.. Dah dah, aku tahu. Aku pun tak nak jauh dengan kau. Aku ingat janji kita. Tak apa, kita semua berpisah 5 tahun je. Nanti kalau aku ada peluang belajar telepati, aku akan selalu berhubung dengan kau. Dah, jangan nangis." Minhee cuba memujuk Hyeongjun,walaupun dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dikatakan.
Daerah X? Seingat dia tidak ada pula mereka belajar tentang daerah X. Daerah A untuk kuasa elemental, daerah B untuk kuasa magik , daerah C untuk kuasa anima dan daerah D untuk kuasa minda. Itu semua pengetahuan yang semua telah sedia maklum. Guru-guru mereka tak pernah pun menyebut tentang daerah X. Atau mungkin pembuat slip ni typo? Kalau typo, huruf X ni terlalu besar untuk mereka buat kesilapan. Atau mungkin juga daerah X ni daerah baru? Tetapi apa kuasa yang diajar dalam daerah X? Semuanya menjadi persoalan dalam kepala Minhee dan juga kawan-kawannya.
"Perhatian kepada semua, taklimat akan dimulakan lagi dua minit. Sila beratur mengikut daerah anda." suara daripada pembesar suara membuatkan semua yang berada disitu mula berpecah dan mencari rakan-rakan yang sama daerah.
"Okay la korang, kita jumpa lagi 5 tahun. Jangan lupa aku tau! Janji?" Dongpyo menarik satu-persatu kawan-kawannya ke dalam pelukan.
"Jumpa lagi 5 tahun korang, jaga diri baik-baik tau, bye!" Dongpyo melambai buat kali terakhir dan berlari menuju ke kawasan remaja daerah B berkumpul, begitu juga Dohyon. Kini tinggal Minhee dan Hyeongjun sahaja.
"Minhee, janji dengan aku kau akan jaga diri kau baik-baik tau. Jangan lupa makan. Aku tak dapat nak tengok-tengokkan kau dah lepas ni." Hyeongjun mengesat air matanya. Minhee senyum, cuba meyakinkan Hyeongjun.
"Aku takkan apa-apa la. Kita dah 11 tahun, aku boleh jaga diri. Kau tu, jangan asyik nangis je. Janji dengan aku kau akan dapat anima serigala, okay? Serigala alpha tau!" Minhee mengusap kepala Hyeongjun. Hyeongjun mengangguk. Mereka berdua berpelukan buat kali terakhir sebelum berpisah mengikut daerah masing-masing.
Mereka berempat semua daripada sebuah rumah anak yatim. Minhee dan Hyeongjun memang ditinggalkan sejak mereka lahir. Dongpyo pula ketika dia berumur 5 tahun kerana ibubapanya terlibat dalam kemalangan manakala Dohyon ketika dia berumur 6 tahun, dia telah dihantar ke rumah anak yatim itu sebab ibu tirinya bawa lari ayah kandungnya. Dohyon tak kenal sesiapa sebab ayahnya anak tunggal dan kedua-dua atuk neneknya dah meninggal. Di situlah mereka membesar. Tadika sama, sekolah rendah pun sama. Semuanya mereka lakukan bersama. Minhee dan Hyeongjun sudah macam kembar, tidak boleh berjauhan, kalau tidak, hari mereka menjadi muram dan bosan.
Minhee tercari-cari daerah X dan matanya tertancap pada papan sepanduk yang tertulis 'X'. Dia bergegas ke barisan tersebut. Dalam lingkungan 5000 orang, hanya dua puluh orang termasuk Minhee sahaja yang beratur di daerah X. Minhee mengetap giginya.
"Jadi memang betul daerah ni wujud." kata Minhee pada dirinya. Dia menghampiri seorang remaja lelaki yang berada dalam barisan X.
"Hai saya Min-"
"Baiklah semua diminta untuk diam sebelum saya diamkan kamu semua. Tiada siapa boleh bercakap kecuali saya dan saya ingin kamu tumpukan perhatian 100% untuk taklimat hari ini."
Belum sempat Minhee menegur, pemberi taklimat,iaitu Master Dongwook telah memulakan taklimatnya.
Mereka semua fokus dengan taklimat yang diberikan. Minhee sabar menunggu isu daerah X untuk dibangkitkan, begitu juga Hyeongjun dan yang lain-lain. Namun sehingga taklimat tamat, nama daerah X tidak disebut langsung dan ia membuatkan Minhee mula risau dan gelisah.
