Empat

Adventure Series 727

5 tahun kemudian...

Master Dongwook berjalan dengan didampingi Master Jaesung dan Master Gongyoo. Mereka bertiga berjalan dengan penuh berwaspada menuju ke HOFWAY. Tiada suara yang dikeluarkan langsung, mereka memilih untuk bertelepati.

"Ikut macam yang kita dah plan. Ingat, nyawa pelajar bergantung pada kita. Kita tak tahu bila dan bagaimana kedatangan mereka nanti." Dongwook melirikkan matanya ke kiri dan kanan,cuba mencari kelibat-kelibat ganjil.

"Jadi plan kita yang pertama ialah aku pasang pelindung, Gongyoo keluarkan kelawar-kelawar dia sebagai mata-mata dan kau akan lindungi pelajar lain, macam tu kan?"Jaesung mengulang plan mereka untuk mendapat kepastian. Dongwook mengangguk.

"Macam mana kalau plan kita gagal?" tanya Gongyoo. Dia tak gentar, cuma dia benci kegagalan.

"Then aku akan hantar semua yang ada dekat sini ke lohong hitam. Itu je jalan terakhir. So by hook or by crook, plan pertama kita kena berjaya. Aku dah pun bercakap dengan penjaga baru dia, dia dah janji akan jaga budak tu daripada sebarang bahaya." Jelas Dongwook, cuba meyakinkan kawan-kawannya, walaupun jauh dalam sudut hatinya merasa ragu-ragu dengan plan mereka. Setiap kali hari graduasi sekolah menengah HOFWAY, pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang pelajar yang lesap. Dia yakin kumpulan 'mereka' yang menculik pelajar yang mereka anggap berpotensi.

"Kita dah sampai." Dongwook bersuara apabila mereka sampai di kawasan lubang kunci yang berada di tengah-tengah HOFWAY. Tombak yang di bawa daripada tadi dicucuk masuk ke dalam lubang. Dia memandang Jaesung dan Gongyoo bersilih ganti. Mereka berdua mengangguk dan terus menjalankan plan mereka.

Jaesung terbang tinggi ke udara bersama penyapunya. Dia terbang setinggi yang mungkin sehingga penyapunya berhenti daripada terus naik ke udara dan Jaesung mula membacakan beberapa mantera pelindung dan tangannya diusap-usap kemudian didepakannya. Cahaya keluar daripada kedua-dua tangannya. Jaesung turun semula ke tanah selepas dia memastikan pagar pelindung yang dibuatnya telah siap sepenuhnya. Giliran Gongyoo pula terbang ke udara. Aura hitam pekat keluar dengan jelas daripada tubuhnya. Gongyoo juga mendepakan tangannya seperti Jaesung, namun yang keluar daripada tangannya adalah ribuan kelawar kecil. Kelawar-kelawar tersebut keluar dan mengerumuni kawasan udara. Gongyoo memberi beberapa arahan kepada kelawar-kelawarnya sebelum dia pula turun ke tanah.

"Okay dah. Tak nampak apa-apa,kan?" Gongyoo memandang ke langit yang cerah dan berawan, seperti apa sahaja yang dilakukan olehnya dan Jaesung tadi tidak wujud. Dongwook tersenyum puas. Kemudian Dongwook membaca mantera membuka kunci dan memusingkan tombak tersebut. Hujung tombak bercahaya dan justeru itu, kelima-lima pintu daerah muncul di sebalik kabus yang tebal.Pintu daerah dibuka dan semua graduan berlari keluar dari daerah-daerah mereka dengan gembira.

"Selamat pulang semua." Dongwook menyambut mereka dengan senyuman sebelum memulakan ucapannya.

Gongyoo dan Jaesung pula sibuk mencari kelibat Minhee. Nasib baiklah si Minhee tidak mengubah warna rambutnya dan masih blond, mereka dengan cepat sahaja sudah menangkap kelibat Minhee. Minhee berjalan dengan pantas, terus ke kawasan graduan-graduan daerah C, namun sempat ditahan oleh Gongyoo yang pantas seperti kelawar.

"Tunggu dulu anak muda." kata Gongyoo kepada Minhee. Riak muka Minhee yang ceria tadi terus berubah cemas.

"Si-siapa?"

"Jangan risau, Minhee." Jaesung menghampiri Minhee. Perasaan cemas tadi mula pudar apabila Minhee nampak Jaesung. Mereka kenal antara satu sama lain kerana Jaesung sentiasa menegurnya dan kadangkala berborak dengannya ketika Jaesung bertugas untuk membuat laporan tentang keadaan di setiap daerah.

"Kenapa Master Jaesung?" Minhee terus bertanya. Jaesung memandang Gongyoo sekilas sebelum dia menyambung kata-katanya.

"Maaf Minhee, kamu tak boleh sertai majlis graduasi. Kami kena bawa kamu ke pejabat utama. Ini adalah arahan." Jaesung memandang tepat ke mata Minhee. Dia perasan Minhee seperti ingin menyentuhnya, namun Jaesung lebih pantas daripada itu. Dia terus meneleport Minhee ke  pejabat Dongwook bersama-sama Gongyoo. Tanpa mereka sedar, dari kawasan yang berbeza, dua pasang mata telah melihat adegan tadi.

° ° °

"Hyung, saya nak ikut!" Hangyul memujuk-mujuk Wooseok untuk membenarkannya pergi bersama mereka ke hari graduasi.

"Tak boleh! Ish tak faham bahasa la budak ni." Wooseok merentap tangannya daripada genggaman Hangyul, membuatkan Hangyul tersentap. Hangyul berasa bengang. Semut-semut bulldog mula keluar daripada kakinya.

"Apa, kau nak gigit aku? Cuba la!" Wooseok mula ingin berubah ke bentuk Cheetah, tetapi  pergerakannya terhenti dan begitu juga Hangyul. Seungyoun yang baru masuk dapur terkejut tengok Wooseok dan Hangyul yang dah beku. Dia terus memandang ruang tamu, di mana Seungwoo sedang ralit membaca buku macam orang tak bersalah.

"Seungwoo hyung, cairkan balik diorang cepat! Mati nanti budak-budak ni." arah Seungyoun. Bukan dia tak tahu itu kerja Seungwoo.

"Biarlah, sibuk sangat nak bertekak guna kuasa." Seungwoo membalas dengan bersahaja. Dia meletakkan buku yang dibacanya di atas meja ruang tamu dan berjalan menuju ke dapur. Dia memandang Wooseok dan Hangyul silih berganti.

"Lain kali jangan nak tunjuk lagak, jangan asyik bertekak." Pesan Seungwoo kepada kedua-dua kawannya itu sebelum dia mencairkan mereka. Hangyul terus memeluk tubuhnya. Wooseok mendengus, namun tidak dapat sorok bibirnya yang terketar-ketar kerana sejuk.

"Hyung ni.." Hangyul menjeling Seungwoo dengan rasa tidak puas hati. Seungyoun memandang mereka sambil menggeleng-gelengkan kepala. Matanya berkalih semula ke halaman buku magis yang dibaca sejak pagi tadi. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera.

"Kau ni dari subuh tadi baca buku tu. Mantera apa yang kau baca?" tanya Wooseok  yang rimas dengan suara halus yang dihasilkan oleh Seungyoun. Seram pun ada, kalah bisikan syaitan!

"Aku tengah nak hafal mantera mengawan." jawab Seungyoun ringkas. Seungwoo yang baru sahaja meneguk air tersembur dan tersedak. Seungyoun mengangkat mukanya apabila dia terkena percikan air yang keluar dari mulut Seungwoo tadi.

"Apa ni hyung?!" Hangyul dan Wooseok mengelap muka mereka.

"Kau nak mengawan dengan siapa pulak ni Seungyoun?! Insaf weh insaf! Kalau ya pun single, tak kan la kau dah hilang akal nak mengawan dengan haiwan?" Seungwoo mengelap bibirnya. Seungyoun menepuk dahi.

"Bukanlah! Bukan mengawan yang itu. Aku nak tawan minat budak-budak daerah D yang boleh tolong kita. Aku dengar graduan batch daerah D tahun ni ada dua orang budak yang hebat. Kau pun tahu macam mana susah nak buat deal dengan budak-budak daerah D,kan? Sebab tu daripada pagi tadi aku hafal mantera-mantera ni. Just in case kita susah nak 'ayat' mereka untuk sertai kita." jelas Seungyoun. Mereka bertiga perlahan-lahan mengangguk, memahami maksud Seungyoun.