"Baiklah, sekarang tiba masanya untuk kamu semua mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa kamu dan bersedia untuk masuk ke daerah masing-masing. Ingat, di sana bukannya tempat untuk kamu main-main. Pastikan kamu belajar dengan baik, tidak menyalahgunakan kuasa dan selamat kembali ke sini selepas 5 tahun. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua." dan berakhir ucapan daripada Master. Master Dongwook kemudiannya turun daripada kawasan pentas dan berjalan menuju ke kawasan tengah dihujung HOFWAY, iaitu di belakang kawasan pelajar-pelajar berbaris sambil membawa sebatang tombak. Dia membaca sesuatu dan muncul sebuah lubang kecil dari atas lantai. Kemudian, tombak yang dibawa perlahan-lahan dicucuk ke dalam lubang tersebut dan seperti membuka kunci, tombak itu dipusingkan sehingga lubang itu mengeluarkan cahaya. Dengan itu, lima pintu gerbang yang sungguh besar muncul di sebalik kabus tebal.
Semua yang melihat sungguh kagum. Kawasan yang berkabus dan dianggap tiada penghujung tadi tiba-tiba menampakkan kelima-lima pintu daerah. Setiap pintu mengeluarkan kabus berlainan warna. Daerah A mengeluarkan kabus merah. Daerah B pula mengeluarkan kabus berwarna hijau dan Daerah C mengeluarkan kabus kuning. Manakala Daerah D mengeluarkan kabus biru dan Daerah X mengeluarkan kabus ungu.
Tiba-tiba suasana disitu menjadi sangat bising apabila mereka nampak pintu gerbang Daerah X. Semua tertanya-tanya tentang daerah X dan banyak mata-mata yang memandang pelajar daerah X,termasuklah Minhee. Minhee memandang guru-guru yang berada disitu tetapi mereka nampak tenang, seperti telah biasa dengan kehadiran pintu kelima itu.
"Daerah X?"
"Eh eh tak pernah tahu pun wujud daerah X."
"Kuasa apa?"
"Entah-entah daerah X ni untuk orang yang tak ada kuasa kot, X kan maksudnya unknown."
Minhee menggigit bibirnya apabila mendengar pelbagai jenis komen pelajar daripada daerah lain. Dia mula rasa bengang, tetapi dalam masa yang sama juga takut. Macam mana kalau apa yang dikatakan oleh mereka betul?
Master Dongwook membacakan sesuatu dan serentak lima-lima pintu gerbang itu terbuka. Dongwook berpaling dan mengarahkan kepada guru-guru setiap daerah untuk membawa masuk semua pelajar mengikut daerah masing-masing. Hyeongjun tercari-cari kelibat Minhee. Dia ingin memandang Minhee buat kali terakhir. Tetapi sebelum sempat dia mencari, pintu gerbang X sudah tutup dan mula menghilang, menandakan semua pelajar dan guru-guru daerah X telah masuk. Hyeongjun mengeluh tetapi dia tetap meneruskan langkahnya.
"Aku janji Minhee. Lepas 5 tahun, aku akan bawa serigala aku jumpa kau." Hyeongjun memasang tekad dan azam dalam hatinya.
Apabila semua selesai masuk ke dalam daerah masing-masing, Dongwook mencabut tombak tersebut dan menghilangkannya dengan sekali petikan jari. Kelima-lima pintu tadi turut hilang setelah tombak ditarik keluar dariada lubang.
"Dongwook, kau dah jumpa ke budak tu? Ada nampak?" Master Jaesung memandang Dongwook dengan penuh risau. Dia telah menunggu Dongwook daripada mula taklimat lagi.
"Aku tak pasti, tapi seorang pelajar berambut blond tadi, aku rasa dialah budak tu. Nanti aku hantar pesanan kepada Guru Youmi, dia yang in-charge orientasi daerah X. " kata Dongwook, sambil matanya memandang ke arah kawasan pintu gerbang daerah X berada,sebelum ia hilang sebentar tadi.
"Kalau betul budak tu, kita kena cepat bertindak sebelum 'mereka' jumpa dia." Master Jaesung menekankan perkataan 'mereka'. Dongwook menghembus nafas yang panjang. Batch tahun ini, pastinya batch paling mencabar dalam sejarah.
Share this novel