"Tapi, aku rasa diri aku dah cukup buat mereka tertarik nak masuk grup kita. Ya la, aku kan popular dulu. Siapa tak nak masuk grup yang ada hot stuff,kan?" Wooseok tersengih dengan pernyataannya. Hangyul membuat gaya seperti ingin muntah.

"Memang kau popular, tapi jangan lupa, kita ada pelajar legend dekat sini." Seungyoun menepuk-nepuk bahu Seungwoo. Seungwoo hanya tersenyum nipis. Bukan tak suka, cuma dia merasakan dia bukannya seseorang yang hebat sangat pun. Wooseok mengangkat kedua-dua tangannya, menarik diri daripada berbalah dengan Seungyoun.

"Okeylah, aku rasa aku dah sedia." Seungyoun menutup buku magisnya dan melesapkan buku tersebut.

"Hyung, aku nak ikut. Tolonglah, aku tak ada kelas hari ni. Bosanlah duduk rumah." Hangyul meminta izin Seungwoo dan Seungyoun pula. Wooseok mencebik.

"Fine. Kau boleh ikut, tapi tolong jangan buat hal. Wooseok pun. Jangan nak tunjuk lagak sangat. Kita datang tak berjemput. Ingat, kalau mana-mana cikgu atau Master yang jumpa kita, cakap je kita datang nak melawat. Jangan bangkitkan isu Yohan, jangan sebut langsung pasal dia. Kalau mereka tanya, cakap yang Yohan tengah sakit dan tak boleh datang. Faham?" Seungwoo memberi peringatan. Baginya hari ini adalah hari yang penting, hari yang mungkin menjumpakan mereka dengan orang-orang yang boleh kembalikan Yohan.

....

"Hyeongjuuuuuunnnnnnnnnnnnn!!!!!!" Dongpyo memeluk Hyeongjun dengan penuh gembira. Mereka berdua berasa sungguh teruja untuk berjumpa dengan satu sama lain. 5 tahun terpisah dirasakan sangat lama.

"Mana Minhee dengan Dohyon?" tanya Hyeongjun. Sejak dari minggu lepas lagi, dia tak sabar-sabar nak jumpa Minhee.

"Eh? Kau tak jumpa Minhee lagi? Aku ingat dia akan cari kau dulu. Tadi aku macam  nampak Dohyon. Ah tu dia!" Dongpyo melambai-lambaikan tangannya ke arah Dohyon. Dohyon segera berlari ke arah mereka.

"Yo! Rindunya!" Dohyon memeluk mereka berdua.

"Minhee mana?" tanya Dohyon pula, namun Hyeongjun dan Dongpyo hanya mengangkat bahu menandakan mereka tiada jawapan untuk soalan itu.

"Jom cari Minhee. Tak silap aku jubah graduasi daerah X ada line warna ungu." Dongpyo menarik Dohyon dan Hyeongjun bersamanya. Memang benar kata Dongpyo, graduan dari daerah X memakai jubah graduasi dengan line ungu. Dongpyo menegur salah seorang graduan dan bertanyakan tentang Minhee.

"Minhee? Dia yang keluar paling awal tadi. Tapi tak perasan la dia pergi mana." kata graduan tersebut. Mereka bertiga berterima kasih kepada graduan itu dan berlegar-legar di kawasan HOFWAY.

"Ish mana Minhee ni? Ke dia plan nak surprise kan kita?" Dohyon memuncungkan bibirnya. Kakinya dah penat berjalan dan perutnya pun dah lapar. Hyeongjun masih tak henti-henti berjalan.

"Minhee!!" Hyeongjun sudah mula rasa risau. Mahu saja dia teriak nama Minhee lebih kuat, biarlah orang nak kata dia meroyan ke apa. Dia sudah cukup gila tinggal di daerah C selama 5 tahun tanpa Minhee. Ke mana Minhee menghilang agaknya?

Dongpyo dan Dohyon dah mula mengaduh kepenatan. Kawasan HOFWAY terlalu besar dan terlalu banyak graduan di situ. Sangat susah bagi mereka mencari kelibat Minhee.

"Aduh!" Dohyon terlanggar seseorang sampai jatuh terduduk.

"Eh eh budak ni. Buta ke apa?" Lelaki yang dilanggar Dohyon memandang Dohyon dengan perasaan tidak puas hati sambil bercekak pinggang. Lelaki yang lebih tinggi di sebelahnya seperti cuba memujuk kawannya itu.

"Maaf ya, kawan aku ni memang panas baran sikit. Aku Seungyoun." Seungyoun membantu Dohyon untuk bangun. Tatkala itu, tiba-tiba Dongpyo menjerit dengan kuat membuatkan Dohyon jatuh terduduk buat kali kedua apabila Seungyoun terlepaskan genggamannya kerana terkejut dengan jeritan Dongpyo.

"Kau ni dah kenapa?" Hyeongjun menampar bahu Dongpyo sebelum dia tolong Dohyon untuk bangun. Dongpyo terlompat-lomoat dengan teruja.

"Se-senior Seungyoun!!" Jerit Dongpyo sekali lagi. Wooseok yang masih tak puas hati dengan Dohyon makin menyampah. Hangyul pula memandang Dongpyo dan Seungyoun silih berganti,manakala Seungwoo hanya tersenyum melihat si kecil Dongpyo yang teruja kerana baru sahaja berjumpa dengan idolanya.

"Ni, ni senior Seungyoun! Idola aku, eh bukan, idola semua pelajar mage!! " Dongpyo menekup mulutnya, masih tidak percaya yang dia akan berjumpa dengan idolanya pada hari graduasi.

"Ohhh.. Kalau ni senior Seungyoun, yang panas baran ni mesti sen-"

"Cakap sekali lagi." Wooseok menjeling Dohyon dengan tajam. Dohyon menurunkan jarinya. Dia perasan ekor cheetah yang terkeluar dari belakang badan Wooseok.

"Eh, ini senior Wooseok ke? Senior yang cold dan attractive tu? Betul ke?" Hyeongjun mula mengecam muka Wooseok. Nama Wooseok sentiasa disebut-sebut oleh rakan-rakan perempuannya, cuma dia ingat-ingat lupa rupa Wooseok. Wooseok menyikat rambut dengan jari-jarinya.

"Ya, aku la tu." Wooseok mula menunjukkan senyuman. Hangyul mencebik.

"Hai, aku tahu korang tak kenal aku, tapi nama aku Hangyul. Pelajar anima tahun akhir sekolah tinggi Oxaland IV. Selamat berkenalan." Hangyul memperkenalkan dirinya.

"Saya Hyeongjun, graduan daerah anima. Selamat berkenalan." Hyeongjun menunduk hormat.

"Saya Dongpyo, graduan daerah mage, macam senior Seungyoun!" Dongpyo turut memperkenalkan dirinya. Dohyon ingin memperkenalkan dirinya tetapi dipotong oleh Wooseok.

"Jap, sejak bila kita setuju dengan sesi beramah mesra ni?" tanya Wooseok yang mula rimas dengan situasi tersebut. Dia rasa waktunya terbazir. Namun pertanyaannya tadi mematikan mood ceria yang wujud antara mereka tadi, menyebabkan Seungwoo mengetuk kepalanya dengan kuat sehingga Wooseok jatuh terduduk.

"Aduh hyung! Apa ni?!" Wooseok mendengus geram. Kepalanya berasa seperti bergegar dengan ketukan tadi. Sungguh, tangan Seungwoo macam besi!

"Hello, maafkanlah budak tak ada adab ni. Kami datang sini terlupa nak bawa otak dia sekali. Nama aku Seungwoo." Seungwoo hanya senyum seperti tiada apa yang berlaku. Hyeongjun, Dongpyo dan Dohyon melopong melihat Wooseok yang terduduk , manakala Hangyul dan Seungyoun cuba menahan tawa mereka.

"Eh.. Seung...woo... SEUNGWOO?!!" tidak cukup dengan jeritan Dongpyo tadi, Dohyon pula yang menjerit. Kemudian diikuti oleh jeritan Hyeongjun.

"Han Seungwoo, pelajar lejenda!" mereka berdua menjerit serentak, menarik perhatian graduan-graduan yang lain. Seperti juga mereka, graduan-graduan lain yang cam muka-muka senior itu turut menjerit dan berlari ke arah mereka.

"Ah sudah." Seungwoo mengeluarkan angin yang kuat, menolak graduan-graduan yang menghampiri mereka jauh ke belakang.

"Wooseok, keluarkan kawan-kawan kau cepat!" Seungyoun mengarah. Wooseok mengangguk dan terus menjelmakan 'kawan-kawan'nya. Seungyoun membaca sesuatu manakala Seungwoo pula mengangkat mereka semua ke udara dan meletakkan setiap orang di atas setiap ekor cheetah. Seungwoo pula terbang ke udara,memastikan mereka semua berada di posisi yang selesa.

"Dah, lari! Pegang kuat-kuat" Seungwoo memberi arahan dan cheetah-cheetah tersebut terus memecut laju mengikut Seungwoo yang terbang laju bagaikan taufan.

Setelah berlari selama 10 minit dan memastikan diri mereka jauh daripada kawasan HOFWAY, cheetah-cheetah Wooseok berhenti dan menghilang. Wooseok pula berubah kepada bentuk asal. Hyeongjun, Dohyon dan Dongpyo masih dalam keadaan yang sangat terkejut, mungkin kerana tak pernah-pernah menunggang mana-mana kucing besar.

"Maaflah. Mesti korang terkejut,kan?" Seungyoun tersenyum dan mengusap-usap belakang Dongpyo, yang paling ketara riak muka terkejutnya.

"Tadi...tadi tu sungguh hebat!" Dohyon menjerit teruja. Tak pernah-pernah dia bergerak dalam kelajuan seperti larian cheetah tadi. Wooseok tersengih, bangga dengan kemampuan animanya.

"Hyung, apa kita nak buat sekarang? Bukan ke kita patutnya cari budak daerah D?" Hangyul mula teringat akan misi mereka. Seungwoo mengeluh. Seungyoun pula menggaru kepala. Wooseok yang baru saja berasa bangga tadi terus merengus geram.

"Aku dah cakap,kan? Buat apa kita beramah mesra dengan diorang tadi? Tengoklah akibatnya. Plan kita selama sebulan hancur macam tu je." Wooseok melampiaskan amarahnya dengan menyepak botol kosong di tepi bangunan mereka sedang menyorok. Tiga sekawan itu tidak berani memandang Wooseok.

"Kau ni rileks la, jangan cepat marah,boleh tak? Aku rasa kita masih ada peluang. Kita patah balik ke HOFWAY bila majlis tu selesai. Okay?" Seungyoun memujuk Wooseok.

"Berapa lama nak tunggu? Kau lupa ke berapa lama majlis graduasi tu? Dengan graduan lebih 5000 orang tu, kau ingat kita ada cukup masa ke? Kau Seungyoun, ayat-ayat magik yang kau hafal tadi, lekat lagi ke dalam kepala kau?" Wooseok melontar soalan bertubi-tubi. Kelu lidah Seungyoun. Betul juga kata-kata Wooseok. Dia pun dah lupa apa ayat mantera yang dihafalnya kerana adegan melarikan diri mereka tadi.

"Seungwoo hyung, macam mana ni?" Hangyul melontarkan soalan kepada Seungwoo yang seperti dah hilang roh. Seungwoo membiarkan soalan tu tak berjawab. Dia sendiri penat. Perasaan nak putus asa semakin membuak-buak. Hangyul mengalihkan padangannya kepada tiga sekawan.

"Kau bertiga ni, tak ada ke kawan-kawan yang dari daerah D?" tanya Hangyul. Mereka bertiga menggelengkan kepala dengan perlahan-lahan.

"Ke..kenapa dengan mereka?" Hyeongjun memberanikan diri bertanya. Hangyul mengangkat keningnya, kemudian dia mendekati Hyeongjun.

"Sebab kami nak cari kawan kami yang hilang." jawab Hangyul. Seungyoun, Wooseok dan Seungwoo serentak memandang Hangyul. Wooseok mengaum.

"Bangang! Kita dah janji jangan sebut-sebut pasal tu,kan? Kau cari nahas ke?" Wooseok mencekak kolar baju Hangyul. Seungwoo menghampiri mereka berdua dan meleraikan tangan Wooseok daripada baju Hangyul. Dia menggenggam tangan Hangyul dengan erat. Hangyul mengetap giginya, menahan rasa sakit. Seungwoo tengah marah. Seungwoo tengah betul-betul marah. Dia membakar tangan Hangyul yang digenggamnya. Hangyul mengeluarkan semut-semut apinya untuk menggigit Seungwoo supaya berhenti.

Hyeongjun gerun menyaksikan pergaduhan antara senior-seniornya. Dia ingin meleraikan pergaduhan itu tapi dia tak cukup berani. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Dongpyo. Dongpyo seperti fokus membaca  sesuatu, lalu dihembuskan ke arah Hangyul dan Seungwoo. Semut-semut Hangyul dan bara api Seungwoo terus hilang. Terbeliak mata Hyeongjun dan Dohyon, tak tinggal juga Wooseok dan Seungyoun yang sempat menyaksikan Dongpyo menghembus ke arah kawan-kawan mereka. Seungwoo melihat tangannya, memang tiada rasa panas langsung. Hangyul juga melihat tangannya, tiada kesan hangus terbakar. Seungyoun terus menarik tangan Dongpyo untuk berdiri. Hyeongjun dan Dohyon turut berdiri.

"Kau cakap dengan aku, mana kau belajar tadi?" Seungyoun bertanya dengan serius. Dongpyo memandang Dohyon dan Hyeongjun, tidak berani bertentang mata dengan Seungyoun.

"Aku tanya dengan baik, kau jawab dengan baik. Sekali lagi aku tanya, mana kau belajar teknik tadi?" tanya Seungyoun sekali lagi. Dongpyo menggigit bibirnya lama sebelum dia menjawab.

"Saya curi-curi belajar, dari Master Jaesung." kata Dongpyo. Seungyoun melepaskan tangan Dongpyo. Wooseok memegang bahu Seungyoun.

"Kenapa ni bro?" tanya Wooseok. Risau pula dia bila tengok muka Seungyoun yang sangat tegang tu.

"Kau, Hyeongjun. Anima serigala,kan?" Seungyoun melontarkan soalannya kepada Hyeongjun pula,membuatkan budak kecil itu kaget. Hyeongjun mengangguk perlahan-lahan.

"Bukan alpha,kan?" tanya Seungyoun lagi. Soalan Seungyoun itu membuatkan Dongpyo dan Dohyon serentak mengalihkan pandangan mereka ke Hyeongjun.

"Serigala kau bukan alpha?" Dohyon bertanya dengan dahinya yang berkerut seribu. Mana mungkin Hyeongjun menipu. Selama ni, ketika hujung minggu apabila mereka berpeluang untuk menggunakan telefon awam, Hyeongjun sentiasa mengatakan bahawa serigalanya adalah serigala alpha.

"Se..sebenarnya aku sendiri tak pasti. Sebab...sebab...." Hyeongjun menahan air matanya. Dia berasa serba salah.

"Sebab kau rasa serigala kau dominan,kan? Biar aku bagitahu kau, serigala kau ialah serigala Lambda." terang Seungyoun. Hyeongjun memandangnya dengan penuh keliru. Seungwoo menepuk bahu Seungyoun.

"Apa kau merepek ni? Kita tengah serabut dengan kes kita, yang kau selesaikan kekeliruan diorang apa hal?" Seungwoo mempersoalkan tindakan Seungyoun. Walaupun dia tahu Seungyoun ada sebab untuk segala perbuatannya, tetapi dia rasakan sekarang adalah waktu yang tidak sesuai.

"Hyung, kita ajak budak-budak ni masuk team kita juga,nak?" tanya Seungyoun. Wooseok yang duduk dari tadi terus bangun.

"Wowowowoo. Stop right there! Apa ni?  Dah la plan aku tak selesai, lepas tu kau nak bawa masalah dalam grup kita." Wooseok mula bengang semula. Entah kali ke berapa dia marah orang hari ini.

"Aku tahu. Weh budak, kawan korang hilang jugak,kan?" Seungyoun menanyakan soala kepada tiga sekawan itu. Mereka bertiga tersentak dengan soalan itu.

"See? Aku tahu korang hilang kawan sebelum budak elemen ni langgar kau lagi Wooseok. Aku nampak diorang macam tercari-cari seseorang. What if I say, yang kawan diorang mungkin juga dah kena culik dengan 'mereka'? Apa pendapat kau?" Seungyoun mengalihkan soalan kepada kawan-kawannya pula.

"Betul ke? Kawan korang hilang?" tanya Seungwoo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience